CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3173|Reply: 21

Tak cukup2 kena kencing dengan manusia, kena kencing dengan riang2 plak&#128

[Copy link]
Post time 28-1-2019 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini media tempatan melaporkan berlakunya fenomena ganjil di mana pokok petai 'menangis'.

Menurut laporan Astro Awani, kejadian itu berlaku di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu, di mana sepohon pokok petai mengeluarkan air jernih dari daunnya setiap malam sejak hampir dua minggu lalu.

Menurut penduduk, pokok petai itu mengeluarkan air seperti air hujan pada sebelah malam bermula selepas maghrib hingga Subuh.

Fenomena itu menyebabkan penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang membawa baldi untuk menadah air tersebut.







*sumber : Astro Awani, Wat Kamal Abas




Penduduk kampung, Khaidin Razali, berkata, air yang dikeluarkan dari dedaunan petai itu bersifat jernih dan berbau buah petai.
"Ada pengunjung yang menadah dan mengambil air dari dedaun pokok petai ini untuk dibuat ubat," katanya.

Bagaimanapun, ada individu mendakwa air tersebut bukanlah air dari pokok petai menangis. Sebaliknya air kencing serangga yang dikenali sebagai riang-riang.

"Air yang disangka air mata dari pokok petai tersebut sebenarnya adalah air yang terhasil dari air kencing riang-riang yang sedang bertenggek secara berjemaah di atas pokok tersebut," kata Wat Kamal Abas.

Beliau turut memuat naik video yang jelas menunjukkan serangga itu dengan riang rianya kencing secara berjemaah di atas pokok.







"Bagaimana eh perasaan orang yang telah basahkan wajahnya dalam video pertama apabila dapat tahu fakta yang benar itu nanti?" soalnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2019 03:34 PM | Show all posts
haha...adoiii....xtau nak cakap rakyat malaysia ni...sakit perut aku gelak!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:53 PM | Show all posts
sampai bila nak benak mcm ni wahai rakyat

dgn pemimpin kene tipu

dgn pokok pon kene tipu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:58 PM | Show all posts
bebaik

skang mesia tgh musim kencing

hancing merata
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:59 PM | Show all posts
kesian... ujung ujung kena kencing dengan reriang jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 04:02 PM | Show all posts
gigih iolss google, macam hujan kencing dia

https://www.cicadamania.com/cicadas/do-cicadas-pee/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2019 04:17 PM | Show all posts
adoi..taksub sangat kan..hambek ko...kecing riang2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 04:17 PM | Show all posts
baru aku cakap malam tadi
dah ada dah news macam ni dulu
hujung2 kena tipu dgn kencing serangga je pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Riang2 tu bunyi kuat bingit telinga. Takkan makcik pakcik tak perasan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 04:50 PM | Show all posts
hahah..ummah melayu..camni lah..
pantang nampak pelik sket,  buat ubat lah, buat penawarlah..syikin yakmat.
dgn serangga pun boleh kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 05:40 PM | Show all posts
Org Ktan siap minum ke air tu?
Kah3x~
Mcm2 hal syirik ke diorg dah buat?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 05:43 PM | Show all posts
riang2 ni lepas 2 minggu CNY akan keluar kan?
ala yg festive cap go meh tuuu

bunyi bingit nak mampos tu.
kalo masok rumah, sis larikkkk dulu. benci!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 05:43 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 28-1-2019 04:02 PM
gigih iolss google, macam hujan kencing dia

https://www.cicadamania.com/cicadas/do-cicadas-pee/

amik ko. memancut2 kena kencing
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 05:46 PM | Show all posts
Masya Allah.. sampai macam tu
sekali diorang percaya..?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkah padanla muka ummah taksub
I pn tengok kt fb td
Smlm masa masuk berita i dh hairan apasal bodoh sgt dorang tu

Kena kencing cengkerik

PADAN MUKA BAHSE BODO
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 07:53 AM | Show all posts
hahaha..dgn serangga pun kena kencing
pe lg dgn manusia yg pndai berkata kata
lembut gigi dr lidah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 08:13 AM | Show all posts
iols terkedu tgk rakyat berbondong2 bwk baldi. ate kome kenapa weh?? kena kencing rupanya plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
smlm tgk dokumentari..ada riang2 madagascar...bertenggek penuh pokok...lawa ja warna merah tua.

Tk sgka dia kencing sekali pancut mcm spray ayaq
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:58 AM | Show all posts
eeee... agak2 masa awal2 kluar ade tak yang tadah sapu trus kat muka
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:59 AM | Show all posts
riang2 tu apa? first time dengar nie
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.072953 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list