CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4467|Reply: 19

Sungai Paling Kotor Dan Jijik Di Dunia!

[Copy link]
Post time 24-1-2019 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Air adalah sumber utama dalam kehidupan harian bukan sahaja pada manusia, malah untuk semua hidupan lain termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan.


Antara sumber air yang paling besar adalah sungai. Dengan air itulah kita makan, minum, mencuci pakaian dan banyak lagi aktiviti. Betul, kan?


Tapi, masyarakat dewasa ini semakin kurang peka dengan kepentingan menjaga kebersihan sungai. Mereka bukan sahaja tidak menjaga kebersihan, malah turut menyumbang kepada pencemarannya.


Banyak sungai yang tercemar di atas muka bumi ini dan sekarang, jom kita lihat antara lima sungai paling kotor dan jijik di dunia!




5. Sungai Mississippi, Amerika Syarikat





kredit foto : iluminasi.com




Sungai Mississippi adalah salah satu daripada sungai yang terpanjang di dunia. Ia digunakan jutaan penduduk Amerika Syarikat dan merupakan sungai penting yang terbesar dalam sistem perparitan di Amerika Syarikat.



Sungai ini berwarna coklat disebabkan sisa buangan toksik seperti nitrat, benzena dan arsenik. Kebanyakan sisa toksik ini dilepaskan oleh kilang-kilang perindustrian dan para petani yang menyebabkan sungai ini mengandungi paras nitrogen tinggi, sekali gus mengakibatkan hidupan akuatik mati kerana paras oksigen semakin berkurang di dalam sungai tersebut.




4. Sungai Mantaza-Riachuelo, Argentina


Kredit foto : iluminasi.com




Sungai yang
mengalir sepanjang Buenos Aires, ibu kota Argentina ini merupakan sungai paling kotor di Amerika Selatan. Keadaan menjadi semakin parah dengan kewujudan industri perkilangan di sekitar sungai dan membebaskan pelbagai bahan buangan bertoksik seperti merkuri yang mengakibatkan peningkatan kes penyakit kanser di kalangan warga penduduk.


Sungai ini juga dikenali sebagai Slaughterhouse River atau diterjemahkan kepada Sungai penyembelihan kerana ia menjadi 'rumah' kepada bahan buangan dari rumah-rumah penyembelihan haiwan dan isi rumah penduduk di sepanjang sungai tersebut. Terlalu banyak buangan setiap hari sehinggakan sungai ini berbau sangat BUSUK!





kredit foto : iluminasi.com







3. Sungai Buringanga, Bangladesh





kredit foto : iluminasi.com




Sungai terbesar di Bangladesh ini merupakan sumber air utama bagi jutaan penduduk Bangladesh. Namun, ia dipenuhi najis manusia, bangkai binatang dan sampah sarap.



Sungai ini terlalu kotor dan jijik, sehinggakan warnanya bertukar hitam! Tiada hidupan air yang dapat meneruskan hidup di dalam sungai tersebut.





kredit foto : iluminasi.com






kredit foto : iluminasi.com






kredit foto : iluminasi.com







2. Sungai Citarum, Indonesia





kredit foto : iluminasi.com




Sungai ini mengalir melalui wilayah Jawa Barat dan merupakan sumber air utama bagi penduduk dalam jumlah yang besar seperti mana di India.



Permukaan air sungai ini sangat padat dengan sisa buangan seperti plastik, tayar, perabot, logam berat, bahan kimia dan banyak lagi sehinggakan air sungai tidak kelihatan langsung! Dahsyat bukan?


Oleh kerana sungai ini sangat penting untuk jutaan penduduk, ini memaksa mereka untuk terus menggunakannya walaupun keadaan sungai itu begitu kotor dan jijik.



Mengikut laporan, sejumlah 50,000 kematian tahunan dicatatkan membabitkan penduduk di sana.




kredit foto : iluminasi.com






kredit foto : iluminasi.com






kredit foto : iluminasi.com







1. Sungai Ganges, India





kredit foto : iluminasi.com





Dianggap sebagai sungai paling suci dalam agama Hindu. Sungai ini tercemar dengan bahan-bahan kumbahan, plastik, toksik termasuk  persembahan keagamaan. Masyarakat bukan sahaja mandi, memasak, mencuci pakaian di tebing sungai, malah mayat juga dibuang di sungai tersebut!





kredit foto : iluminasi.com







kredit foto : iluminasi.com





kredit foto : iluminasi.com





Jijik bukan? Sebagai manusia yang bertamadun, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan sungai kita. Sanggupkah anda minum air dari sungai-sungai seperti yang anda lihat di atas? Cuba kongsikan sungai di dalam Malaysia yang mengalami pencemaran teruk seperti di atas. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk Sg Klang rasa stress sebab kotor. Tgk sungai-sungai tu, speechless terus
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:38 PM | Show all posts
lor pihak gov diorg xbuat sesuatu ke utk tangani masalah sungai kotor ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:00 PM | Show all posts
Sikap masyarakat setempatlah punca sampah boleh bertimbun memenuhi sungai sampai jadi sebegitu.  Kalau pihak berkuasa datang membersihkan tapi sikap masyarakat masih tak berubah mana nak selesai masalahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:08 PM | Show all posts
Sistem industri kat sana tak pentingkan environment ekk.. kat Malaysia ni rasanya kebanyakkan industri ada sistem water treatment sebelum air di lepas pada drain.. yang peliknya ada orang mandi tu.. sungai bangla sungai indon ngan sungai india tu.. aku air paip kuning sikit pun dah geli nak mandi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok jiran sebelah dok buang sampah dkt pantai depan rumah stressnya lahai, takda sivik langsung.. Pakat dgn jiran lain nak report tapi xtau nak report kat mana plak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2019 02:29 PM | Show all posts
susah nak kawal, sebab sungai2 kat atas ni semua besar n panjang, mungkin bercantum dengan laut terus

sampah tu, kalau sini kawal hujung sana pulak buang
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 03:43 PM | Show all posts
adoi pening kepala tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse: Tengok jiran sebelah dok buang sampah dkt pantai depan rumah stressnya lahai, takda sivik langsung.. Pakat dgn jiran lain nak report tapi xtau nak rep ...

Majlis perbandaran kot. Deyols jgk yang upah tukang sapu cuci area2 pantai kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 04:12 PM | Show all posts
Boleh mengundang penyakit kalau sungai  bersampah sarap macam ni... sis cannot....

Kalau kat jepun, dalam longkang pun ada ikan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 08:53 PM | Show all posts
Finally sungai citarum yindon di iktiraf dunia selepas claim beberapa benda di seluruh dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:58 PM | Show all posts
Pengajarannya, jagalah sungai kita.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat sungai klang la.paling kotor kaler teh tarik pekat. Sekali ada lagi kotor kaler kopi terusss. Cmnelah bole hidup selesa sekian lama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh plak budak ni mandi, berkubang dalam sungai tu.. Huhuhu.. X rasa ke air msuk perut, mata..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg buang mayat kat sungai tu dia pikir mayat nya hanyut terus ke syurga ke ape? End up tersangkut kat tebing jah pon..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 06:07 PM | Show all posts
Tak boleh nak terima dan bayangakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa: Sikap masyarakat setempatlah punca sampah boleh bertimbun memenuhi sungai sampai jadi sebegitu.  Kalau pihak berkuasa datang membersihkan tapi sikap m ...



Betooooollllll
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tgk bdk2 tu mandi kt sungai tu.. kuis2 sampah bru nmpk muka... sure ada yg tsedak air dlm mulut...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 02:10 PM | Show all posts
Adoiii.. kotor giler..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijiknya tak terkata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.153566 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list