CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21071|Reply: 104

Kemurungan

  [Copy link]
Post time 1-2-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 1-2-2019 09:45 PM

Salam Doc @ipes2

Setelah berbulan-bulan berjanji, ni i bukak jugak thread pasal kemurungan dan juga simptom-simptom yang berkaitan (if any).

Untuk contoh kes, i tepek kat next line ya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually, tadi waktu discuss (iyer ker) santai kat grup wassap dengan Hj @Diablo, @vanillacup, Tok Mommy Mia si @noraidil_06, Fay, Liyana dan ummah penduduk tetap, i ada share satu news sedih. So kami pung saling kongsi.

Ingatkan pic tu ada berkait dgn kes bunuh ker, finally keluar official statement. Ia disebabkan kemurungan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Wanita baru berkahwin ditemui lemas di tasik

Oleh Sharinnahar Latib
bhnews@bh.com.my

KUANTAN: Seorang wanita yang juga pengantin baharu ditemui lemas di tasik Taman Bandar, Indera Mahkota, dekat sini, hari ini.

Sharifah Abdullah, 24, yang baru sebulan mendirikan rumah tangga ditemui kira-kira jam 7 pagi oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sepasukan anggota ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat dan mayat mangsa dibawa ke darat dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota.

“Pemeriksaan ke atas badan mangsa tidak menjumpai kesan atau tanda berunsurkan jenayah dan mayat dibawa ke bahagian Forensik Hopsital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan lemas,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati mangsa keluar dari rumahnya di Indera Mahkota, kira-kira jam 5 petang semalam menaiki motosikal dan suami serta ahli keluarganya keluar mencarinya di sekitar bandar Kuantan selepas dia tidak balik sehingga jam 10.30 malam.

“Berdasarkan keterangan suaminya, mereka baharu sahaja berkahwin sebulan lalu.

“Mangsa juga menghadapi masalah kemurungan kerana terbabit dalam kemalangan tiga tahun lalu yang menyebabkannya mengalami tekanan,” katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2019 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 1-2-2019 09:51 PM

Gambar kejadian.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2019 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar dari tempat kejadian.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne family or frens nak tau org tu kemurungan ke tak... alih2 jer dah commit suicide.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2019 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ni sbb accident. Mungkin cedera kat kepala.

Yang lepas bersalin tu pun murung gak kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by neo_5050 at 1-2-2019 11:05 PM

Hi Doc @ipes2  . Nak tanya sikit. Betul ke perempuan lebih mudah kemurungan berbanding lelaki?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2019 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sini dulu ada jadi.
Arwah ni bawak anak-anak dia masuk dalam tasik kat Taman Jaya, PJ.

Ada dia ikut taat je. Cinta ke ibu. Paut kaki kiri kanan.

Ada sorg lagi dalam pangkuan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 1-2-2019 11:13 PM
Kat sini dulu ada jadi.
Arwah ni bawak anak-anak dia masuk dalam tasik kat Taman Jaya, PJ.


Anak-anak dia selamat tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 1-2-2019 11:18 PM
Anak-anak dia selamat tak?

Meninggal.

I masa tu tgh study. Lama dah.

Nanti nak try carik la news tu.

Sedihlah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 1-2-2019 11:22 PM
Meninggal.

I masa tu tgh study. Lama dah.

Yeke sedihnya please share sini, I macam tak pernah dengar kes ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 3-2-2019 09:09 AM
moonbug replied at 1-2-2019 11:23 PM
Yeke sedihnya  please share sini, I macam tak pernah dengar kes ni

Lama sangat kisah ni.

Arwah jaga anak kecik-kecik sorg2.

Anak2 yg besar dah g sek.

Suami keluar awal pagi2 naik motor p kije. Rasa mcm jauh sgt tpt keje dia. Nun atas lagi dari Rawang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
osheenz replied at 1-2-2019 10:07 PM
Camne family or frens nak tau org tu kemurungan ke tak... alih2 jer dah commit suicide.

Perubahan sikap.

Sebenarnya saya tak tau. Tapi saja nak reply awak
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2019 09:36 AM | Show all posts
sedih betul klu ppuan yg ada kemurungan ni sbb perlukan sokongan dr suami sbb dialah org yg paling dkt dgn isteri..lg 1org luar suka mgata yg x baik klu ppuan yg ada mslh spt ni..bygkan la apa perasaan family ppuan tu kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 09:11 AM | Show all posts
kakaro940 replied at 2-2-2019 09:36 AM
sedih betul klu ppuan yg ada kemurungan ni sbb perlukan sokongan dr suami sbb dialah org yg paling d ...

i rasa suami dia aware pasal situasi yang dihadapi oleh arwah isterinya.

yet, cinta melebihi segala-galanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2019 09:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 02:31 PM | Show all posts

Pernah dituduh gila, Tasha Shilla dapatkan bantuan...


Gempak |  Diterbitkan pada Februari 03, 2019 10:00 MYT




Menurut pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak ini, dia mula mendapatkan bantuan semenjak hujung tahun lalu.

PELAKON cantik, Tasha Shilla mendedahkan dia mula mendapatkan bantuan untuk mengatasi penyakit kemurungan ringan (mild depression) yang dihidapinya.

Menurut pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak ini, dia mula mendapatkan bantuan semenjak hujung tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana sudah mendapatkan bantuan untuk mengatasi mild depression yang saya alami.

"Hidup saya semakin positif dan tenang serta saya lebih tahu bagaimana caranya untuk mengendalikan keadaan.

“Sebelum ini, saya akui saya pernah rasa putus semangat dan sangat ‘down’, lebih-lebih lagi selepas putus cinta sebelum. Sampaikan ada yang menuduh saya gila," kata Tasha.

ARTIKEL BERKAITAN: Tasha Shilla alami kemurungan?

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil hati juga bila rakan-rakan artis sendiri 'bash' saya - Haqiem Rusli



Tambah Tasha, apa yang terjadi pada dirinya dahulu tidak mahu diulangi olehnya sekarang.

"Apa yang berlalu biarlah berlalu. Jika dahulu, jika saya berhadapan dengan masalah, saya pasti berhibur untuk mengurangkan tekanan. Tetapi, apa yang saya lakukan itu tidak betul kerana ia akan memberikan impak negatif.

"Biasalah, dulu saya masih muda, semuanya diambil mudah. Mungkin saya dilihat gembira di luaran dengan mengukir senyuman, tetapi apa yang berlaku dalam hati saya sendiri, tiada sapa yang tahu. Saya menanggungnya sendiri.

"Saya kini lebih tenang dan menjalani kehidupan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bagi saya, kesedaran mengenai kesihatan mental perlu dipandang serius. Jika ada sebarang masalah, dapatkan khidmat nasihat segera," kata Tasha.


Tasha ditemui pada majlis pelancaran jenama tudung, Parisfairies Scarves di Greenhouse by Muir, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain Tasha, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran pelakon Niena Baharun, pengacara Liza Khairudin dan pengasas Parisfairies Scarves, Eiyla Fazzila.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 3-2-2019 02:31 PM
Pernah dituduh gila, Tasha Shilla dapatkan bantuan...

Gempak |  Diterbitkan pada Februari 03, 2 ...

Tasha Shiela ni cun syantik, moga cepat sembuh hokey
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 06:02 AM | Show all posts
neo_5050 replied at 1-2-2019 11:03 PM
Hi Doc @ipes2  . Nak tanya sikit. Betul ke perempuan lebih mudah kemurungan berbanding lelaki?

thanks neo
tag awak tu tak menjadi
cuba tukar setting phone / pc

ye, ratio women:men dalam kes depression is 2 kali ganda
ye lah, wanita lebih fluctuating hormones nye; masa pregnant dan menopause lah byk berubah
also wanita lebih serious bila berfikir tentang suatu
''awak ni apa buat macam ni!'' worker lelaki yg dgr teguran ini wat tak tau je tetapi worker wanita m,ungkin berfikir pasalnya beberapa lama
wanita pon bagus sebab cepat jugak mencari bantuan jika depressed, lelaki sgt susah; dgn sebab ini, dari segi statistic, byk lagilah wanita diregsiter dan didiagnosed sebagai depressed
wanita lebih emosi esp dalam hubungan.. so mereka suffer lebih jika ada isu
nowadays, wanita mula perlu bekerja lalu terexposes pada work culture; ini menambah bebanan mereka yg juga lebih byk jaga anak, lebih byk jaga rumahtangga

jwapan Q awak: yes, betul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.075735 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list