CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1028|Reply: 8

[Tempatan] Intai & Hendap Wajar Dianggap Sebagai Jenayah - Menteri

[Copy link]
Post time 24-1-2019 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Intai, hendap wajar dianggap sebagai jenayah - Menteri
KHAMIS, 24 JANUARI 2019 @ 2:22 PM

Perbuatan mengintai atau mengendap perlu diklasifikasi sebagai perbuatan jenayah. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Perbuatan mengintai atau mengendap perlu diklasifikasi sebagai perbuatan jenayah kerana boleh mengundang perasaan terancam dan tidak selamat kepada mangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, kerajaan akan melihat perkara itu dengan lebih serius termasuk mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani gejala berkenaan, selepas mendapat maklum balas pelbagai pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan dan orang awam.

“Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang mangsa mengalami gangguan emosi dan mengganggu rutin kehidupan mereka, di samping boleh menjejaskan aktiviti harian termasuk pekerjaan dan tanggungjawab kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Vui Keong berkata demikian dalam temu bual bersama wakil media dari Thomson Reuters Foundation pada Selasa lalu.

Katanya, beberapa negara luar sudah lama melaksanakan Undang-Undang Mengendap Seseorang dan tindakan diambil segera apabila laporan dibuat kepada pihak berkuasa, selain mengenakan hukuman terhadap pesalah jika sabit kesalahan.

Ketika ini, katanya, undang-undang sedia ada di negara ini tidak mengambil sebarang tindakan berdasarkan perbuatan mengintai atau mengendap memandangkan ia sukar dibuktikan, kecuali jika perbuatan berkenaan mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

“Jenayah moden ini boleh bermula hanya dengan gangguan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), media sosial, panggilan telefon dan juga emel,” katanya.

Vui Keong berkata, jenayah itu juga boleh merebak kepada mengekori dan seterusnya menimbulkan rasa takut dan terancam kepada mangsa. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 04:10 PM | Show all posts
peeping tom.

ye lah, macam mana nak buktikan selain dari rakaman video?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 04:27 PM | Show all posts
Mcm mana pulak nanti ahli2 pencegah maksiat nak mengendap org buat maksiat?..nanti tiada bukti video pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 04:28 PM | Show all posts
Yang elektronic harrassment bagai tue betul ker cuma dakwaan orang kena skizofrenia jer?? Banyak Cina yang klaim deme kena elektronic harrassment. Bajet deme speciment special ker sampai orang nak mengendap FB deme guna telecommunications tower?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju..  Habis la polis & pencegah maksiah x boleh mengintip dah lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 04:52 PM | Show all posts
camni penjenayah leh guna undang2 baru la, tuduh polis ngintai,
so polis kene masuk jail

sebab mengintai xtvt jenayah

psl intai tu dilarang..

ke cmne?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Activity mengendap ni dah berkurun. Nak2 rumah kampung, dgn bilik air belobang. Dari celah bawah papan lantai rumah kampung pun sanggup jugak dorang dongak2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Xda dalam manifesto pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu diperincikan. Camna bidang keja bekaitan. Polis kastam wartawan.

Pencegah maksiat jangan lupa. Ataupun ni main point ka ? Supaya maksiat berleluasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.872943 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list