CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1650|Reply: 5

Tak ader ler buruk mana pon --> Pelajar cipta profil menarik di Tinder keran

[Copy link]
Post time 28-1-2019 10:53 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG pelajar lelaki mencipta profil menarik di akaun Tinder miliknya selain turut meminta bekas kekasihnya untuk memberi penilaian tentang dirinya di ruang rujukan.
Tinder adalah aplikasi mencari jodoh terbesar di dunia.
Dalam usaha mencari kenalan baharu, Rizal, 22 dari Southampton mencipta profil paling menarik sehingga tular di media sosial.
Selain menyenaraikan sebab-sebab mengapa gadis patut keluar janji temu dengannya, Rizal turut meminta rakan rapat, keluarga malah bekas kekasihnya untuk memberikan penilaian dan penarafan bintang terhadap dirinya.


Dalam persembahan yang dipanggilnya 'mengapa perlu swipe ke kanan', Rizal turut menyenaraikan kualiti yang ada pada dirinya termasuk kecergasan dan stamina yang baik selain mahir memasak dan suka berjenaka.


Antara penilaian yang diberikan ibu, bekas kekasih dan juga rakan-rakan terhadap diri Rizal.
Malah bekas teman wanitanya turut memberikan rating empat bintang kepada Rizal dan berkata lelaki itu 'elok untuk dijadikan teman lelaki pertama dan amat disyorkan.'
Ibunya pula berkata Rizal merupakan salah seorang anak kesayangannya manakala rakan serumahnya turut memuji sikapnya yang tidak 'mencuri' makanan mereka.
Rizal turut menyenaraikan beberapa hobinya termasuk memasak hidangan Asia dengan kualinya selain gemar menghiburkan orang ramai dengan nyanyian berkualiti di karaoke.
Malah di aplikasi tersebut, Rizal turut menulis bakal teman wanitanya boleh menggunakan akaun Netflix miliknya dan mendapatkan rakan kongsi untuk membeli-belah.


Antara beberapa hobi Rizal yang disenaraikannya.
Ketika ditanya di Twitter mengapa dia melakukan persembahan sedemikian terhadap profilnya itu, Rizal dengan ringkas berkata:"Kerana saya hodoh."
Namun tweet Rizal menjadi tular dan mendapat perhatian ramai gadis dari seluruh dunia.
Rizal berkata dia mahu mencari pasangan untuk keluar sempena Hari Kekasih di Southampton.
Dia memberitahu Buzzfeed:"Saya tahu saya tidak mempunyai daya tarikan yang tinggi.
"Namun saya cuba melakukan yang terbaik atas apa yang saya ada dan menggunakan kelebihan saya yang suka berjenaka dan bijak."- Mirror.co.uk





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki berangan huduh

Kata jelah nk ngaku lawa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 12:13 PM | Show all posts
Gila perhatian je yang suka buat benda cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 01:19 PM | Show all posts
muka mcm melayu je
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 04:23 PM | Show all posts
bangang dan bodoh. itu ikhlas dari hati aku.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 05:08 PM | Show all posts
macam2 cara budak2 skarang ni nak jadi famous
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.060464 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list