CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3026|Reply: 7

Gaya Mengemas Rumah Gaya Marie Kondo Kini Jadi Ikutan

[Copy link]
Post time 30-1-2019 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Sana sini orang berbicara tentang Marie Kondo dan kaedah KonMari. Siapa Marie Kondo dan apakah yang dikatakan kaedah mengemas rumah gaya KonMarie?



Kredit foto: Carian Google





Marie Kondo, 35,  adalah seorang perunding dan penulis buku kelahiran Jepun. Beliau sudah menulis empat buah buku berkenaan cara menyusun dan mengemas rumah. Buku-bukunya terjual berjuta-juta salinan dan diterjemahkan ke bahasa Korea, Cina, Spanyol, Indonesia, Perancis, Jerman, Sweden, Portugis dan Inggeris. Bukunya yang paling laris ialah The Life-Changing Magic of Tidying Up (2011) dan menjadi bestseller di Eropah dan Amerika.




Kredit foto: Carian Google





Kerana popularitinya, beliau tersenarai dalam '100 Orang Paling Berpengaruh' oleh majalah Time. Kini rancangan TV beliau Tidying Up with Marie Kondo mula bersiaran di Netflix sejak 1 Januari 2019 dan menjadi bualan ramai kerana teknik KonMari yang menjadi ikutan ramai.


KonMari adalah teknik mengemas ala-Jepun yang memerlukan anda mengumpul semua barangan mengikut kategori, dan meninggalkan hanya barangan yang bermakna dan memberikan kebahagiaan kepada anda (spark joy). Barangan lain yang tidak diperlukan akan dibuang atau didermakan.





Kredit foto: Condo Living





Berikut 6 peraturan ringkas dipetik daripada buku beliau yang perlu anda faham sebelum memulakan pembersihan ala KonMarie.



1. Tekadkan Komitmen Anda Sebelum Mula Mengemas

Teknik ini memerlukan masa dan tenaga. Pastikan minda anda betul-betul bertekad sepenuhnya sebelum memulakan kaedah ini.



Kredit foto: Carian Google





2. Bayangkan Gaya Hidup Ideal Keluarga Anda

Bayangkan gaya hidup yang ideal untuk anda sekeluarga. Pastikan anda ada idea yang jelas kenapa anda perlu mengemas, apa yang perlu anda kemaskan dan bagaimanakah agaknya kehidupan anda sekeluarga setelah anda siap mengemas. Proses mengemas boleh menjadi satu titik perubahan dalam keluarga anda.



Kredit foto: Carian Google






3. Buang Apa Yang Tidak Perlu Dahulu

Salah satu kesilapan biasa dalam kita mengemas rumah ialah kecendurungan untuk menyimpan semua barangan dan cuba mengelak untuk membuang. Dalam kaedah KonMarie, membuang atau mendermakan barangan tidak perlu adalah langkah terpenting. Ini kerana, bila barangan tidak penting dibuang dari rumah, rumah anda akan menjadi lebih luas. Jangan simpan di dalam stor, kerana anda akan perlahan-lahan mengeluarkannya semula.



Kredit foto: Safari With Sarah






4. Mulakan Mengemas Mengikut Kategori Barang, Bukan Bilik ke Bilik

Kemaslah mengikut kategori barangan bukan ruang rumah. Sebagai contohnya, jika anda ingin mengemas pakaian, kumpulkan semua pakaian dari semua bilik dahulu di tengah rumah. Ini membolehkan anda melihat sebanyak mana barangan yang anda ada dan dapat menilai secara tepat berapa banyak ruang penyimpanan yang diperlukan untuk setiap kategori.



Kredit foto: Carian Google






5. Kemas Ikut Urutan Berikut

Mulakan dengan pakaian, disusuli buku, kertas, barangan lain barulah barangan sentimental yang mempunyai kenangan buat anda sekeluarga. Kenapa? Kerana barangan sentimental adalah paling susah dikemas dan kadangkala bila kita melihat sesuatu yang menyimpan memori, kita cenderung berhenti bekerja mengemas dan kembali bernostalagia. Rujuk teknik KonMarie dalam melipat kain, pastikan disimpan mengikut ruang sesuai, biasanya dalam keadaan menegak di mana anda mudah mencari tanpa menyelerakkannya semula.



Kredit foto: Carian Google







6.Sentiasa Tanya Diri Anda, 'Adakah Barangan Ini Membawa Kegembiraan?'

Ingat, anda mengemas dengan memilih apa yang perlu disimpan, dan bukan semata-mata untuk membuang. Sebab itu Marie Kondo tegaskan, buat apa menyimpan barangan yang tidak lagi memberikan makna dan kegembiraan (spark joy)? . Katakan 'thank you, next' kepada barangan yang sudah siap berjasa kepada anda dan 'move on'.


Kredit foto: Carian Google








Sebenarnya teknik ini adalah amat mudah dan senang diikuti. Tetapi cabaran penting adalah untuk membuang barangan yang tidak lagi diperlukan. Apa kata anda? Sudahkan mencuba teknik KonMarie?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 11:42 AM | Show all posts
mmg membantu method Marie Kondo nie. i apply tuk major declutter rumah end of 2017. end of 2018 takde apa sgt nak kemas.. tapi baju dah start penuh balik kt almari nie sebab sepanjang 2018 byk sgt beli baju baru nak kena repeat balik nih. bila ikut kaedah nie jadi senang nak bersiap tuk keluar and hati pun sejuk duk umah. hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 30-1-2019 11:42 AM
mmg membantu method Marie Kondo nie. i apply tuk major declutter rumah end of 2017. end of 2018 takd ...


Tak susah ke nak maintain?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 01:20 PM | Show all posts
Gambar after tu kejap jer, lepas beberapa hari dah jadi balik macam gambar before
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 01:32 PM | Show all posts
Mula-mula aku sangka method dia sama macam mana consultant lain...

Tapi ada satu yang buat cara dia berkesan untuk aku adalah konsep 'spark joy' dia.

Aku memang ada masalah buang barang-barang yang tak penting, atas alasan sentimental atau mungkin boleh guna lagi.

Tapi sekarang aku tak ada masalah buang/derma barang tanpa rasa was-was lagi. Hampir semua benda aku buang

Betul konsepnya. Kalau benda untuk tak mendatangkan kegembiraan atau tak berguna, buat apa simpan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka cara dia lipat dan simpan kain tu. Good idea

Semua boleh nampak bila nak pilh baju

Taklah semak balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2019 01:57 PM | Show all posts

once dah color / type coordinated senang je nak maintain.. yg penting masa kte simpan balik baju yg baru lepas cuci tu. time tu kena terus KonMari.. fikir nanti senang nk pilih / amik baju, pastu taknak sepah2. bila dah terbiasa senang je

lagi senang kalau hang baju, minimisekan baju2 yg kena lipat. tu lagi cepat & senang nak maintain.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:28 PM | Show all posts
Bila dah susun cantik2 ke displinkan diri agar tak jadi seperti sebelumnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.068992 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list