CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15230|Reply: 175

[Tempatan] Sultan Pahang YDPA ke-16, Timbalan Sultan Perak, UPDATED #81

  [Copy link]
Post time 23-1-2019 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 24-1-2019 06:36 PM

Majoriti 5 Undi Tentukan Agong Ke-16 Khamis Ini


Tarikh kemaskini: 21/01/2019

[
Istana Negara, tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. -- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA


Oleh Kurniawati Kamarudin



KUALA LUMPUR (Bernama) -- Khamis 24 Jan ini akan menyaksikan pemilihan Yang di-Pertuan Agong buat kali ke-16 sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lebih 61 tahun lalu.

Proses pemilihan ini adalah kesinambungan kepada sistem kerajaan beraja berasaskan Perlembagaan yang diamalkan di negara ini dengan raja atau sultan yang bergelar Yang di-Pertuan Agong akan bersemayam selama lima tahun.

Kekosongan jawatan Ketua Utama Negara itu adalah berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari lepas, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah institusi beraja di negara ini.

Bagaimanapun kematangan institusi beraja menghadapi situasi ini cukup terserlah sehinggakan ia dapat ditangani dengan cara yang cukup harmoni tanpa sebarang krisis.


TATACARA PEMILIHAN AGONG

Apabila terdapat kekosongan pada jawatan Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja akan menjalankan fungsinya sepertimana dalam Perkara 38(6)(a) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Hanya sembilan Raja Melayu yang menjadi ahli Majlis Raja-Raja akan membuat pemilihan itu pada mesyuarat khas yang ditetapkan.

Cara pemilihan itu dilakukan adalah seperti berikut:-

Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali Raja itu belum dewasa atau seseorang Raja itu tidak berhasrat dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Seseorang Raja juga tidak layak untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong sekiranya Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.

Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A. Aziz berkata Majlis Raja-Raja bertindak menurut budi bicara berhubung peranan memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya.

Berkaitan proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Seksyen 2, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan.

Jika Raja itu tidak menerima tawaran tersebut, Majlis Raja-Raja akan menawarkan jawatan itu kepada Raja yang negeri berikutnya dalam senarai pemilihan itu dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan tersebut.


SENARAI PENGGILIRAN

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu , Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Senarai pemilihan tersebut dinyatakan dalam Seksyen 4 yang bermaksud, pada pemilihan pusingan pertama, senarainya adalah mengikut pengiktirafan keutamaan antara raja-raja sendiri. Namun, bagi pemilihan pusingan selepas itu, senarai pemilihan adalah mengikut kedudukan Negeri di dalam senarai yang disusun mengikut raja di negeri-negeri yang mana, mana-mana raja yang telah menerima jawatan Yang di-Pertuan Agong akan dipindahkan ke hujung senarai pemilihan.

Shamrahayu menjelaskan, pada Seksyen 4(2)(b), Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, ada dinyatakan “apabila ada sesuatu perubahan Raja sesuatu Negeri yang ada dalam senarai ketika itu, Negeri itu hendaklah dipindahkan ke hujung senarai itu.”

Tambahnya, peruntukan ini menunjukkan ada kemungkinan bagi negeri Pahang yang baharu saja memasyhurkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan lalu akan diletakkan di hujung senarai pemilihan yang terkini berdasarkan kepada Seksyen 4(2)(b) itu.

"Ada kemungkinan Pahang yang sepatutnya dalam senarai teratas akan beralih kepada hujung senarai pemilihan kerana perubahan Raja yang berlaku di negeri tersebut. Namun keputusan tertakluk kepada budi bicara Majlis Raja-Raja," katanya.


PEMILIHAN SECARA SULIT

Sementara itu, laman web rasmi Majlis Raja-Raja turut mengandungi maklumat prosedur bagaimana pengundian dijalankan.

Sekiranya Raja atau Sultan negeri tersebut berada dalam senarai teratas dan bersetuju untuk dicalonkan, baginda boleh diundi secara sulit oleh Majlis Raja-Raja.

Kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat sama.

Kemudiannya kertas undi akan dimasukkan ke dalam peti serta dimusnahkan sama ada dibakar atau dirincih di hadapan Raja-raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.

Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Dalam mesyuarat pemilihan itu, hanya Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan itu.


MAJORITI LIMA UNDI

Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan membekalkan satu kertas undi pada setiap Raja dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai atau tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda.

Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun raja itu gagal memperolehi undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.

Proses hanya akan selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Selepas itu, barulah Majlis Raja-Raja mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.



Disunting oleh Melati Mohd Ariff

BERNAMA


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2019 07:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
@Syd memang sinonim dengan thread Agong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-1-2019 07:42 PM
@Syd memang sinonim dengan thread Agong

Ke kiri ke kanan

Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapo naik @Syd?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 23-1-2019 07:56 PM
Sapo naik @Syd?

Bagilah chance undian dulu.

Jgn pulop nak bkk poll kat CI ni suh ummah ngundi.

Haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2019 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 23-1-2019 07:58 PM
Bagilah chance undian dulu.

Jgn pulop nak bkk poll kat CI ni suh ummah ngundi.

hahaha.. golak bosar mak hincik baca hat ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bukak poll la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 23-1-2019 07:58 PM
Bagilah chance undian dulu.

Jgn pulop nak bkk poll kat CI ni suh ummah ngundi.

Oo baru nak undi.. Hahaha

Golak bosa den..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 23-1-2019 07:58 PM
Bagilah chance undian dulu.

Jgn pulop nak bkk poll kat CI ni suh ummah ngundi.

Aku pon tabrani..

Esok luse teros PERKASA wat live feed depan poc aku.  Persende Raje2 Melayu kata deme karang.  

Amporn..  Twankqu!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 AgongXV join meeting MRR esok tak? Sultan/Raja je boleh buat undian memilih YDPA kan? Pemangku/wakil Sultan tak boleh undi rite?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 lantik Sultan Nazrin jadi YDPA la...based on his credentials & performance masa jadi Pemangku Agong. Sultan Pahang Timbalan YDPA sebab baru sgt dilantik jadi Sultan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Patik sabar menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
patut bukak poll syd. colan2nya adalah.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:10 PM | Show all posts
klu raja nazrin dilantik jadi agong xdpt nak dibayangkan nti cacian yg bakal diterima
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 23-1-2019 10:04 PM
patut bukak poll syd. colan2nya adalah.........

Abang nak suh saya kena buang negeri ke mana ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 23-1-2019 10:34 PM
Abang nak suh saya kena buang negeri ke mana ni?


balik ke estet. komuniti estet dah rindu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong sultan aku
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:43 PM | Show all posts
kalau lantik setakat nak jadi patung puppet tak perlu ada agong pun xpe


setakat   itu saja ke ?


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenala lantik kalau tak nanti orang Melayu Marah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.090970 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list