CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2271|Reply: 27

[Tempatan] Wakil Paderi Malaysia Tak Setuju Salib Besar. Seru Kristian Malaysia Bersyukur T

[Copy link]
Post time 24-1-2019 01:41 PM | Show all posts |Read mode



Jason Leong, penasihat Association of NextGen Christian dalam program forum ‘Sila Duduk Jangan Lari’ TV alHijrah menyatakan lambang salib besar yang dibuat di Pulau Pinang adalah ‘tidak perlu’.

Di Malaysia, kita memang tahu apa sensitiviti bangsa dan kaum yang lain, kami peka, dan kami tidak akan membuat perkara sedemikian. Perlukah saya membuat salib sedemikian besar? Kalau tak perlu dan tak membantu iman saya menjadi lebih teguh, maka tidak perlulah.
Beliau juga mengatakan bahawa lambang salib sememangnya suatu lambang syiar dalam agama Kristian. Namun saiz lambang tersebut tidak langsung berkait rapat dengan tahap keimanan seorang Kristian, dan tiada keperluan menghasilkan lambang salib berskala besar.

Pandangan wakil Kristian tersebut disambut baik oleh wakil ahli panel Muslim, Dato Rashidy Jamil al Rashid.

Saya merasa gembira dan terharu apabila mendengar daripada penganut Kristian sendiri yang merasa tidak sesuai salib sebesar itu dibuat pada bukan premis ibadat.

Dato Rashidy juga menjelaskan bahawa isu penentangan majoriti umat Islam terhadap salib besar yang dipamer pada bangunan di Pulau Pinang, bukanlah kerana ‘salibphobia’, tetapi kerana dilihat usaha penegakan lambang syiar agama Kristian yang berkemungkinan mencetuskan ketegangan agama dan kaum.

Beliau mengaitkan tindakan ini sama hampir sama seperti penegasan Kristian menggunakan kalimah Allah beberapa tahun sebelum ini.

Komuniti Kristian Malaysia Sebenarnya tiada Pentadbiran Pusat
Apabila ditanya tentang insiden mengedar Bible kepada pelajar sekolah di Pulau Pinang, Jason menjelaskan bahawa tindakan tersebut dilakukan oleh orang luar negara.

Ia (pengedaran Bible) dilakukan orang luar negeri, bukan oleh gereja Malaysia. Ramai orang Kristian dari luar negeri, kadang – kadang nampak budak – budak Mat Saleh, mereka datang sini cuba membuat usaha pengembangan Kristian. Mereka tak sedari bahawa tindakan mereka melanggar undang – undang.


Jason menegaskan bahawa di Malaysia, menurut undang – undang, penyebaran agama lain kepada umat Islam adalah dilarang.

Beliau juga mendedahkan bahawa pentadbiran agama Kristian di Malaysia adalah tidak seragam.

Masalahnya terlalu banyak gereja dan bukan semua gereja di bawah suatu persatuan payung. Banyak gereja bebas. Sukar menjejak siapa yang membuat perbuatan tertentu. Malah ada gereja yang terdiri daripada keseluruhan orang asing. Mereka beroperasi tanpa kebenaran tanpa pengetahuan.

Beliau mencadangkan pihak imigresen untuk memantau kemasukan paderi – paderi Kristian, walaupun menyedari bahawa usaha itu sukar kerana banyak yang masuk ke dalam negara atas tujuan bercuti.

Jaga Keharmonian dan Kedamaian yang Dikecapi Selama Ini
Jason Leong juga menyatakan harapan agar semua pihak dapat bekerjasama mengekalkan keamanan agar tidak terjadi seperti di negara lain, khususnya China.

Untuk komuniti Kristian juga tidak terdapat penindasan seperti mana di China, salib dikeluarkan, dibakar, gereja diruntuhkan. Di Malaysia kita harus bersyukur dan hargai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 02:17 PM | Show all posts
ni genti jaran sesat,   siapa ckp China xde Kristian,  Presiden Amerika visit China pon gi gereja sana semayang,  kecuali ajaran sesat akan di haram kat China

x kira agama apa,  kalau sesat mesti China haramkan utk jaga keselamatan rakyat nye , iols tahu   Kristian mazhab Korea yg laung gila dlm gereja China dah haramkan,  lagi satu jenis Johowa ke apa iols dah lupa ejaan,  Singapore pon haramkan sbb Kristian Johowa tak kasi  penganut dia jadi tentera

Buddha jenis falungong juga China haramkan,  iols x tahu punca dia apa,  lantak la,  tapi falungong mesia plak kasi dia masuk  ....    ntah naper mesia haramkan mazhab Islam yg lain tapi ....  agama lain tak kira jenis dia elok ke tak elok pon kasi masuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lobai dodol ok je salib besar... akidah due tak terjejas katanya.... teguh berdiri gituh....  tu org hina islam ok je....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat2 mcm nk reverse psychology jahhh pokcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 04:23 PM | Show all posts
jadi memang betullah rekabentuk tu ... memang intentional
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pun ada akai
Yang lain akai mana akai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 24-1-2019 02:17 PM
ni genti jaran sesat,   siapa ckp China xde Kristian,  Presiden Amerika visit China pon gi gereja sa ...

Gereja2 di China dikuntrol gomen China, much like mesjid di sini. If content sermon misalnya tak selari dengan dakyah gomen, memang dibanned la gereja itu. Gereja2 radikal aliran protestant banyak bergerak underground disebabkan hal ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 24-1-2019 06:39 PM

Btw pasal ngedar Bible kat budak2 sekolah kebangga Pineng tu, umat Jehovah Witness yang buat kan? Deyol ni, denominasi protestant church, anggap meka sesat (dalam Kristian) seropa Mormon. Nampaknya di Malaysia dah bertapak teguh JW ini yah? 15 tahun lepas masih sangat sukar huntok melihat kelibat meka menginjil yah. Dan betul la. Penginjil meka mostly orang luar terutama kokesen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
JW di anggap sesat pasai menolak jesus sebagai tuhan ka
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 10:26 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 24-1-2019 06:33 PM
Gereja2 di China dikuntrol gomen China, much like mesjid di sini. If content sermon misalnya tak s ...

semua negara pon mesti kasi gomen yg kontrol,  takan plak nak kasi budak samseng ala ala penagih matpet

iols x minat memihak agama,  including islam wlpon iols Melayu,   bagi iols semua agama ada niat nak kontrol politik,  bila berjaya,  boleh buka sekolah agama,  duit rakyat boleh amik gi buka bangunan agama memasing,    tapi takat tu je atau ketua agama amik gi mengatal ?   tanya jelah dorg lelaki  ....   

agama idealisme dia dah beribu tahun lalu,  dlm dunia kang xde satu yg dpt sumbang pape dlm bidang sain, teknologi,  cuma tahu ckp segala ciptaan para saintis manusia adalah ciptaan tuhan memasing,  weols hormat semua tuhan sudah,  tak perlu bising dgn ummah lain tuhan siapa benar atau tidak,   buat la insan yg sporting

kalu nak bising pasal China kontrol agama,  tapi negara deols kembang maju dan laju,  dulu zaman sebelum 90 an deols di bakang mesia,  kang deols dah memintas jauh ke depan,   negara kita dah jauh ketinggalan,  kalu deols mundur cam dulu lagi nak kontrol agama baru iols memihak agama,  kang ni ... boring la

apa iols tulis kang ...   juga kira ketentuan tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 24-1-2019 06:44 PM
JW di anggap sesat pasai menolak jesus sebagai tuhan ka

Yeap. Tidak syak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 24-1-2019 10:26 PM
semua negara pon mesti kasi gomen yg kontrol,  takan plak nak kasi budak samseng ala ala penagih m ...

Uol nih, panjang lebar plak ulasan.

Hakikatnya kat China itu, if ajaran agama tak sealiran dengan gomen, memang kena, including Buddhist. Dah negara kuminis khuenst.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 05:17 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 24-1-2019 10:29 PM
Uol nih, panjang lebar plak ulasan.

Hakikatnya kat China itu, if ajaran agama tak sealira ...

so dah jelas tuhan agama tu xde power lani ...  relek la,  kalu tuhan dia ada magic aka ilmu,  satu hari nanti dpt tunjuk muka kat langit China la,  masa tu sampai gomen komunis dorg pun semua lutut,  beratur minta dgn tuhan nak sunat,  potong bebird  
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 05:33 PM | Show all posts
Jason Leong, penasihat Association of NextGen Christian dalam program forum ‘Sila Duduk Jangan Lari’ TV alHijrah menyatakan lambang salib besar yang dibuat di Pulau Pinang adalah ‘tidak perlu’.
Jason menegaskan bahawa di Malaysia, menurut undang – undang, penyebaran agama lain kepada umat Islam adalah dilarang.

So betul la lambang salib besar kat Penang, lepaih kantoi nak spin kata perkataan cina "Ong".

Dia ingat rakyat Mesia bodoh macam dia tak boleh bezakan perkataan cina  "ong" dgn cross.

Perkataan "Ong" tu, horizontal cross dia sama equidistant dgn atas dan bawah..

Manakala simbol Kistian cross, horizontal cross bukan exactly at centre tapi
palang dia jarak 3/4 dari bawah.


Org2 Melayu bukannya takut tengok cross tapi lebih kpd meluat...
kecik2 cross sudah la, bukannya makin besar cross kononnya semakin syumul..





Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 24-1-2019 02:17 PM
ni genti jaran sesat,   siapa ckp China xde Kristian,  Presiden Amerika visit China pon gi gereja sa ...

Bab falungong ni memang ajaran sesat yg China haramkan.

Pengasasnye mengajar penganut supaya tidak menerima rawatan barat sebaliknya mengubati penyakit hanya dgn bertapa.

Buku2 mereka, terutamanya Zhuan Falun dan Falungong, boleh didownload dan memang merepek. Ia menyatakan Buddhisme ada dulu sebelum Hinduisme. Batu, pokok dan dinding sebenarnya boleh bercakap.

Kalau perhatikan betul2, penganut2 Falungong amat agresif dan cepat marah. Di China mereka melawan pihak berkuasa secara besar-besaran. Itu yg menyebabkan kerajaan haramkan kumpulan ini. Banyak cerita boleh dibaca di internet tentang masalah Falungong.

Falungong pula selepas diharam makin tidak siuman. Mula buat media2 propaganda utk menjatuhkan kerajaan China. Mereka pernah buat stesen radio di sebuah pulau Indonesia berdekatan Johor Bahru. Semua bende yg saya cakap tu boleh dengar lah. Dialek Mandarin utara semua.

Di Msia, mereka tidak diharamkan sebab tidak mendapat sambutan orang ramai
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 25-1-2019 05:57 PM
zjen replied at 25-1-2019 05:17 PM
so dah jelas tuhan agama tu xde power lani ...  relek la,  kalu tuhan dia ada magic aka ilmu,  sat ...


Tak berani pula aku cakap Tuhan takda power bang. Sebab doa aku banyak dijawab Tuhan. Yeah life sucks but bila aku blaja to be thankful at all times for the goods and the bads rasa sangat hidop aku tambah senang dan hada inner peace.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 06:05 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 25-1-2019 05:55 PM
Tak berani pula aku cakap Tuhan takda power bang. Sebab doa aku banyak dijawab Tuhan. Yeah life  ...

klau bljr agama btul... chazey akan paham... Allah tak bg terus apa yg hamba die mintak....
pernah tgk filem bruce Almighty.... tgk bile so called tuhan tunai semua permintaan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 25-1-2019 06:05 PM
klau bljr agama btul... chazey akan paham... Allah tak bg terus apa yg hamba die mintak....
perna ...

Khuenst? Lagipon menda yang mudah dapat ni, biasanya tak dihargai.

Kesah la hapa etis nak cakap. But ai setuju ujian Allah tuh memang boleh menguatkan hambaNya. Dalam Kristianiti dalam Bible pon ai blaja, manusia ni umpama pasu tanah liat. Tuhan tu umpama potter. Huntok jadik pasu yang cantek, tanah liat tu dibentuk, direnyukkan dan dibakar dengan suhu tinggi banyak kali oleh sang potter seblom end resultnya menjadi pasu yang cantik gilang gemilang bersinar terang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 25-1-2019 05:48 PM
Bab falungong ni memang ajaran sesat yg China haramkan.

Pengasasnye mengajar penganut supaya ti ...

apa beza falun gong dgn sokka gakkai? di kelate ada sokka gakai..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-1-2019 05:55 PM
Tak berani pula aku cakap Tuhan takda power bang. Sebab doa aku banyak dijawab Tuhan. Yeah life  ...

aku pulak pelik
kalau ada maslaah..mesti tiba tiba ada solution on the spot..mcm tuhan tolong direct..haahaha

aku suspek..ada 'benda' yg tolong aku selmaa ni...hahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.177168 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list