CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Tempatan] Orang Asli diugut, dibayar burukkan BN

[Copy link]
Post time 24-1-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Orang Asli diugut, dibayar burukkan BN?
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR | 24 Jan 2019

PRK Cameron Highlands akan berlangsung Sabtu ini selepas kemenangan BN pada PRU14 dibatalkan November lalu. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A A

Dakwaan itu dibuat oleh seorang pemimpin masyarakat di sebuah kampung Orang Asli, di sini, yang enggan namanya didedahkan.

Katanya, penduduk-penduduk terlibat menerima bayaran mencecah ratusan hingga ribuan ringgit daripada pihak tertentu untuk membuat pengakuan tersebut.

"Mereka itu semua saya kenal, saudara-mara saya juga. Mereka dibayar untuk bongkarkan cerita dan dijadikan saksi.

"Malah, ada yang diugut macam-macam. Selepas diugut dan dibayar, mereka buka ceritalah kata BN bayar mereka," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada 4 Jun lalu, calon PH, M Manogaran memfailkan petisyen dengan memohon pengisytiharan bahawa keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Manogaran mendakwa, pemenang kerusi itu, Datuk C Sivarraajh dari BN telah merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk mengundinya.

Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lepas mengisytiharkan kemenangan BN bagi kerusi itu adalah terbatal dan tidak sah

Ia selepas mahkamah memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Cameron Highlands diadakan pada 26 Januari ini.

Menurut pemimpin itu lagi, penduduk yang tampil sebagai saksi dalam petisyen difailkan itu hanyalah kumpulan yang kecil.

"Pengundi Orang Asli di sini ada kira-kira 4,000 orang, tapi yang buat hal lebih kurang 10 orang saja.
"Kalau nak dikira memang tak logik. Sepatutnya yang buat hal 4,000 orang, baru betul," katanya.

Dia juga menafikan BN pernah membayar mereka dalam kempen PRU14 untuk menyokong parti itu.
"Kita bukan dibayar BN, kalau orang bagi sumbangan kita ambil. Tapi kita tak minta.

"Mana-mana kampung pun dapat sumbangan, bukan pada musim pilihan raya saja," katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054938 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list