CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20551|Reply: 130

Aku tanya apa khabar, Roy dari penyanyi istana ke penyanyi jalanan

  [Copy link]
Post time 26-1-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by hotmak at 26-1-2019 04:20 PM

SUASANA di Aeon Mall, Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam tiada ada bezanya dengan hari-hari lain.

Bezanya ada satu susuk tubuh ‘muncul’ dan dengan gigihnya memasang keyboard serta gegantung sebelum meletakkan satu tabung kecil di hadapannya.

Bermula dengan ucapan Assalamualaikum, lelaki berusia separuh abad ini tidak menunggu lama untuk memulakan nyanyiannya.

Walaupun tidak ramai pengunjung yang datang ke kompleks membeli belah tersebut ketika itu, ternyata ia tidak menghalang lelaki yang agak tinggi dan berbadan sedikit gempal itu mendendangkan satu persatu lagu yang telah ditetapkan di keyboardnya.

Bermula dari lagu-lagu 60an, dia beralih ke lagu-lagu berbahasa Inggeris sebelum menyampaikan lagu-lagu popular masa kini.

Dia kelihatan begitu bersahaja mendendangkan lagu-lagu tersebut, seperti seorang penyanyi yang profesional lagaknya.

Bila diamati gegantung yang terpasang, ternyata lelaki ini bukan calang-calang penyanyi.

Lebih tepat lagi, beliau adalah di antara penyanyi hebat tanah air yang sering dijemput ke istana, majlis majlis besar kerajaan dan terkenal kerana dendangan lagu lagu patriotiknya.   Pasal dah tak ada kerja,” kata anak kelahiran Muar, Johor ini.

Untuk rekod, Roy memulakan kerjayanya dalam bidang seni sebagai artis rakaman Luncai Emas dengan album pertamanya bertajuk Roy Nekad.

Album yang diterbitkan pada tahun 1991 dengan lagu popular Diari Mimpi telah melonjakkan nama Roy sebagai penyanyi pujaan ketika itu.

Kejayaan album tersebut membuatkan Roy tidak menang tangan memenuhi undangan menyanyi apalagi setelah album keduanya diterbitkan dan diedarkan oleh EMI.

Album yang diterbitkan pada tahun 1993 dengan tajuk dan lagu hitsnya Ratnaku yang diharapkan dapat meneruskan perjalanan seninya rupa-rupanya tidak banyak membantu.

Walaupun Ratnaku sering diputar di corong radio dan berjaya mencuri hati para peminatnya namun ia tidak membantu daripada segi jualan.

Semuanya gara-gara ketika album keduanya diedarkan, Roy ketika itu sudah dicop sebagai penyanyi lagu patriotik.



Membahasakan dirinya dengan panggilan abang, Roy berkata, disebabkan sering menyanyikan lagu-lagu patriotik, beliau turut dilabel penyanyi Barisan Nasional!

” Kita ni penyanyi, kita ni neutral. Kita juga menyanyi untuk negara. Siapa panggil pun kita pergi sama ada dijemput oleh pemerintah atau pun pembangkang. Kerajaan cara kerajaan, pembangkang cara pembangkang. Abang dibayar untuk menyanyi, lainlah abang sukarela menyanyi kerana menyokong (sesuatu parti).

” Siapa yang kita sokong (ketika pilihan raya) adalah hak masing-masing. Dulu baik Datuk Seri Najib mahupun Tun Dr. Mahathir sering mengundang abang di majlis-majlis mereka, mungkin sebab itu orang ingat abang ni penyanyi Barisan Nasional, hakikatnya menyanyi adalah periuk nasi abang, siapa pun panggil abang nyanyi, abang terima. Malangnya sikap profesional abang tu disalahtafsir, abang akhirnya yang jadi mangsa,” katanya. Ketika diminta mengimbau kenangan manis sewaktu beliau berada di puncak popularitinya, Roy berkata, beliau sering diundang ke istana-istana malah sering juga mewakili kerajaan sebagai penyanyi dan ‘duta kecil’ di luar negara.

Ujarnya, kemampuannya menguasai dan menyampaikan lagu-lagu lama atau ‘oldies’ membuatkan namanya sering menjadi pilihan para Menteri dan juga Sultan.

Tambahnya ini menyebabkan dia juga dikategorikan ‘penyanyi elit’, namun kini semuanya sudah berakhir dan tidak membawa erti lagi.

” Mula-mula dulu memanglah abang ada rasa malu sikit. Dulu Raja panggil buat persembahan, dengan pakaian yang cantik, glamour tetapi tiba-tiba menyanyi di tepi jalan. Orang tengok pun terperanjat. tetapi abang tak nak fikir banyak.

” Abang cuma fikir macam mana nak dapat pendapatan cepat. Nak tunggu orang panggil kerja sampai bila, penat juga minta sana-sini tak dapat,” ujarnya.



Menurutnya, penglibatan awalnya dalam dunia ‘busking’ bermula apabila kontraknya sebagai pensyarah sambilan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak disambung.

Lebih mengejutkan, kata Roy, ia berlaku secara mendadak hingga beliau tak sempat melakukan sebarang persediaan.

Kebetulan pula, tambah Roy, ketika itu beliau sedang dalam proses untuk menghasilkan sebuah buku mengenai dunia ‘busking’, jadi untuk mendapatkan gambaran sebenar kehidupan seorang ‘buskers’, beliau terpaksa turun ke ‘jalan’ untuk menghayati kehidupan mereka.

” Alang-alang dah nak buat buku ditambah pula abang cuma ada ‘job’ kecil-kecil seperti mengajar di universiti jadi pensyarah sambilan yang tidak mampu untuk menampung hidup, abang buat keputusan untuk terus menjadi penyanyi jalanan

” Orang dah makin kurang panggil abang untuk menyanyi. Mungkin sebab penampilan abang yang makin gemuk, buncit, dah tak ‘handsome’. Album baru tak ada, lagu baru pun tak ada. Abang bagi contoh, Adibah Noor dia pandai buat lawak, Nassier Wahab pula kacak, awek muda. M. Nasir, David Arumugam, mereka ada banyak lagu hits. Mereka ada kelebihan.

” Macam abang, orang nak tengok apa? Lagu-lagu hits pun tak banyak. Takkan nak harap pada lagu-lagu patriotik yang abang nyanyi tu, itu bukan lagu komersil.

” Lagu-lagu patriotik abang pula banyak yang berentak ‘march’. Orang Malaysia anggap ia lagu lama, lapuk dan ketinggalan zaman,” katanya.



Dalam pada itu, Roy memberitahu, di sebalik segala kepayahan yang terpaksa ditempuhinya, beliau tidak pernah menyesal menjadi anak seni.

Ujarnya, untuk itu, beliau perlu sentiasa perlu positif dalam segala tindakan dan keputusannya

” Dengan ‘busking’ ni abang nak bagitahu peminat dan orang ramai yang abang masih menyanyi. Tak payah tunggu abang masuk TV, datanglah ke sini, bawalah handphone, nak bergambar ke, nak autograf ke, tak ada caj, mintalah apa saja lagu, abang akan cuba nyanyikan.

” Kalau nak bagi sedikit sumbangan, Alhamdulillah. Kalau tak bagi pun, abang akan tetap menyanyi dan menyanyi,” katanya yang boleh dihubungi di talian 012-399 3617 atau email di rauzanroy@gmail.com.

Semoga Roy terus tabah mengharungi pahit getir bergelar anak seni. Itu doa kami. – MalaysiaGazette

sumber info malaysia gazette





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ratnaku one of the finest M Nasir's songs ever. Lagu tu kalau rakam ulang kali pun best sbb permainan vokalnya. Vokal Roy perfect
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut masuk gegarvaganza
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lainnye rupa heshe
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ratnaku mmg on top of my list! insyaAllah ada rezeki tuhan bagi selagi berusaha.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by danieladam at 26-1-2019 05:33 PM

Roy pernah masuk final AJL 1993 kategori pop/rock dgn lagu Ratnaku. Kalah dgn Hasnol kategori tu - Sudi Katakan Sudi dan kalah keseluruhan dgn Fauziah Latiff - Teratai Layu Di Tasik Madu.

Iols suka lagu Kehebatan Cinta duet heols dgn Fransesca Peters.

Pembetulan - Lagu duet Roy dan Fran Siapa Dia Sebelum Daku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa saya konvo dulu dia yg perform.. nyanyi lagu lupa tajuk tapi lirik jiwa kosong x berharga dunia bukan syurga o ooo oooo...

Dan lagu ratnaku mmg one of favourite,  selalu main kt sinar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
penyanyi yg bersuara jantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2019 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 26-1-2019 04:34 PM
Roy pernah masuk final AJL 1993 kategori pop/rock dgn lagu Ratnaku. Kalah dgn Hasnol kategori tu - S ...

Kehebatang cinta bkn dgn jamal abdillah ke....ke i salah org....hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang berbakat tapi taktau kenapa jadi mcm ni, padahal suara dia selalu je kedengaran
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
epis replied at 26-1-2019 04:42 PM
Masa saya konvo dulu dia yg perform.. nyanyi lagu lupa tajuk tapi lirik jiwa kosong x berharga dunia ...

Ukm ke tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara sedap.. Nyanyi kat hotel la
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni educated kan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
opie5662 replied at 26-1-2019 04:51 PM
Kehebatang cinta bkn dgn jamal abdillah ke....ke i salah org....hehehe

Ops...yes chuols. Nak taip siapa dia sebelum daku. Tertaip Kehebatan Cinta pulak. Thanx chuols.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
epis replied at 26-1-2019 04:42 PM
Masa saya konvo dulu dia yg perform.. nyanyi lagu lupa tajuk tapi lirik jiwa kosong x berharga dunia ...


Lagu ni ke?

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 26-1-2019 05:32 PM
Ops...yes chuols. Nak taip siapa dia sebelum daku. Tertaip Kehebatan Cinta pulak. Thanx chuols.

Itu bukan Roy ni.. yg rakan duet fran tu Royston Sta Maria. Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 26-1-2019 05:37 PM
Itu bukan Roy ni.. yg rakan duet fran tu Royston Sta Maria. Hehe

Oh.. org yg lain ke chuols? Iols sedari kecik ingatkan org yg sama yach! Yakinnya iols....hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 26-1-2019 05:37 PM
Itu bukan Roy ni.. yg rakan duet fran tu Royston Sta Maria. Hehe

baru nak tolong jawabkan...royston sta maria tu bukan melayu xsalah .
n masa lagu fran tu famous roy ratnaku ni xfamous lagi.

kesiannya...padahal dulu kalau ada konsert diraja kat tv ada je muka roy nih..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 26-1-2019 04:34 PM
Roy pernah masuk final AJL 1993 kategori pop/rock dgn lagu Ratnaku. Kalah dgn Hasnol kategori tu - S ...

Kau salah org ni.. yg duet dgn Fran dari tahun 1982 - 1984 sblm masing2 nyanyi solo adalah Roy Sta Maria (Roystan) ... bukan Roy yg ni. Roystan tu ex boifren Kak Ogy zaman mudo2
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon asterukk offer utkk join gv this yeae
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.072417 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list