CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2305|Reply: 28

[Tempatan] Tandas awam Rantau Abang terbaik peringkat ASEAN

[Copy link]
Post time 24-1-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
DUNGUN: “Saya terkejut, tak sangka tandas ini diiktiraf sehingga ke peringkat ASEAN,” kata Faridah Sariman, 46, selepas tandas awam Rantau Abang yang dijaganya diiktiraf tandas terbaik kategori ASEAN Public Toilet Standard 2019-2021.

Pengiktirafan berkenaan sempena ASEAN Tourism Forum 2019 yang diadakan di Ha Long City, Vietnam, Sabtu lalu.

Faridah berkata, tandas terbabit pernah menerima Anugerah Perak kategori tandas pelancongan terbaik sempena Sambutan Hari Tandas Sedunia di Kuala Lumpur pada 2016 dan anugerah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri pada 2017 dan 2018.

“Saya sangat bangga apabila tandas ini beberapa kali dinobatkan tandas terbaik. Saya jaga tandas ini seperti rumah sendiri dan sepanjang 365 hari saya akan pastikan tandas ini dibuka serta dalam keadaan bersih dan segar,” katanya.

Katanya, dia dan suami, Zainuddin Mat Ali, 44, akan membersihkan tandas itu tiga kali sehari bagi memastikannya tidak mendatangkan masalah kepada pengunjung.

“Saya diberi kepercayaan oleh Majlis Perbandaran Dungun (MPD) sejak enam tahun lalu. Saya jadikan kebersihan tandas ini seperti kebersihan di rumah sendiri kerana saya dibayar oleh MPD dan tidak pernah menutup tandas ini,” katanya.

Katanya, dia bukan sahaja menekankan aspek menjaga persekitaran dalaman tandas, malah kawasan luar serta landskap pokok-pokok bunga turut dibaja supaya tumbuhan itu kelihatan segar sepanjang masa.

“Saya tidak pernah harap kerja kuat saya ini dipandang tinggi. Tugas saya adalah untuk memastikan tandas ini bersih, tidak berbau dan mendapat pencahayaan serta pengudaraan yang baik,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menggunakan sebarang pewangi di dalam tandas sebaliknya kaedah tradisional bagi menghilangkan bau, iaitu daun pandan serta bunga rampai yang diletakkan di dalam tandas.

Faridah berkata, kemenangan itu membuatkannya tambah bersemangat untuk memastikan tandas jagaannya bersih dan tidak berbau busuk.

“Walaupun kerja ini dipandang rendah masyarakat, ia tidak menghalang saya untuk menjadi pencuci tandas yang dedikasi. Saya banyak menerima komen positif menerusi peti cadangan yang saya sediakan dan itu jadi sumber motivasi kepuasan dan pengiktirafan kerja keras saya ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha MPD, Fadli Yusof Zakaria, sebanyak 16 tandas awam dari seluruh Malaysia tercalon untuk penganugerahan peringkat serantau itu dan tandas awam Rantau Abang satu-satunya dari Pantai Timur yang tersenarai dalam lima tandas terbaik bagi kategori berkenaan.

Katanya, yang turut terpilih adalah tandas awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tandas awam restoran Foh San di Perak, tandas Masjid Cina Melaka dan tandas awam Plaza Merdeka, Sarawak.

“Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Kebudayaan, Sukan, dan Pelancongan Vietnam, Nguyen Ngoc Thien. Anugerah itu juga satu pengiktirafan kepada MPD selaku PBT yang menyelia tandas awam Rantau Abang dan juga seluruh warga Dungun,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 17 tandas awam di daerah ini telah dinaiktaraf dan dibaik pulih sejak 2013 dalam usaha menjadikannya tandas terbersih.

“Semua penjaga tandas kami adalah mereka yang berpendapatan rendah termasuk ibu tunggal. Kami berharap semua tandas awam dapat mencontohi tandas Rantau Abang dan masyarakat juga memainkan peranan memastikan tandas di negeri ini sentiasa bersih serta bebas vandalisme,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemenang tandas awam dari Malaysia bergambar selepas menerima hadiah sempena ASEAN Public Toilet Standard 2019 — 2021 pada ASEAN Tourism Forum 2019 yang diadakan di Ha Long City, Vietnam, Sabtu lalu. - NSTP/Rosli Ilham

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mana gambor toiletnya TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 24-1-2019 01:52 PM
mana gambor toiletnya TT

Dari luar je boleh dak. View dalam tadak pulak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:58 PM | Show all posts
tandas awam kt terengganu yg carly jumpa kebanyakannya mmg bersih... terjaga....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 24-1-2019 01:56 PM
Dari luar je boleh dak. View dalam tadak pulak

ala ... ocd macam i mmg ada masalah nak g toilet .. iols sanggup tahan and balik rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ingat kan toilet KL yg bersih , ada jugak dr terengganu , btw terengganu and labuan ada lah negeri kat malaysia yg iols belum sampai haha .. boleh melawat nanti ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
carly_lah replied at 24-1-2019 01:58 PM
tandas awam kt terengganu yg carly jumpa kebanyakannya mmg bersih... terjaga....

Berbeda dgn pandangan Atok ... Melayu bukanlah malas .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Toilet awam ni yg duduk tu org sllu cangkung.. kotorlah babi btul perangai
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 24-1-2019 01:56 PM
Dari luar je boleh dak. View dalam tadak pulak

ok la thank you tt dari takde kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus..suka..suka..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:10 PM | Show all posts
adelea replied at 24-1-2019 02:01 PM
ingat kan toilet KL yg bersih , ada jugak dr terengganu , btw terengganu and labuan ada lah negeri k ...

setakat ni mmg puas hati dgn toilet kt terengganu walaupun kena bayar... lupa 5 posen atau singgit.... siap boleh mandi lg tau.. mcm toilet rnr aje...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:11 PM | Show all posts
tobby replied at 24-1-2019 02:02 PM
Berbeda dgn pandangan Atok ... Melayu bukanlah malas .

Atok dh pelupa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:14 PM | Show all posts
Remyda replied at 24-1-2019 01:56 PM
Dari luar je boleh dak. View dalam tadak pulak

nak tengok dlm boleh baring tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar dlm tade plak ye, nnt blk dungun nak try masuk la tp iols nak puji surau kat r&r apatah yg lepas Perasing tu lupa plak namanya tp suka surau dia cam nak tido je rasa konsep macam berandah lantai kayu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
carly_lah replied at 24-1-2019 02:10 PM
setakat ni mmg puas hati dgn toilet kt terengganu walaupun kena bayar... lupa 5 posen atau singgit ...

tapi toilet jepun yg plg bersih la iols pergi , rasa cam boleh baring2 kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 02:24 PM | Show all posts
tahniah !!

tapi iolls x paham konsep tandas kat RnR (sesetengah)

dari 20 cubicles, boleh 1-2 je dia buat tandas duduk

padahal tandas duduk ni, semua boleh pakai

tandas cangkung bukan semua larat pakai
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:30 PM | Show all posts
adelea replied at 24-1-2019 02:22 PM
tapi toilet jepun yg plg bersih la iols pergi , rasa cam boleh baring2 kan

jgn la compare dgn jepun... mentaliti pun berbeza... bagai langit dgn bumi gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
carly_lah replied at 24-1-2019 02:30 PM
jgn la compare dgn jepun... mentaliti pun berbeza... bagai langit dgn bumi gitu..

perkara yg baik susah nak ikut kan awak ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 24-1-2019 02:22 PM
tapi toilet jepun yg plg bersih la iols pergi , rasa cam boleh baring2 kan

Toksah banding dengan toilet jepun. Longkang kita ngan longkang dia pun jauh sangat beza. Ikan koi boleh hidup dengan aman

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.108425 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list