CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4528|Reply: 13

5 Negara Dengan Angkatan Tentera Paling Lemah Di Dunia

[Copy link]
Post time 30-1-2019 11:03 AM | Show all posts |Read mode

St. Kitts & Nevis mempunyai angkatan tentera terkecil di dunia.

Kredit foto: Carian Google





Setiap negara lazimnya mempunyai peruntukan pertahanan tahunan yang besar dan jumlah anggota tentera yang ramai bagi menjaga kedaulatannya daripada pencerobohan pihak asing.


Namun, seperti dilaporkan The Infographics Show, lima negara yang disenaraikan ini dianggap mempunyai angkatan tentera paling lemah di dunia berikutan peruntukan pertahanan dan jumlah angkatan tentera mereka yang sangat kecil.





Sekumpulan rekrut tentera St. Kitts & Nevis pada perbarisan tamat latihan.

Kredit foto: Carian Google






Saint Kitts & Nevis


Negara yang dibentuk oleh dua pulau di Hindia Barat ini hanya mempunyai 300 anggota tentera berbanding jumlah penduduk seramai 55,000 orang.


Pasukan Pengawal Pantai negara ini memiliki sebuah bot yang disumbangkan Amerika Syarikat (AS) manakala hanya 28 rekrut tentera baharu menyertai sesi pengambilan pada 2016.





Anggota-anggota tentera Antigua & Barbuda menjalani latihan.

Kredit foto: Carian Google







Antigua & Barbuda


Angkatan Pertahanan Antigua & Barbuda yang terdiri daripada 245 anggota bertanggungjawab menjaga keselamatan kira-kira 91,000 rakyat di negara yang terletak di kepulauan Caribbean itu.


Ia menerima peruntukan pertahanan sebanyak ASD10 juta setahun dan mempunyai tujuh bot Pengawal Pantai bagi membanteras kegiatan jenayah di laut.





Tentera Tonga pernah bertempur dalam Perang Dunia Pertama.

Kredit foto: Carian Google







Tonga


Walaupun Angkatan Tentera Diraja Tonga mempunyai hanya 700 anggota, mereka pernah mencatat sejarah apabila bergandingan dengan tentera New Zealand dalam Perang Dunia Pertama.


Dengan peruntukan pertahanan sebanyak ASD5 juta setahun, pasukan tentera yang kecil ini memiliki tiga bot peronda dan dua pesawat udara kecil yang kebiasaannya digunakan untuk mengawasi sempadan serta aktiviti perikanan.





Pesawat Boeing E-3 Sentry milik pasukan tentera udara Luxembourg.

Kredit foto: Carian Google







Luxembourg


Walaupun negara yang terletak di barat Eropah ini hanya mempunyai kira-kira 400 anggota tentera, peruntukan pertahanannya agak besar iaitu sebanyak ASD369 juta setahun.


Pasukan tentera udaranya memiliki 17 pesawat Boeing E-3 Sentry dan sebuah pesawat Airbus A400M Atlas.





Seorang anggota tentera Somalia gigih berlatih walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Kredit foto: Carian Google







Somalia


Angkatan Tentera Kebangsaan Somalia mempunyai kira-kira 12,000 anggota yang berkhidmat secara aktif dan disokong 24,000 anggota simpanan. Ia juga memiliki sebanyak 140 kereta kebal dan 420 kenderaan tempur berperisai, namun kekuatan tentera lautnya sangat lemah manakala pasukan udaranya langsung tidak wujud.


Dengan peruntukan pertahanan yang agak kecil iaitu sebanyak ASD58 setahun, tentera Somalia tidak berupaya mengawal ketenteraman dalam negara yang mempunyai lebih 12 juta penduduk dan sering dilanda konflik dalaman.


Mujurlah Malaysia tidak termasuk dalam senarai walaupun Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pernah menyatakan negara ini adalah paling lemah di Asia Tenggara dari aspek ketenteraan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Rambo mmg blh kalahkan 4 negara paling atas tu sorg2 je
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 11:46 AM | Show all posts
bangga jugakla ngan ATM lepas tgk tentera2 kt atas nie .. kesian gak ngan dorg sbb negara miskin.. camne nk ada peruntukkan tuk military.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
{:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:01 PM | Show all posts
tengok askar dia pon mcm kesian je
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:20 PM | Show all posts
Sebab utama mesti tak ada peruntukan kewangan yang mengcukupi untuk mereka pastinya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2019 04:32 PM | Show all posts
Somalia pun ada 140 tank...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Negara2 kecik tu.. org whoareyuskan je.. xde kepentingan utk di tawan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94: Negara2 kecik tu.. org whoareyuskan je.. xde kepentingan utk di tawan..

Wakanda Forever!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 03:56 PM | Show all posts
ninjago replied at 30-1-2019 11:46 AM
bangga jugakla ngan ATM lepas tgk tentera2 kt atas nie .. kesian gak ngan dorg sbb negara miskin.. c ...

luxembourg kira kaya jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn nk berperang pun. Kalo perang pun sah2 negara pengeluar senjata yg mng. Da dia yg keluar, apa kelemahan semua dia da tau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:14 AM | Show all posts
lek lek chill chill je tgk askar ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 11:50 AM | Show all posts
Seorang anggota tentera Somalia gigih berlatih walaupun dalam keadaan serba kekurangan.


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 08:36 PM | Show all posts
ally9970 replied at 30-1-2019 04:32 PM
Somalia pun ada 140 tank...

rasanya tank zaman perang dingin tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.390073 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list