CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8322|Reply: 74

[Jenayah] Edisi Seram : Deepak kata busskur main bomoh yindia marii

[Copy link]
Post time 5-2-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
“Patung ini patung hitam, saya melihat dari A sampai Z bagaimana mereka melakukannya”-Lelaki Dakwa Najib Puja Patung Untuk Jadi Perdana Menteri

DATUK Seri Najib Razak didakwa menjalani upacara memuja patung-patung menerusi seorang bomoh berasal dari India sebagai usaha bersaing dalam Umno untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Perkara itu didedahkan secara terperinci menerusi temubual dengan Jom Channel oleh Deepak Jaikishan, lelaki yang mendakwa diberi tugas mengurus bomoh-bomoh yang dipanggil ke rumah bekas perdana menteri itu.

Menurut Deepak, ketika ritual dilakukan oleh boomoh berkenaan terhadap Najib, dia menyaksikan sendiri dari mula sampai akhir bagaimana perkara tersebut dilakukan dalam ‘bilik study’ rumah Najib, di Langgak Duta.

“Pada waktu itu saya ada di sana, saya melihat dari A sampai Z, bagaimana mereka melakukannya,”

“Sebab utama bomoh ini dibawa ke Malaysia (kerana) pada waktu itu Datuk Najib ada persaingan sengit dengan kumpulan dalam Umno, yang tidak mahu dia menjadi Perdana Menteri. Pada waktu itu dia Timbalan Perdana Menteri,”

“Datin Rosmah mendapat bomoh ini dari India, boomoh ini dari tempat yang bernama Karpur, nama dia (bomoh itu) Pandatchi, dan bomoh ni telah datang, dan dia melakukan dua proses sembahyang,”

“Pertama dia bawa patung-patung. Patung ini bukan patung tuhan India yang kita biasa lihat di kuil, patung ini patung hitam, ia bagaikan seperti patung anak syaitan,”

“Patung utama dibuat daripada tepung, dan proses ini dilakukan dalam bilik study (rumah) Datuk Najib di Langgak Duta.”

“Datuk Najib duduk di atas kerusi dalam biliknya, patung ini diletak di atas dia (Najib) bagaikan bayi, dan disembahyang (kan). Diletaklah susu, kunyit, ada proses tujuh, lapan bahan-bahan diletak,”

“Datuk Najib harus melafazkan, apa yang disebut oleh bomoh itu. Pada waktu itu saya, Datin Rosmah, dan Datuk Najib dalam bilik bersama dia, di bawah ada satu macam baldi, Datuk Najib kaki dia dalam baldi itu, semua bahan-bahan susu semua jatuh balik dalam baldi itu,” jelas Deepak.

Menurut Deepak, upacara itu mengambil masa 20 hingga 30 minit sebelum bomoh berkenaan mengambil darah Najib diletakkan di atas patung, sebelum patung itu dibiarkan semalaman dalam bilik tidur Najib.

“Keesokan harinya patung tu dibawa keluar, dan patung ni dihantar ke India.” kata Deepak.

“Semua proses ini saya lihat, patung ini diletak bukan dalam kuil biasa, dia kuil yang diseembah pada larut malam, kita panggil kuil hantulah, untuk ilmu hitam, India pun banyak ilmu-ilmu hitam ni,” kata Deepak.

Upacara itu dilakukan katanya selepas Datin Rosmah panik sebaik sahaja mendapat tahu dari bomoh bahawa suaminya telah jatuh saakit akibat terkena buatan orang.

“Sebab dia buat itu, kerana pada masa itu Datuk Najib jatuh sakit, dia masuk hospital dan datin panik, dia dapat tahu dari bomoh dia bahawa ada orang dah letak sesuatu kepada Datuk Najib, masa dia makan ke apa, dan dia sakit,”

“Jadi dia gunakan boomoh dari India ini untuk proses pemulihan, pindah penyakit, racun dalam badan Datuk Najib ke dalam patung ini,” jelas Deepak.

Ditanya oleh pengacara Jom Channel sama ada dia mempunyai bukti-bukti bagi menyokong tuduhannya, Deepak mendakwa dia mempunyai banyak bukti-bukti, dan Datuk Najib sendiri tahu bahawa dia mempunyai bukti-bukti itu dan kerana itulah beliau tidak berani mengambil tindakan terhadapnya.

“Oh, saya ada banyak bukti, kerana saya ada buktilah yang Datuk Najib sehingga ke hari ini tidak boleh mengambil tindakan walaupun saya sudah banyak kali mendedahkan perkara-perkara berkenaan ilmu hitam ini,”

“Saya ada bukti dan dia tahu saya ada bukti, saya mengendalikan semua orang (bomoh-bomoh) ini, saya yang disuruh. Datin akan bagi tahu saya orang (bomoh) ni nak sampai esok, awak tolong atur tiket penerbangan, saya ada bukti tiket, saya ada gambar mereka, gambar mereka di rumah, semua saya ada, Datuk Najib tahu” kata Deepak sambil tersenyum sinis.

Pendedahan oleh Deepak ini sebenarnya sekadar memenuhi lompang-lompang cerita yang pernah didedahkan oleh menantu Datin Rosmah sendiri sebelum ini iaitu Dr Fazley Yaacob menerusi akaun Instagram miliknya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak berkesan cerita kaw. Now fokus kebencian weols adalah terbadap pakatan hauk. Nice try bitch
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 11:25 AM | Show all posts
deepak ni kn terang 2 dlm media kata bg rasuah kt najib?
xkne tgkap ke? xkne siasat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
zaman bila punya cerita nh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by armin at 5-2-2019 12:31 PM

Adakah valid lagi? Bomoh india pun tak hebat najib boleh kalah pru. Boring.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 5-2-2019 12:25 PM
Adakah valid lagi? Bomoh india pun tak hebat najib boleh kalau pru. Boring.

kan.... kasi kekal kuasa la dah main bomoh tu haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
saper kaki bomoh, tolong marked bomoh ni. penipu je kerja bomoh ni. kalau betul bomoh ni hebat, najib masih pm msia hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:39 PM | Show all posts
melayu malas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2019 12:45 PM | Show all posts
India kalau bicara jangan percaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:47 PM | Show all posts
armin replied at 5-2-2019 12:25 PM
Adakah valid lagi? Bomoh india pun tak hebat najib boleh kalah pru. Boring.

mungkin dia stop bagi elaun kat bomo tu so bomo tendang kuar kuil patung tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mula dah.. fitnah mcm2 utk menang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak tunggu kena dakwa? Ada bukti dedah jelah semua supaya orang tau bomoh tu tak mampu mengalahkan kuasa Allah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesungguhnya percaya kepada Deepak adalah rukun Iman yg ke7 hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha dah mcm Ni punya lencun pun still pakai game plan sama hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha mcm azizah ckp ph kalah ch sbb orang asli masih ingat BN adalah kerajaan hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang mana patung tu
Napa Najib tak guna patung tu halang DRP dituduh kat mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak tiri dia pun ckp benda yg sama dlu. So..... pepaham la sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apahal laa dia ni bersungguh nk dedah skrg...ooooo...sbb dah rugi kan...kalo ada pitihnya...tidak laa begini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2019 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
masa tu kenapa tak videokan, deepak....mudah sangat, boleh ada bukti lebih kukuh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 5-2-2019 01:30 PM
Anak tiri dia pun ckp benda yg sama dlu. So..... pepaham la sendiri

sah2 anak tiri die kutuk rosmah
najib jd gitu sbb bini... skrg bini takde pun mengekor
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 5-2-2019 11:25 AM
deepak ni kn terang 2 dlm media kata bg rasuah kt najib?
xkne tgkap ke? xkne siasat ke?

Pelik malaysia ni. Yang terima rasuah je kena. Yang bos2 bagi rasuah banyak lepas je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa ckp berbelit2 ni... 1 apa pun xleh pkai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.077205 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list