CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2374|Reply: 17

OK... Apa Maksud Asalnya?

[Copy link]
Post time 1-2-2019 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Sumber foto: anewdayanewthing




Asyik menyebut perkataan OK atau Okey, anda tahukah asal usulnya? TAPI, Sebelum memulakan cerita sejarah ini, jom panaskan minda sebentar dengan beberapa fakta tentang teori perkataan tersebut.


Bacalah teori rujukan awal sekejap ya! Dipendekkan dan ringkas saja.


(Kalau rasa bosan membaca sejarah persilakan langkau dua perenggan, ok?)


Scotland= Och Aye (oh yes)
Latin= Omnes Korrecta (everything correct)
Finland= Oikea (correct)
Greek= Ola Kala (everything fine)
Jerman= Ohne Korrekten (without correction)
Natif Amerika Choctaw = Okeh (it is so)
Perancis Au Quai (at dock)




Ada yang berpendapat bahawa OK merupakan singkatan nama seseorang bernama Obadiah Kelly yang menggunakan OK sebagai tandatangannya. Seorang lagi bernama Old Keukuk; Ketua Natif Amerika yang menandatangani perjanjian damai dengan tandatangan bertulis OK.


Bagaimanapun, seorang professor linguistik dari Amerika di Universiti Columbia pada tahun 1960, Allen Walker Read berpendapat bahawa ianya bermula daripada jenaka golongan intelektual dalam dunia penerbitan surat khabar 1839. Dalam kajian lingustik beliau, ketika itu media massa bebas menulis perkataan-perkataan yang boleh menarik minat pembaca tidak kiralah ianya bersifat sarkastik atau menyindir dengan ejaan yang sengaja disalahkan.


Pada 23 mac 1839, akhbar Boston Morning Post telah mendedikasikan perkataan kepada Anti-Bell Ringing Society sebagai sindiran kerana telah mengharamkan untuk membunyikan loceng meja makan di Ney York. OK dimaksudkan All Correct sengaja disalah eja sebagai jenaka media dalam fonetik menjadi Oll Korrect. Pada zaman ini juga terdapat banyak  lagi perkataan yang dijadikan jenaka singkatan seperti KY iaitu Know Yuse/no use, KC iaitu Knuff Ced/enough said dan OW iaitu Oll Wright/All Right.




Sumber imej: Quora




Ok sekarang, bagaimana pula perkataan ini berkembang sehingga mempunyai maksud universal ke serata dunia? Selain daripada bersifat fancy dan telah diguna pakai akhbar selain Boston Morning Post, penyokong kepada calon presiden 1940, Martin Van Buren yang diberi gelaran Old Kinderhook telah membentuk Kelab OK dan membawa slogan OK!.


Hal ini menyebabkan konteks OK dijadikan bahan mainan politikal lawannya dengan memaksudkan sebagai  Out Of Kash!, Out of Karacter! dan lain-lain. Dan akhirnya pada tahun 1864, perkataan OK telah dimasukkan ke dalam perkamusan slanga bahasa kesat.




Sumber imej : History-first






Sumber Imej : virginia memory




Kemudian, pada tahun 1890 selepas telegraf dicipta, singkatan OK menjadi perkataan popular kerana dijadikan standard sebagai mengisyaratkan tanda terima mesej. Nah, bila sudah popular, artis dan penulis pun tolong sebarkan dalam hiburan mereka.


Sehingga ke hari ini, 'OK' sudah menjadi bahasa slanga yang jelas dan menjadi salah satu perkataan yang boleh menjadi kata kerja, kata nama, kata adjektif dan kata seru.


Ok? Adakah artikel ini ok? Pembaca okey tak? Atau tulisan ni sekadar okey saja? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2019 03:55 PM | Show all posts
OK infonya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 1-2-2019 03:55 PM
OK infonya

Terima kasih baca.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 10:53 PM | Show all posts
ok bah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Thankssss
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
OK
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2019 11:28 PM | Show all posts

bah, terima kasih baca boss.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2019 11:29 PM | Show all posts

terima kasih baca. Ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2019 11:30 PM | Show all posts

Emmm... terima kasih baca. okey?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
owh
baru ku tawu
ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2019 11:37 PM | Show all posts

Terima kasih baca. Ok kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Archaiv replied at 1-2-2019 11:37 PM
Terima kasih baca. Ok kan?

ok
okeh sangat ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Oooo... Ok, baru tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
diss69 replied at 2-2-2019 11:31 AM
Oooo... Ok, baru tau..

Terima kasih baca.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2019 12:49 PM | Show all posts
Ok. ok . ok. I DAH TAU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
NmeeraR replied at 2-2-2019 12:49 PM
Ok. ok . ok. I DAH TAU

Terima kasih baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2019 05:41 PM | Show all posts
itu OK
klu K.O.

sapa cipta plak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2019 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 2-2-2019 05:41 PM
itu OK
klu K.O.


Terima kasih baca.  Hahaha...  Nanti kalau ada masa saya carikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.073049 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list