Kecoh satu Malaysia bila gambar Emma Maembong tidak bertudung bersama Syed Abdullah tersebar luas di media sosial.
Lagi bertambah parah, ada pula gambar seorang wanita yang duduk di celah kangkang Syed Abdullah didakwa sebagai aktres tersebut.
Kredit foto: Kosmo Online
Susulan itu Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27 tampil memohon maaf.
"Saya nak minta maaf sebab lalai. Saya harap netizen tak salahkan kawan-kawan, orang sekeliling, keluarga dan ibu atau ayah saya," katanya kepada mStar Online.
Kredit foto: IG Memes_Puaka
Tambahnya gambar tersebut memang dirinya tapi menafikan gambar wanita yang bersama Syed Abdullah di bilik.
"Manusia sentiasa buat silapkan. Saya minta maaf, tapi dalam bilik itu bukan, rambut pun tak sama. Maaf sekali lagi," tambah Emma.
Sementara itu, Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga telah tampil meminta maaf.
"Saya minta maaf sangat di atas kekecohan yang saya timbulkan dan mereka yang menerima kesannya. Ini semua salah Syed dan kecuaian Syed seorang."
Selain itu, komen yang ditinggalkan Kamal Adli di ruangan komen IG Emma turut mendapat perhatian.
Kredit foto: IG via mStar
Katanya, "Stay strong ya. Allah kan ada."
Baguslah dah akui kesilapan sendiri. Semoga menjadi insan yang lebih baik selepas ini. -CARI
|