CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2604|Reply: 11

OMG!!! Ibu Berpantang Sendiri Terkejut Bila Bantal Tungku Moden Mele.tup Dekat B

[Copy link]
Post time 28-1-2019 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Seorang ibu berkongsi pengalaman beliau ketika menggunakan bantal tungku moden yang meletup berhampiran bayinya yang dikatakan amat berbahaya yang mungkin boleh meragut nyawa. Perkongsian beliau telah menarik perhatian ramai netizen di laman sosial.
“Nak putus nyawa mama, nak tercabut jantung. Bantal tungku moden meletup dekat dengan baby. Nasib baik Tuhan nak tolong lagi,” jelas ibu ini di Facebook selepas tungku moden tersebut meletup secara tiba-tiba.
Menurut Farah Iqlima, semuanya berlaku selepas beliau ingin mengecas bantal tungku elektrik tersebut dalam masa tidak sampai lima minit. Kemudiannya ia meletup serta mengeluarkan sejenis cecair sehingga terpercik ke dinding dan juga terkena bayinya yang duduk berdekatan.



Tungku moden yang meletup mengeluarkan sejenis cecair.
“Baby menangis-nangis, tokwannya bangun dari sofa. Jarak bantal itu dengan baby tak sampai sejengkal. Terpercik jugalah kat baby tapi tak teruk. Cepat-cepat basuh dengan air.
“Nak moden sangat la guna bantal tungku moden. Tengah-tengah cas nak bagi panas, sekali meletup. Nak kata lama, baru on plug tak sampai lima minit pun.



Cecair tersebut terpercik ke sluruh dinding dalam rumah.
“Cecair apa dalam bantal ini, nak basuh pun tak tanggal, bahaya. Sesiapa yang ada bantal ini, jangan guna dah. Buang je,” jelasnya.
Menurut Farah lagi, ketika itu dia sedang berpantang sendirian dan pada masa yang sama harus menjaga bayi kecil serta anak-anaknya yang lain. Sebelum ini dia juga pernah menggunakan bantal tungku moden tersebut dan tidak pula pernah mengalami kejadian seperti ini.



Penangan tungku moden meletup yang keluarkan cecair kotor.
Farah turut menjelaskan bahawa beliau menggunakan tungku moden tersebut untuk menjimatkan masa kerana tugasnya sebagai ibu terlalu banyak perkara lain yang perlu dibuat seorang diri. Dan beliau juga tidak menyangka tersebarnya perkongsiannya itu telah dikecam ramai netizen yang menyuruhnya menggunakan cara tradisional sahaja.
“Guna bantal tungku moden bukan bermaksud membelakangkan cara tradisional. Memang batu tungku itu elok tetapi batu renyah sikit. Nak dipanaskan, kena ambil masa. Itu yang pilih guna bantal tungku moden. Plug in tak sampai lima minit, siap.
“Saya berpantang sendiri saja. Manalah tahu benda ini nak terjadi. Lagipun memang dah biasa guna. Tiga empat kali dah beli dan tak pernah meletup lagi. Tak sangka benda nak terjadi,” katanya.
Walau bagaimanapun, perkara itu telah pun berlaku dan sesiapa saja yang menggunakan bantal tungku elektrik ini haruslah berhati-hati, jangan nanti perkara yang sama akan berlaku lagi sehingga menyesal tak sudah.

Antara komen netizen :
Zaleha KhusHaini –Kami dulu2 pakai batu jer.. . bakar atas tungku dapur… smpi anak berderet x der apa2…x risau meletup2…terlebih cas…

Rohani Nasi Abdullah –Pakai batu sungai je. Lg sedap .  Buat bertungku.

Norash Alwi –Baik ikut cara lama je sis…cara modern ni banyak pulak risiko..cari batu sungai..

Eina Zack –Sy penah jadi.. Meletup juga tgh cas.. Baru ja Cas.. Warna dalam mcm air berkarat… Nasib Baik LA cas jauh sket…

Ct khadijah Kamaruzzaman –Almost jadi kat saya… dah kembung macam buntal.. dah sejuk siap potong…v tgok apa ada dalam. kekadang ibu pantang sendiri terlepas pandang… time caj g buat kerja lain… setau saya benda ni ada sensor autoshutdown kl dah panas… mungkin brg lama kat pasaran… sensored dah tak  peka… lepas ni beli yg batu pny je…

Apa kata anda? Jangan lupa likr and komen ya. Tq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols guna tungku besi..
Tungku moden ni iols letak kat belakang
Tungku besi kat perut..
Xsangka begini jadinya..
Isk..Takut nya iols
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 04:18 PM | Show all posts
bahaya btol la nasib xde cedera apa2
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 04:18 PM | Show all posts
tungku batu sungai je laaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
I baru je bli tungku ni sbb senang,  x nk susahkn my mom utk panaskn batu sungai tu..takut la plk nk guna
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:45 AM | Show all posts
ai lebih suka guna tungku batu je. lg puas rasanya. penah gak guna tungku moden ni.. tp tak berapa nk panas. guna sekali dh malas nk guna. tak best.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2019 12:19 PM | Show all posts
Membahayakan elok guna cara tradisi je kalau betul nak bertungku
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 12:30 PM | Show all posts
kan dulu2 pun pernah benda alah ni meletop
guna je la batu sungai..atau pun bleh jerk tempah kt kedai nak brapa kg nya berat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 03:34 PM | Show all posts
aku pkai batu sungai je
balut dgn daun mengkudu
sedap tuam pagi2
skrng pun kalo lenguh2 badan
bakar tungku tuam
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Convenience vs risk. Buatlah pilihan yang selamat
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 problem sebab bende ni dtg dari china... so status selamat die amatla diragui....masuk malaysia tak tahu helok ke idak..terus jual...same lah mcm alat perkakasan dapur kat lazada yg jenama ntah ape2..made in china la tu...bila kite suis on je plak terus blackout 1 rumah...bahaya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak saya dah warning sejak 6 tahun dulu

Dia suruh p buang tgku ni..baru beli waktu tu. Kakak saya,cerita ..bos dia bgtau, cucu dia kena. Tgku moden ni meletup..melecur sikit budak tu bhgian kaki..

Pastu mmg banned terus. Tp dok tgk org juai jugak.
Padahai pernah naik isu tgku meletup ni..

Pakai batu sungai ja..
Mmg terbaik. Kwn p beli bata kat kedai hardware..tgku pakai tu ja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.113295 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list