CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2147|Reply: 11

"Gila Dedikasi Bomba Bertugas Pun, Masih Ada Orang Kata Makan Tidur Ja?&quo

[Copy link]
Post time 28-1-2019 04:26 PM | Show all posts |Read mode





Semenjak beberapa insiden keselamatan membabitkan bomba menjadi isu nasional, ramai yang mempunyai pandangan bercampur baur. Ada yang mempersoalkan tanggung jawab bomba yang lambat membuat kerja tetapi ada juga yang sangat menyanjung tugas bomba kepada masyarakat.


Di media sosial, tular sebuah video kekalutan ahli bomba yang baru sahaja habis bersukan tetapi terpaksa bergegas apabila mendengar siren kecemasan dengan mengambil uniform lalu masuk ke kereta bomba. Video berdurasi 29 saat walaupun terlalu sekejap, tetapi ia sudah menjelaskan yang tanggungjawab bomba kepada negara diletakkan di tempat teratas melebihi keselesaan diri sendiri. Malahan jelas beberapa anggota yang cuma berseluar pendek terkocoh-kocoh memasuki kereta bomba.


Oleh itu, ada seruan daripada netizen yang meminta kenaikan gaji atau elaun kepada golongan ini dan bukannya elaun ahli politik.












Rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan tersebut kerana tugas bomba sememangnya membabitkan nyawa. Malahan bukan sahaja keselamatan harta benda dan manusia, kucing yang terlekat di atas pokok pun bomba yang mengendalikannya.









Kredit foto: Carian Internet






Malahan cadangan untuk menaikkan gaji atau elaun mereka disambut baik oleh netizen kerana dikatakan gaji ahli bomba adalah yang paling sedikit berbanding pekerja kerajaan yang lain. Malahan gaji menteri yang sepatutnya diturunkan.







Ada beberapa netizen yang berkongsi cerita mengenai kesusahan ketika pernah menyertai bomba.




Kredit foto: Harian Metro





Oleh itu, ramai netizen yang mengimbas kembali beberapa insiden bomba hingga membabitkan kehilangan nyawa dan ada yang tiada pembelaan sehingga hari ini. Jadi, video ini mengingatkan kita bahawa ketika mereka memulakan tugas tersebut, mungkin itu adalah tugas terakhir mereka.











Timbul persoalan dalam kalangan netizen, adakah mereka yang merakam ini tidak terlibat dalam operasi bomba? Bagaimanapun ia dijawab oleh ahli bomba tersebut bahawa perakam tidak bekerja pada hari tersebut dan datang untuk bersukan sahaja. Seterusnya netizen turut bertanya beberapa persoalan seperti berapa anggota terlibat dalam satu misi.






Menjadi 'keyboard warrior' memang sangat mudah lalu menghakimi tugas-tugas di luar bidang mereka. Namun, jika mereka tahu begini situasinya disebalik ketangkasan bomba menyelamatkan sesuatu insiden, pasti ada yang terdetik tidak mahu mengecam. Jadi, terima kasih kepada semua ahli bomba yang terlibat menjaga keamanan negara.















Apa pula pendapat anda? - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji bomba paling sikit? Dah la kerja bahaya. Sila naikkan gaji deyols!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 06:06 PM | Show all posts
salute abg bomba !!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 06:15 PM | Show all posts
aku xboleh lupa zuraidah biawak tu ckp semasa melawat Adib di hospital " Adib nampak semakin sihat ye dan dha boleh berkahwin  beberapa hari lagi"


tiba-tiba pula Adib pun meninggal.

Jgn percaya menteri biawak PH, hari-hari kencing , hancengnya mereka kencing sehingga rakyat jadi bertambah benci kepada kerajaan PH

PH = cina hindu pariah.

Melayu xboleh sokong PH . Perlu STOP sokongan terhadap PH.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 06:57 PM | Show all posts
tp gaji ini masa PH jer ker sikit, bukankah ianya dah sebegitu sejak zaman berzaman, jadi tak patut lah kita tuding jari kat kerajaan baru n one other thing, dlm berforum jgn lak pandai menghina and tarik masuk isu perkauman yg takder kena mgena ...mmg otak bodo org yg berfikiran kolot camne
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabik springg lah kat bomba. Semoga sentiasa dilindungi semasa bertugas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap saat berharga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 12:24 AM | Show all posts
cerita pasal bomba ingt kes kuil? ape cita dah close case kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih pasukan bomba. Mmg patut gaji mereka dinaikkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 11:44 AM | Show all posts
apa dia ingat bomba ni mutan? tak payah makan tidur?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 12:13 PM | Show all posts
Demi tanggungjawab yang diamanahkan semuanya tolak tepi asalkan dapat sampai ketempat kejadian dengan segera, salute buat mereka
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 03:01 PM | Show all posts
Paz sokong naikkan gaji anggota Bomba.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.427484 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list