CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1793|Reply: 4

Kualiti Udara Dunia Sedang Membunuh Manusia

  [Copy link]
Post time 24-1-2019 12:10 PM | Show all posts |Read mode

Sumber Imej : Paul Reiffer




Kualiti udara di kebanyakan bandar metropolitan di dunia lima kali ganda teruk daripada kualiti udara yang disarankan oleh WHO (World Health Organization).


Dikatakan lebih 7 juta mati setiap tahun yang diakibatkan oleh pencemaran udara. Kebanyakkan kematian ini berlaku pada negara yang mempunyai tahap pencemaran udara daripada asap kereta dan masih menggunakan dapur tradisional dengan bahan bakar arang. Data ini diperolehi daripada analisis WHO pada 4300 buah bandar pada 130 buah negara.


Pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor dianggarkan 333 juta tan karbon dioksida dilepaskan ke udara setia tahun. Kenderaan bermotor juga menghasilkan karbon monoksida; gas beracun yang merbahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan. Toksik ini menyebabkan vertigo dan sakit kepada, atau lebih teruk akan menyerang sistem saraf dan jantung. Selain itu, kenderaan bermotor turut menghasilkan Nitrogen Oksida dan reaktif hydrokarbon.


Siapa tahu, memasak menggunakan dapur tradisional juga menyebabkan pencemaran udara. Perkara yang lebih mengejutkan lagi, 90 peratus daripada jumlah kematian setiap tahun berpunca daripada keluarga yang memasak menggunakan arang dan minyak tanah di negara-negara yang mempunyai aras pendapatan rendah dan sederhana. bahan bakar arang dan minyak tanah boleh menyebabkan penyakit jantung, kanser paru-paru dan lain-lain.


Berikut adalah laman sesawang untuk melihat statistik pencemaran:

Pollution Index Rate
Air Pollution in World: Real-time Air Quality Index Visual Map




India, Cameroon, Uganda, Pakistan, Bangaladesh dan China mempunyai bandar-bandar yang berada di tempat 20 teratas dalam hal pencemaran udara ini mengikut laporan WHO yang diambil tahun lepas. Terdapat juga negara yang berpendapatan tinggi mempunyai indeks bacaan udara tercemar yang tinggi seperti Qatar, Kuwait dan Saudi Arabia. Bandar paling tercemar ialah Kanpur di India dengan bacaan 157. Negara yang mempunyai bacaan udara paling bersih ialah Finland, dengan kesemua bandarnya berada di bawah bacaan 50.







Sumber imej : beritasemasa.com.my

(IPU= Indeks Pencemaran Udara)



Jangan bimbangkan Malaysia, indeks bacaan udara kita masih dalam baik menurut laporan semasa daripada laman sesawang aqicn.org. Cuma ada beberapa tempat sahaja di Malaysia yang berada di tahap sederhana. Namun, kita tidak sepatutnya terbuai lena dengan nikmat kita kerana suatu hari nanti kita juga akan merasakan sama seperti mereka. -CARI


Rujukan : National Geographic, wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 12:59 PM | Show all posts
pelik artikel ni
xmasukkan rokok
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 24-1-2019 12:59 PM
pelik artikel ni
xmasukkan rokok

Rokok alkohol tuu keperluan.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kita salah kan perokok...hakikatnya kat udara nun beribu kpl terbang lepaskan gas beracun setiap saat...gas yg kita hidu mmg dah sedia ada beracun klu kita x dekat dgn perokok pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 24-1-2019 12:59 PM
pelik artikel ni
xmasukkan rokok

Terima kasih baca. Artikel ini cuma merujuk mengikut laporan WHO di majalah National Geographic dan beberapa laman sesawang mengenai pencemaran udara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.480772 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list