CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4290|Reply: 2

Proton X70 Memang Bikin Menggiurkan, Ini Dia Ciri-ciri Power Yang Anda Mungkin T

[Copy link]
Post time 24-1-2019 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Sudahkah anda mengunjungi bilik pameran Proton untuk melihat pelancaran model Proton X70 baru mereka? Jika anda telah membuat pandu uji pasti akan berasa 'wow' dengan ciri ciri baru yang terdapat dalam kereta SUV terbaru keluaran Proton ini. Harganya juga boleh dikategorikan sebagai mampu milik dan didatangi dalam pelbagai varian. Bermula dari RM90 ribu hingga RM130 ribu, anda mungkin berfikir untuk menukar kereta sedia ada kepada Proton X70 setelah melihat reka bentuk serta fungsi SUV ini.

1. Stereng yang sporty





Jika anda mempunyai peha besar, X70 menawarkan stereng yang sesuai untuk anda. Size stereng juga ngam ngam (tidak kecil dan tidak juga besar) dan berbentuk 'flat bottom'. Selain itu, ia juga agak ringan dan senang digerakkan. Boleh berubah menjadi lebih berat apabila memasuki Mode Sportif.



2. Full LCD Instrument Cluster menyerupai CRV dan Volkswagen Tiguan




Selain daripada ciri yang dinyatakan di atas, warna screen juga boleh berubah mengikut mode pemanduan (Eco, Normal dan Sportif).



3. Logo Proton yang muncul ketika waktu malam



Jika anda membuka pintu pada waktu malam, logo Proton akan muncul, tak perlu tambah di kedai aksesori. Teringat thundercat pulak.



4. Kemudahan Air Purifier @ Cleaner Built - In







Udara dalam kereta lebih bersih dan segar melalui pengaktifan penyegar udara dalam semua jenis varian Proton X70.



5. Kerusi didatangkan dengan fungsi Lumbar Support Adjustment






Kerusi penumpang di bahagian depan didatangkan dengan ciri electronic adjustment yang hanya ada dalam kereta mahal saja tau! Manakala kerusi pemandu mempunya teknologi Lumbar Support Adjustment yang bagus untuk kesihatan tulang belakang.



6. USB Port yang banyak!






Jika anda berjalan jauh , kemudahan USB port ini memang sangat diperlukan. Dalam X70 ini terdapar 6 Port USB. Dekat cermin pandang belakang pun ada untuk kita jika mahu memasang Dash Camera tambahan.



7. Kemudahan WIFI percuma selama 5 tahun!





Didatangkan dengan 8 inci skrin Infotainment yang menggunakan platform GKUI, lawa tahap skrin handphone mahal anda itu tau! Juga percuma data sebanyak 1GB setiap bulan selama 5 tahun, jika data habis boleh sambung menggunakan telefon kita menggunakan WIFI.



8. 9 Speaker jenis Kenwood untuk varian Premium






Jika anda memilih varian Premium, kereta anda akan didatangkan dengan 9 speaker jenis Kenwood. Dum dum dum bunyi kereta anda nanti!



10. Enjin didatangkan dengan 'Engine Bay Cover'






Hanya level kereta premium seperti Lexus mempunyai Engine Bay Cover ini. Fungsinya adalah untuk menjaga 'wiring' dalam kereta dengan lebih efisien.



11. Fungsi tayar yang lain dari yang lain!





Tayar X70 juga mempunyai penutup bahagian dalam di atas tayar yang mempunyai fungsi sebagai 'soft insulation' untuk menyerap bunyi tayar dan seretan jalan semasa memandu. Jadi pemanduan anda lebih senyap. Manakala di bahagian tayar hadapan terdapat lubang kecil yang berfungsi untuk sejukkan 'brake disc' supaya lebih efisien dan tahan lama.



12. Sistem TPMS yang canggih




Anda boleh periksa tekanan tayar anda hanya dari skrinkereta. Sudah tidak perlu ke stesen minyak ya!



13. Didatangkan dengan alat kawalan jauh keselamatan





Para isteri pasti suka.Anda boleh memantau kemana pasangan anda pergi melalui aplikasi ProtonLink. Anda juga boleh kunci dan membuka kunci melalui aplikasi ini.



14. Fungsi Electronic Parking Brake





Proton X70 menggunakan 'Electronic Parking Brake' menggantikan normal handbrake. Ianya akan Auto On apabila enjin dimatikan. Kaki anda akan lebih relaks dan lebih selamat jika anda dalam perjalanan yang sering berhenti sementara atau jalan yang sentiasa sesak apabila butang Auto H dihidupkan. Butang Auto H berfungsi untuk menahan brek sementara dalam situasi di atas.



15. Headlamp berprestasi tinggi




Apabila cuaca gelap, ianya akan berfungsi secara sendirinya. Dan apabila anda berada di atas lebuhraya, jika kita set fungsi lampu tinggi, dan tiba tiba ada kereta di hadapan, headlamp akan automatik bertukar menjadi lampu rendah semula. Power kan?



16. Sistem Adaptive Cruise Control untuk varian premium





Kita boleh set jarak selamat dari kereta yang berada di hadapan anda di samping menetapkan kelajuan.



17. Panoramic Sunroof





Hanya dengan varian premium, anda boleh menikmati pemandangan lebih romantis dengan panoramic sunroof ini. Sangat cantik kecuali dengan kehadiran Kak Limah dan kilat. Eh?



18. Enjin Berkuasa Tinggi





Proton SUV X70 ini didatangkan dengan enjin 1.8 Turbo Direct Injection dipadankan dengan transmisi auto 6 kelajuan. 181 horse power dan 285NM. Power ke tak power?



Ha macam mana? dah mula berfikir untuk tukar kereta baru untuk tahun ini? Mengancam bukan?  - CARI



Kredit : Facebook Sobri Sunan






























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 04:51 PM | Show all posts
Ciri-ciri yang seakan setanding dengan kereta import!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 03:57 PM | Show all posts
sangat menarik modal terbaru ini canggih dan sistem sangat hebat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.069659 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list