CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2153|Reply: 25

[Jenayah] Pemacing ditemui mati terapung dengan kesan jerut

[Copy link]
Post time 24-1-2019 12:34 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba ketika mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui terapung di sebuah lombong di Kampung Baru Kanthan, hari ini.


IPOH - Mayat seorang lelaki ditemui terapung dipercayai dibunuh di sebuah lombong berhampiran Kawasan Industri Kanthan, Kampung Baru Kanthan di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azizul Roslan, 24, tidak pulang ke rumah selepas dipercayai keluar memancing di kawasan itu sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa yang berasal dari Trosor, Sungai Siput itu kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Berdasarkan keterangan bapanya, mangsa keluar dari rumah kira-kira jam 1.30 petang semalam untuk pergi memancing. Sehingga jam 3 pagi, bapanya menyedari mangsa masih belum pulang ke rumah.

“Hari ini, bapa mangsa mula mencari mangsa di kawasan lombong itu dengan bantuan anggota Balai Polis Kanthan Bharu dapat mengesan motosikal mangsa. Selepas diteliti, dapati mayat mangsa berada di bawah semak kolam dengan hanya kaki mangsa kelihatan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya mangsa dibunuh apabila terdapat kesan jerut di leher.

“Selain itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian mata kiri, lebam pipi kiri dan kesan luka di telinga kiri.

“Hasil pemeriksaan mendapati kawasan kolam itu tidak berpagar dan terbuka manakala joran pancing mangsa didapati dipatahkan. Mayat mangsa dijumpai dalam jarak empat meter dari tebing kolam,” katanya.

Mohd Ali berkata, tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan tiada saksi yang melihat kejadian setakat ini berikutan kawasan kolam tersebut sunyi tidak berpenghuni.

“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat yang akan dijalankan esok,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes samun gone wrong ke? Orang tu aman-aman dok sorang-sorang memancing, ada je yang nak amik kesempatan (kalau betul samun)
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:41 PM | Show all posts
kesiannye...berebut port mancing ke apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dapat ditangkap pembunuh tu.....kesian adik ni...innnalillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 01:00 PM | Show all posts
moonbug replied at 24-1-2019 12:37 PM
Kes samun gone wrong ke? Orang tu aman-aman dok sorang-sorang memancing, ada je yang nak amik kesemp ...



hak ah kes nak samun wallet dengan handphone..bergelut dan mayat mangsa kena campak dalam lombong






Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 24-1-2019 12:37 PM
Kes samun gone wrong ke? Orang tu aman-aman dok sorang-sorang memancing, ada je yang nak amik kesemp ...


Brp juta laa dia bwk duit masa mancing.. pi laa rompak bank kalo dah nekad nak membunuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga beliau. Malang tak berbau
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..lelaki pun x selamat memancing srg2..takziah buat keluarga arwah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 01:49 PM | Show all posts
Innalillah...

ini mesti kerja mat pet.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:12 PM | Show all posts
Innalillah, kesiannya arwah. Muda lagi orangnya. Pejadah samun org tgh memancing? Kot ye pun tak payah la sampai membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:13 PM | Show all posts
aduhai nak mancing pun tak aman
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah... jahatnya yang p bunuh dia... mesti set2 penagih punya kerja nih..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:19 PM | Show all posts
Geng pemancing mmg selalu kena samun klau mancing sorg2.. port mancing yg sunyi jauh dari org baru byk ikan itulah dugaan seorang pemancing selain kena patuk ular, kena makan boya or rimau atau kena sengat ikan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:33 PM | Show all posts
al fatehah,takjiah
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:34 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:36 PM | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 12:39 AM | Show all posts
kesian.... semoga pembunuhnya dijumpai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 24-1-2019 01:02 PM
Brp juta laa dia bwk duit masa mancing.. pi laa rompak bank kalo dah nekad nak membunuh..

Bengong kan..klu tak mat pit,warga asing yg mancing gak tp tiba2 dirasuk setan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 01:20 AM | Show all posts
Twrgamak betul smpi membunuh... Takziah utk keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun..takziah buat keluarga mangsa...kesian adik nih..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.180158 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list