CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1286|Reply: 17

[Politik] [Susulan KANTOI Hilux Kerajaan ikut PRK] Penjawat AWAM buat LAPORAN polis kerana

[Copy link]
Post time 23-1-2019 03:04 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Menteri arah pemandu serah kunci kereta JPNP
23 Jan 2019

Paparan skrin laporan polis yang tular di media sosial.

SHAH ALAM - Seorang penjawat awam tampil membuat laporan di Balai Polis Raub, Pahang berhubung penggunaan kenderaan kerajaan untuk melakukan tugasan parti dalam kempen PRK Parlimen Cameron Highlands.

Menurut Pembantu Awam, Muhammad Azuan Azman, kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang dipertanggungjawabkan kepadanya telah diserahkan kepada pembantu Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

"Kereta tersebut dipandu oleh Abdul Munim Abdul Razak atas arahan Yang Berhormat (YB) Tengku Zulpuri. Saya telah menyatakan bahawa kenderaan ini milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang namun YB meminta kunci kenderaan dan menyerahkan kepada pembantunya untuk mengambil peralatan muzik tradisional di kampung bersebelahan yang terletak sejauh satu kilometer.

"Selepas satu jam pemandu kenderaan ini menyerahkan kunci semula pada saya dan memberitahu kenderaan yang dipandu ini telah ditahan oleh penyokong BN," katanya menerusi satu laporan polis yang tular di media sosial.

Pada 21 Januari lalu, calon BN, Ramli Mohd Nor telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan mengenai kes dua lelaki memakai baju PH yang dikesan menggunakan kenderaan kerajaan untuk melakukan tugasan parti dalam kempen PRK Parlimen Cameron Highlands.

Sebelum ini, tular di laman sosial sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki tersebut mempunyai logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti Pakatan Harapan dan Jalur Gemilang.

Muhammad Azuan dalam laporan polisnya berkata, dia mengetahui tentang kejadian tersebut ketika dalam perjalanan keluar dari Pos Lenjang menuju ke Sungai Koyan menerusi laman sosial Facebook dan WhatsApp.

"Video berdurasi selama satu minit 33 saat itu memaparkan tentang kereta Toyota Hiluk milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah disoal siasat oleh penyokong BN bersama calon BN, Ramli Mohd Nor dan Datuk Maznah Mazlan bekas Menteri Sumber Manusia dan bekas ADUN Muadzam.

"Video itu menunjukkan kenderaan Toyota Hilux tersebut bukan di pandu oleh saya selaku pemandu bertanggungjawab terhadap kenderaan itu," ujar beliau.

Sehubungan itu, Muhammad Azuan membuat laporan polis bertujuan untuk mempertahankan tindakannya menyerahkan kenderaan milik Jabatan Hutan Negeri Pahang kepada pihak lain.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2019 03:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 03:30 PM | Show all posts
rasionalnye dia wat camni kalau ada siasatan sprm ke terlepas la pakcik ni dr dituduh tak menjaga harta kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 03:33 PM | Show all posts
hahahahahaha...hantar petisyen BN, biar nullify kalau Pakatan menang....hehehehehe Buat PRK lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 03:37 PM | Show all posts
yup.. he did the right thing.. jgn takut ngan orang atasan.. jgn relakan diri di kambing hitamkan.. orang Cameron Highland mmg rock.. hari tu mak cik y berani bersuara.. semoga semua ni akan jadi pencetus utk semua org bertindak secara bijak & bertanggungjawab & kurangkan amalan kaki jilat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
I know ms tempoh kempen PRU 14, Najib was denied utk gunakan dewan kepunyaan kerajaan utk berkempen.
Yg i dengar DO, suruh buat kt padang awam je.
Najib x bising pun.dia gi jelah kt padang tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh tomb menteri sial mana tu, report je lah ksi sumbat dlm jel. Cam gampang jah kan nak salahguna kenderaan kerajaan pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus msia baru ni ada perubahan yg baik jgn salah guna rete kerajaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 04:30 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 23-1-2019 04:11 PM
Eh tomb menteri sial mana tu, report je lah ksi sumbat dlm jel. Cam gampang jah kan nak salahguna ke ...

Timb. muntri sial pakatan katanya...memang siaaaaaalllll timb. muntri ni kan dol?? Parti dia pun sial gak, kuat kencing, mengata org dia yg lebih kan dol??
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:34 PM | Show all posts
harap2 yang buat report tu tak kena pecat
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mknanya betol la guna rete kerajaan utk tujuan parti. So mcm mana nak saman ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia guna kereta kerajaan..

Tapi kerajaan pembangkang la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 23-1-2019 04:30 PM
Timb. muntri sial pakatan katanya...memang siaaaaaalllll timb. muntri ni kan dol?? Parti dia pun ...

Timb menteri tu jah sial. Parti ok lagi. Kalau buat sial pon dodol maki jua. Bukan macam macai najib, jilat najib bangga dgan gelaran troll King. Hina sgat dek!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:38 PM | Show all posts
TEPAT sekali tindakan pemandu yang diamanahkan tersebut.  cuma tindakan masih boleh diambil jika penyerahan tersebut dilakukan secara lisan sahaja.  

aku harap tindakan keras (paling keras) dikenakan terhadap pelaku celaka yang sial tahap DAP tersebut...  yeeehaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 06:22 PM | Show all posts
Buat PRK lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi dasat guna harta krjn utk kempen parti. Baru 8 bulan dah nampak true color
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 10:21 AM | Show all posts
miskin nau ke nak beli hilux pun tak mampu main rembat kerajaan punya harta..eh ni reta kerajaan lor bukan reta parti
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 23-1-2019 05:32 PM
Timb menteri tu jah sial. Parti ok lagi. Kalau buat sial pon dodol maki jua. Bukan macam macai naj ...

Parti pun sial sama sial dgn muntri kan dol? Muntri sial lahir dari parti sial
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067964 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list