CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1301|Reply: 22

[Tempatan] Sejak PH menang, menteri dakwa semakin ramai rakyat Malaysia di luar negara ingi

  [Copy link]
Post time 23-1-2019 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 23-1-2019 10:56 PM

Program REP sasar bawa pulang 1,000 pekerja berkemahiran tinggi


PETALING JAYA: Kerajaan mensasarkan untuk membawa pulang seramai 1,000 pekerja berkemahiran tinggi tahun ini, yang kini bekerja di luar negara.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata Program Kepulangan Pakar (REP) di bawah kendalian Talent Corporation Malaysia (TalentCorp), menunjukkan peningkatan permohonan kembali bekerja di tanah air sebanyak 20 peratus.

Katanya kerajaan juga sedang mengkaji gaji bulanan minimum khas untuk golongan ini iaitu dalam lingkungan RM4,000 hingga RM5,000 dalam usaha menarik minat mereka bekerja di sini.

“Lebih sejuta pekerja di negara ini berhijrah ke luar negara untuk mendapatkan pekerjaan.

“Sehubungan itu, kementerian berusaha membawa pulang rakyat Malaysia menerusi pelbagai tawaran termasuk gaji minimum yang tinggi.

“Malah, satu jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti perkara ini,” katanya selepas membuat lawatan kerja di TalentCorp, di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, N Sivakumeren.

Antara sektor utama yang menyumbang kepada peningkatan permohonan REP ialah perkhidmatan perniagaan, pembuatan dan pembinaan.

Sementara itu, Kulasegaran berkata pihaknya bersama barisan menteri Kabinet membuat inisiatif baru untuk meyakinkan rakyat Malaysia kembali ke tanah air menerusi lawatan kerja mereka ke luar negara.

“Menteri atau Timbalan Menteri yang membuat lawatan kerja ke luar negara disarankan bertemu dengan pekerja profesional dan pelajar di sana bagi meyakinkan mereka untuk pulang menyumbang khidmat kepada negara.

“Kami akan terus memudahkan mereka yang kembali ini dengan memadankan mereka kepada industri yang bersesuaian.

“Seterusnya, TalentCorp akan membantu proses ini selain menerangkan manfaat program REP,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2019 10:57 PM | Show all posts
Kemenangan PH buat ramai rakyat Malaysia di luar negara mahu balik - Kula
Januari 23, 2019 15:21 MYT

PETALING JAYA: Jumlah permohonan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untuk kembali ke negara dilihat meningkat selepas kejayaan Pakatan Harapan sewaktu Pilihan Raya Umum, Mei lepas, kata Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran.

Jelas Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, pada tahun lepas saja, peningkatan permohonan kembali sebanyak 20 peratus direkodkan melalui Program Kepulangan Pakar (REP) kelolaan Talent Corporation (Talent Corp).

"Biasanya antara 400 hingga 500 permohonan diterima, tapi untuk tahun ini kita sasar 1,000 orang kerana jumlah permohonan meningkat. Ini menunjukkan keyakinan terhadap ekonomi dan kerajaan, kita alu-alukan mereka kembali untuk berkhidmat dalam negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat TalentCorp di di sini, pada Rabu.
Kula Segaran berkata, kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan ingin kembali bekerja di dalam negara terlibat dalam bidang pembuatan, perkhidmatan perniagaan dan pendidikan.

"Mereka ini kebanyakannya bekerja dalam dalam bidang pembuatan, perkhidmatan perniagaan, dan pendidikan.

"Peningkatan ini menunjukkan ke arah itu (sebab tukar kerajaan), kerajaan baru memerintah, ekonomi dan sistem baru, ia menggalakkan ke arah yang lebih positif," katanya lagi.

Buat masa kini, kata beliau, dianggarkan seramai sejuta rakyat Malaysia yang dipercayai bekerja di luar negara.

Dalam pada itu, Kula Segaran turut mengumumkan perpindahan TalentCorp daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Sumber Manusia.

Matlamat baru TalentCorp katanya adalah untuk memberi tumpuan kepada inisiatif dan intervensi untuk mewujudkan peluang kepada para profesional dan graduan di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 23-1-2019 10:57 PM
Kemenangan PH buat ramai rakyat Malaysia di luar negara mahu balik - Kula
Januari 23, 2019 15:21 MY ...

penuh pulak talentcorp tu dgn geng rentung pasni..dah la kem sumber manusia tu rentung jer isinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 11:23 PM | Show all posts
Kemenangan PH buat ramai rakyat Malaysia di luar negara mahu balik - Kula
Januari 23, 2019 15:21 MYT

PETALING JAYA: Jumlah permohonan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untuk kembali ke negara dilihat meningkat selepas kejayaan Pakatan Harapan sewaktu Pilihan Raya Umum, Mei lepas, kata Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran.

Jelas Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, pada tahun lepas saja, peningkatan permohonan kembali sebanyak 20 peratus direkodkan melalui Program Kepulangan Pakar (REP) kelolaan Talent Corporation (Talent Corp).

"Biasanya antara 400 hingga 500 permohonan diterima, tapi untuk tahun ini kita sasar 1,000 orang kerana jumlah permohonan meningkat. Ini menunjukkan keyakinan terhadap ekonomi dan kerajaan, kita alu-alukan mereka kembali untuk berkhidmat dalam negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat TalentCorp di di sini, pada Rabu.
Kula Segaran berkata, kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan ingin kembali bekerja di dalam negara terlibat dalam bidang pembuatan, perkhidmatan perniagaan dan pendidikan.

"Mereka ini kebanyakannya bekerja dalam dalam bidang pembuatan, perkhidmatan perniagaan, dan pendidikan.

"Peningkatan ini menunjukkan ke arah itu (sebab tukar kerajaan), kerajaan baru memerintah, ekonomi dan sistem baru, ia menggalakkan ke arah yang lebih positif," katanya lagi.

Buat masa kini, kata beliau, dianggarkan seramai sejuta rakyat Malaysia yang dipercayai bekerja di luar negara.

Dalam pada itu, Kula Segaran turut mengumumkan perpindahan TalentCorp daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Sumber Manusia.

Matlamat baru TalentCorp katanya adalah untuk memberi tumpuan kepada inisiatif dan intervensi untuk mewujudkan peluang kepada para profesional dan graduan di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Semestinya renting dibawa balik, gaji pula x berbaloi min 4k jah wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 08:05 AM | Show all posts
dasar tidak setia..kalau tak nak balik ..jangan balik ..menyemak shj..org lain susah susah duduk dalam negara nak membangunkan negara bersama..dia pula mengejar wang ringgit di luar negara....dia expect kerajaan bagi duit banyak kalau balik negara???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2019 08:12 AM | Show all posts
Offer gaji 4K-5K...?? Dari negara mana yg dia nak panggil balik ni?India?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 08:53 AM | Show all posts
xde maknanya la... kalao ade semangat nationalism x yah sebab dah tuko2 gomen baru rasa nak balik.. ngarut la... kajian mana nih kata depa nak balik.. prove it..

yg paling penting PH kene buktikan mampu ke pulihkan economy balik better than previous gov... creative dan fair to everybody

mampu bawa byk perubahan yang positive... bukan cuma buka ruang hanya untuk sesetengah kaum yg kononnya tertindas masa gomen dulu dan sekarang cam kaduk naik junjung..

one more thing aku x suka yg skill tinggi2 ni nak balik... derang takkan nak ajar skill derang balik.. derang akan expect gomen mampu bagi lebih dari yg derang dpt kat luar.. mana nak cekau.. sedangkan economy belum pulih mana ada company nak bagi offer tinggi.. end up kang meroyan..

bila skill tinggi ni dipanggil balik .. sape nak buat yg skill bawahan ni.. masih nak suh bangla2 n vietnam tu buat ke... baik offer better scheme utk org kita ade skill rendah (means buruh ) with the better benefit..  medical or so on.. yes now org kita sendiri x nak buat keje2 buruh ni.. coz gaji murah.. company xde tanggung medical.. kadang main lepas tangan.. org atas x tau.. how struggle org bawah ni nak teruskan hidup

hurm byk lagi aku nak type... x termampu nak luah je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebok nak panggil balik buat apa...drg keja elok..yg mengangur dlm negara patut ko sebokkan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:02 AM | Show all posts
perkhidmatan perniagaan, pembuatan dan pembinaan.


Betul ke? aii tak percaya.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:07 AM | Show all posts
perkhidmatan perniagaan, pembuatan dan pembinaan.


Yang ni buat apa dipelawa balik? tak mendatangkan paedah pong.

Kalau nak pelawa balik .. ni ha budak Pontian Johor (cina) sekarang dok di NYork. Specialist bahagia peluru. Patut Kem Pertahanan offer dia kerja. Satu lagi anak sedara Tokey genting (sorry cina jugak) dulu dia kerja dgn Kem Pertahanan Singapore bahagian computer. Yang ini elok di bagi offer yang bagus.

Ada lagi (cina cheras) di Cali ni dia buat small airplane. Perkhidmatan dia utk Kem Pertahana tentu berharga.

Ramai lah cina cina Malaysia yang hebat di US ni (sorry Melayu tak jumpa lagi) patut bagi mereka offer yang boleh buat part-time di malaysia. Sesambil kerja di US mereka boleh luangkan dua tiga bulan kerja dgn negara Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:13 AM | Show all posts
aku salah baca ke aku salah faham statement menteri ni....nak bawak balik pakar ke nak bawak balik perkerja malaysia yang jadi PATI kat negara luar...???

nak bawak balik pakar tapi gaji minimum rm4000 ke rm5000...mimpi ke apa..??
ke pekerja pakar ni desperately nak balik malaysia sampakan gaji rm4000 pun sanggup..??


adoii...statement menteri kah ini..?? mcm x selari jek "PAKAR" dgn gaji minimum tu.....

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 23-1-2019 12:53 PM
xde maknanya la... kalao ade semangat nationalism x yah sebab dah tuko2 gomen baru rasa nak balik..  ...

Ai agree dgn kaw. Menteri2 bodoh tue diorg start dgn jd kuli murahan ker. Takyah nak cakap orang, klo dorg tue bguna sgt dorg xkan masuk politik. Cam hanat
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Statement politik semata bg i.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:26 AM | Show all posts
aku pun baca macam tak berapa nak percaya je. Pakar kejadah apanya gaji min rm4k jer?
lepas tu bidang yg dia tulis pun macam fishy jer.
ni sebenarnya nak panggil sedara mara datang sini ke apa?
lepas tu boleh lah bg ic yer
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 24-1-2019 09:22 AM
Ai agree dgn kaw. Menteri2 bodoh tue diorg start dgn jd kuli murahan ker. Takyah nak cakap orang,  ...

betul jugak tu kakbed.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 09:38 AM | Show all posts
Tak payah balik la kalau setakat gaji 4 -5 k..Sama mcm gaji kerani dekat tempat aku jer
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 10:25 AM | Show all posts
berkemahiran kulinari ada?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 11:29 AM | Show all posts
tunggu je malaysia betul betul diperbetulkan politic semua tu, baru balik lah tu time paling bagus ~ time sekarang hanya kawan kawan berusaha betulkan malaysia je....penat je.... bagi yg berpotensi buat lah ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 11:35 AM | Show all posts
entah2 diorang pun tak ingin balik..takyah ler govmt merayu.
hearsay pegi sana study under scholar pun kata keje sana boleh je bayar balik penalty kat govmnt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.097321 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list