CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1815|Reply: 4

Najib Selar Wartawan TVAlhijrah

[Copy link]
Post time 28-1-2019 09:51 AM | Show all posts |Read mode




Gambar dari Facebook Najib Razak



Dato' Seri Najib Razak melalui hantaran status facebooknya menyindir wartawan TVAlhijrah yang telah menghinanya dengan perkataan biadap sebagai seorang yang lupa diri.


Menurut Najib  wartawan itu mungkin sudah lupa bahawa beliau  yang melancarkan TVAlhijrah.   


"Masa menulis itu fikirlah balik. Tanpa Najib, ada peluang untuk bekerja di sana atau tidak?" sindir Najib.


Najib juga kecewa TVAlhijrah yang dilancarkannya dulu sebagai saluran sumber ilmu agama kini telah disalahguna sebagai medium menyampaikan  propaganda politik untuk menyerang beliau.

"Makin lama makin pelik agensi Kerajaan PH. Hari ini, TVAlhijrah pula disalahgunakan untuk propaganda politik dan menyerang saya. Saluran ini adalah sebagai sumber ilmu agama Islam.


Foto: FB Najib Razak


"atutkah TV Al-Hijrah yang berasaskan agama dan dibiayai oleh wang rakyat digunakan untuk mengeluarkan perkataan-perkataan macam ini seperti yang saya lampirkan? Mungkin sudah lupa juga sayalah yang lancarkan Al-Hijrah," ujarnya lagi.


Rabu lalu TVAlhijrah telah menaikkan hantaran perkongsian sebuah artikel yang diterbitkan dari portal berita TVAlhijrah di facebook rasminya.  Status hantaran perkongsian tersebut yang berbaur sinis telah mengundang kecaman netizen. Status itu kemudian disunting semula beberapa kali, sebelum ianya di padam.


Status itu sebenarnya diambil daripada petikan artikel yang ditulis oleh wartawan TVAlhijrah. Artikel itu mengulas berkenaan Najib Razak yang kini aktif di media sosial sehingga digelar sebagai Raja Troll. Beberapa perkataan yang tidak sesuai di dalam artikel itu menjadi punca kemarahan netizen. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Napa ada pulak ni


Kang ada dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 10:15 AM | Show all posts
hmm..tv alhijrah ni da la makin sendu, org skang tgah #maluapabossku jgan la nak menaikkan kemarahan rakyot..da la ramai pengundi PHanceng da berpaling tadah ke najib..nak jadi cepone 2.0 ke?huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 05:02 PM | Show all posts
I tak sokong Najib tapi i perasan TV Alhijrah ni suka curi catchphrase. Hari tu YDP Agong punya "Sila duduk jangan lari" siap ada program tajuk tu. Annoying tahu tak
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Maluapabossku tu maksudnya apa?...dah buat salah tak perlu rasa malu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.068343 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list