CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 12

[Tempatan] Ketua Polis KL tidak rela mempunyai anggota terlibat dengan kongsi gelap

[Copy link]
Post time 23-1-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ketua Polis KL tidak rela mempunyai anggota terlibat dengan kongsi gelap

Raja Hisyam Raja Zaid, Astro Awani |  Diterbitkan pada Januari 23, 2019 20:38 MYT

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur memberi jaminan bahawa tiada mana-mana anggotanya terlibat atau mempunyai hubungan dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap.

Itu tegas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dalam menyatakan pendiriannya dalam usaha membanteras kegiatan kumpulan kongsi gelap di sekitar ibu negara.

Kata beliau, isu membabitkan anggota polis yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap adalah sedikit dan tindakan ke atas mereka telahpun diambil sebelum ini.

Jelas beliau PDRM Kuala Lumpur menjadikan 2019 sebagai tahun yang mensasarkan untuk membasmi segala aktiviti membabitkan kongsi gelap.

“Saya sudah beri amaran tegas,saya dah beritahu kepada mereka saya lebih rela kekurangan anggota daripada mempunyai anggota (yang terlibat dengan kumpulan kongsi gelap).

"Saya inginkan pegawai dan anggota yang berkualiti bagi PDRM Kuala Lumpur. Jika masih ada yang terlibat tindakan tegas akan diambil termasuk buang kerja," katanya ketika hadir pada program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) di Cheras.

Malah jelasnya, fokus kumpulan kongsi gelap di sekitar ibu negara kini dikesan telah mengubah aktiviti utama mereka iaitu daripada jenayah kekerasan dan pemerasan kepada pengedaran dadah untuk memastikan mereka mampu bergiat aktif.

“Apa yang kita lakukan sekarang untuk diamkan mereka daripada sebarang aktiviti sehingga mereka tidak boleh buat apa-apa.

Justeru itu kita harap orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Sekarang anda jangan bimbang jika anda bersama kami kita boleh banteras mereka" katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mana-mana kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur boleh menyalurkan maklumat menerusi talian khas yang telah diwujudkan iaitu 017-203 5737 atau talian hotline 03-2146 0670

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Abam pulis,

Takut ke idak ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis under cover tak termasuk ya
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 23-1-2019 09:19 PM
Abam pulis,

Takut ke idak ni?

Dulu2 pun ada ex air force ketua kongsi gelap mati kena bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mmmmm........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 23-1-2019 11:49 PM
mmmmm........

Tak caya lettew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2019 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
abeh tu kes polis yg lempang penjual beger ari tu da setel ke blm?

ke kes dah difreezekan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 24-1-2019 12:35 AM
abeh tu kes polis yg lempang penjual beger ari tu da setel ke blm?

ke kes dah difreezekan.

Dah bukak kertas siasatan.

Esok i update.

Ni nak sambung tido balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Spesies bapok suka main hisap main dubur sesama sendiri saja masuk kongsi gelap. Buat projek kongsi dalam gelap
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kongsi gelap =  Kongsi dubur masing masing dalam gelap
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 23-1-2019 11:50 PM
Tak caya lettew

petang saya nmpk..malam baca ni....tak ke...mmmmm je lah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:52 PM | Show all posts
"jika masih ada ..." seems to imply sebelum ni memang ada. begitukah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 03:07 PM | Show all posts
Daftar je pertubuhan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.068417 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list