CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 699|Reply: 2

[Dunia] Smartphone Huawei ranking #1 tahun 2018

[Copy link]
Post time 24-1-2019 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Huawei catat jualan tertinggi telefon pintar

BEIJING/HONG KONG: Firma teknologi dari China, Huawei Technologies Co Ltd merekodkan jualan segmen perniagaan pengguna tertinggi pada 2018 sebanyak AS$52 bilion.

Jualan memberangsangkan itu dipacu oleh permintaan kukuh terhadap telefon pintarnya walaupun firma itu berhadapan dengan pengawasan global terhadap perniagaannya.

Ketua Bahagian Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu, berkata peningkatan sebanyak 50 peratus itu menyaksikan segmen perniagaan penggunanya menggantikan segmen perniagaan terbesar Huawei, perkhidmatan teknologinya dari segi jualan.

Huawei pada bulan lalu menyatakan pendapatannya pada 2018 adalah sebanyak AS$109 bilion, meningkat 21 peratus namun tidak memberikan perincian mengenai pecahan prestasi segmen perniagaannya itu.

Huawei hari ini turut melancarkan stesen pangkalan chipset 5G pertamanya yang dikenali sebagai Tiangang serta modem 5G Balong 5000, yang digambarkan sebagai modem 5G terhebat ketika ini.

Yu berkata, ia adalah modem 5G pertama di dunia yang menyokong sepenuhnya seni bina rangkaian 5G Tanpa Standalone (NSA) dan Standalone (SA).

Firma itu telah menggunakan chipsetnya di dalam telefon pintar premiumnya serta produk pelayannya, walaupun ia mengatakan tidak berniat untuk menjadi vendor semikonduktor mandiri yang bersaing dengan firma lain seperti Intel Corp dan Qualcomm Inc.

Huawei, pengeluar peralatan telekomunikasi terbesar di dunia, berhadapan dengan kawalan ketat global tahun lalu berhubung hubungannya dengan kerajaan China dan dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa perantinya boleh digunakan oleh Beijing untuk tujuan pengintipan.

Namun firma itu berulang kali menafikan tuduhan itu.

Beberapa negara seperti AS dan sekutunya, termasuk Australia dan New Zealand, mengehadkan akses Huawei ke pasaran mereka.

Ketua Kewangannya, Sabrina Meng Wanzhou serta anak perempuan pengasas Huawei ditahan di Kanada bulan lalu atas perintah AS.

Namun Sabrina dibebaskan dengan ikat jamin tetapi masih berada Kanada kerana AS mahukan ekstradisinya atas dakwaan penipuan perbankan berkaitan sekatan Iran.

Huawei bagaimanapun menafikan terdapat salah laku dalam perkara itu. - Reuters

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 08:11 PM | Show all posts
gambar hasil pro 20 cantik sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Setahun lebih dah pakai huawei memang tak ada masalah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.059655 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list