CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1785|Reply: 11

Pekerjaan Paling Aneh Di Dunia, "Tukang Tidur Dan Cium Bau" Pun Satu

[Copy link]
Post time 25-1-2019 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NmeeraR at 25-1-2019 08:38 PM

Di dunia ini, terdapat begitu banyak pekerjaan yang secara umum sudah diketahui ramai seperti peguam, doktor, guru dan sebagainya. Namun, terdapat juga beberapa pekerjaan disenaraikan sebagai kerjaya luar biasa.

Luar biasa macam mana? Ini senarainya seperti dipetik daripada IDN Times



Snake Milker
Kredit Foto : Google
Pekerjaan ini bukan calang-calang orang boleh kerjakannya. Hal ini demikian skop tugasnya agak mencabar dan berisiko kerana diperlukan untuk membuang bisa ular dan mengumpulkannya di dalam botol yang telah disediakan untuk dijadikan penawar dan tujuan perubatan lain.  

Professional Cuddler

Kredit Foto : Google




Di negara barat, jika anda bersendirian dan memerlukan pelukan, anda boleh menyewa khidmat professional cuddler untuk dipeluk atau berbaring sambil memeluk. Untuk itu, anda perlu membayar antara 60-80 dolar (sekitar RM250) dan ia tidak boleh lebih daripada pelukan kerana ia akan dikategorikan sebagai gangguan seksual.


Drying Paint Watcher
Kredit Foto : Google

Tugasnya adalah melihat cat sehingga kering. Agak membuang masa pekerjaanya, namun terdapat lelaki di England yang bekerja seperti ini.

Apa yang dilakukan oleh lelaki ini adalah melihat berapa lama cat mengambil masa untuk kering. Dia juga mengkaji sejauh mana perubahan warna cat yang sudah kering.




Penguji Makanan Haiwan
Kredit Foto : Google
Demi menjaga kelazatan rasa makanan anjing, beberapa syarikat makanan anjing menggaji pekerja untuk merasai produk makanan anjing termasuk tulang, daging dalam tin dan juga biskutnya.

Di samping itu, penguji makanan ini juga ditugaskan untuk membandingkan rasa dan tekstur makanan anjing ini dengan makanan manusia.


Netflix Viewer
Kredit Foto : Google
Tonton filem dapat bayaran. Wah! Suatu pekerjaan yang sangat diingini sesiapa sahaja. Tetapi, pekerjaan ini tidaklah begitu mudah.  Pekerja yang bekerja seperti ini ditugaskan untuk menonton semua kandungan dari Netflix untuk dikaji semula sebelum dipaparkan kepada orang ramai.

Di samping itu, setiap program harus diberi tag atau genre yang betul supaya menjadikannya lebih mudah kepada pengguna Netflix untuk mencari filem atau siri tertentu.




Train Pusher
Kredit Foto : Google
Di Jepun, pekerjaan ini telah menjadi salah satu bidang yang sudah biasa dikerjakan sesetengah penduduk di sana. 'Oshiyas' merupakan pekerjaan yang ditugaskan untuk menolak penumpang yang ramai dari pintu ke dalam train, supaya train dapat menampung lebih ramai penumpang.  




Professional Line Stander

Kredit Foto : Google
Anda malas beratur panjang atau tiada masa untuk beratur saat ingin membeli tiket, makanan atau membeli belah? Professional Line Stander bersedia membantu menggantikan anda untuk beratur di sana. Kebiasaannya, bayaran dikenakan sebanyak 25 dolar (RM103) sejam.


Professional Mourner
Kredit Foto : Google
Dalam sesetengah budaya, menangis di pemakaman adalah suatu keharusan. Jika tiada tangisan, dikhuatiri akan menyebabkan pengebumian kurang selesa. Professional Mourner atau ahli moirologi, iaitu orang yang dibayar untuk berpura-pura menangis di pengebumian seseorang. Perkara ini sudah biasa diamalkan di China dan beberapa negara Asia lain.

Mereka dibayar mengikut jam dengan spesifikasi berbeza. Misalnya, menangis selama satu jam untuk 50 dolar (RM207), menangis sambil berguling selama satu jam untuk 150 dolar (RM621), dan sebagainya.

Professional Sleeper
Kredit Foto : Google
Terdapat sebuah hotel di Finland yang mengambil seorang pekerja sebagai Professional Sleeper dan tugasnya hanya untuk tidur. Tetapi, tidak hanya sekadar tidur, mereka juga perlu menilai bagaimana keselesaan katil di hotel tersebut.

Boleh dikatakan salah satu sebagai pekerjaan kawalan kualiti, tetapi ianya adalah ketika tidur.


Armpit Sniffer
Kredit Foto : Google
Untuk keperluan kawalan kualiti dari beberapa produk, para penhidu ini bekerja untuk mencium bau dari nafas, kaki, bahkan ketiak dari beberapa subjek.

Malah, untuk membuat penilaian tepat, mereka mesti menjalani proses ini setiap bulan.



Scuba Diving Pizza Delivery Man

Kredit Foto : Google
Mungkin anda sudah tahu terdapat sebuah hotel di bawah air di Key Largo, Florida. Untuk menambah keanehan hotel ini, mereka menyediakan pekerja sebagai penghatar pizza.

Oleh kerana berada di bawah air, penghantar pizza ini perlu menggunakan peralatan skuba serta menggunakan bekas kalis air untuk membawa pesanan pizza dan mengekalkan kehangatannya.


Apa pandangan anda? Adakah pekerjaan yang disenaraikan ini sudah cukup aneh bagi anda? Mungkin ada yang lebih aneh dari ini? Jom senaraikan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang lain tu okay lah...yang tukang armpit sniffer maybe thanks but no thanks kot{:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:59 AM | Show all posts
euuww..tang cium bau ketiak memang xler..tapi apsal takde keja tukang rasa n hidu kopi n wain?yg tu pun gaji mahal tau..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 12:03 PM | Show all posts
Macam2 pekerjaan yang tak disangka ada dalam dunia ni hanya kat Malaysia jarang ada openning untuk kerjaya sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam borang skola anak

Pekerjaan : cium bau ketiak professional
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ktm komuter should consider guna kan khidmat train pusher.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2019 12:44 PM | Show all posts
nak apply professional sleeper, ada vacancy tak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Dalam borang skola anakPekerjaan : cium bau ketiak professional


Pekerjaan Ibu : Ahli Moirologi.

Gah kan bunyinya..
Walopunnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 01:55 PM | Show all posts
professional sleeper tu bestnyaa.. senang gila kerja
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 02:36 PM | Show all posts
ciom ketiak uwerkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 04:12 PM | Show all posts
chicozinn replied at 25-1-2019 11:59 AM
euuww..tang cium bau ketiak memang xler..tapi apsal takde keja tukang rasa n hidu kopi n wain?yg tu  ...

sebab tak anih dah pelik laa kut
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 08:02 PM | Show all posts
tolotng lah amik iol sebagai profesional sleeper, iol rela jew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.085706 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list