CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20497|Reply: 119

“Doakan Saya Pergi Dalam Keadaan Husnul Khatimah “ - Wafa Abdul Kadir

  [Copy link]
Post time 6-2-2019 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by lanesra at 6-2-2019 10:10 AM



KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal era 90an, Wafa Abd Kadir yang sedang bertarung dengan penyakit kanser tahap empat berdoa agar ‘pergi’ dalam keadaan husnul khatimah.


Anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talip sebelum ini pernah dilaporkan mengidap kanser ovari dua tahun lalu.


Kini beliau berdepan kanser peritoneal yang jarang berlaku.


Berkongsi perkembangan terbarunya itu, Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyatakan pelakon yang beliau panggil dengan gelaran Kak Long itu itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak.


“Petang tadi saya menghubungi Kak Long, daripada perbualan telefon dengannya, beliau memberitahu badannya sudah terlalu lemah. Beliau juga meminta agar didoakan yang beliau ‘pergi’ dalam keadaan dalam husnul khatimah.


“Saya mohon warga netizen, yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long,” kata Tuan Asmawi.


Wafa pada awalnya mendapat simptom kanser pada penghujung tahun 2014.


Beliau pernah berjumpa pakar tulang yang mengesahkan tiada punca daripadanya, lalu dia pergi mendapatkan pakar sakit puan.


Dari situlah beliau dikesan ada kanser ovari yang sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk ovari, uterus dan saluran fallopian. – MalaysiaGazette



( HARAPAN_KAK_LONG_WAFA )

Sedutan dialog sebelum saya beredar dari rumah Kak Long Wafa Abdul Kader.

@wafaabdulkadir Sungguh menyentuh hati kecil saya.

"..Kak Long,kalau ada apa-apa emergency,call saya segera ya.." Tuan Asmawi

( Dengan suara yang amat lemah beliau membalas sambil saya dengar dengan perlahan )

"..kalau kak long meninggal dunia,kak long nak dikebumikan sebelah kubur Baba (Alm Tan Sri Abd Kader Talip) dan kubur Mama (Alm Puan Sri Sohair Abdel Moneim Sery) di Kubur Bukit Kiara,katanya Abg Long Tajul sudah ambilkan surat pengesahan kariah,solat itu tidak kiralah di masjid mana pun,tapi kata Abg Long Tajul dia berniat untuk bawa ke kampungnya iaitu Kg Tengku.." ujar Wafa Abdul Kadir

"..Kak Long,tolong jangan cakap macam itu,saya tidak mahu dengar dulu kata-kata itu..kita doakan Allah aturkan yang terbaik untuk Kak Long.." ujar saya.

Pada hari ini 4 Februari 2019 saya menziarahi Kak Long Wafa Abdul Kader di rumahnya. Beliau memberitahu saya bahawa badannya sejuk dan kebas serta berdebar-debar. Alhamdulillah,sewaktu saya membacakan Surah Yaasin khusus untuk beliau,beliau mengikutinya walau pun banyak terlelap disebabkan ubat-ubatan terlalu banyak dimasukkan dalam badan beliau.

Saya amat menghargai doa dan kata-kata semangat yang turut dikongsikan oleh para netizen yang baik hati dan budiman.

Sama-samalah kita terus berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan segala keajaiban kurniaan Allah SWT buat beliau.

Kak Long,kita tahu Kak Long seorang yang tabah dan kuat semangat. Allah SWT bersamamu. Cc @hibatullah_abdulkader
#tuanasmawi #wafaabdulkadir



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya tengok keadaan dia.  Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat beliau.  Semoga ada keajaiban untuk kesembuhannya,  semoga sentiasa didalam rahmat allah.  Aamiin.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 10:27 AM | Show all posts
Beginilah manusia dan dunia .bila masa cantik ,cantik saja ,kelpas habis cantik ,berpenyakit pula , rupa dah xde lawa dah badan pun xsihat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu sebaknya.. Semoga Allah memandang kak long Wafa dgn penuh rahmat dan  kasih sayang..serta meringankan kesakitan yg dihadapinya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga terus tabah ye. Hebat dugaan utk dia. Berama ye umur dia ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
no_el replied at 6-2-2019 10:48 AM
Moga terus tabah ye. Hebat dugaan utk dia. Berama ye umur dia ni

Tu ha ataih skali tulih 53
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2019 10:56 AM | Show all posts
archerfahid replied at 6-2-2019 10:29 AM
Allahu sebaknya.. Semoga Allah memandang kak long Wafa dgn penuh rahmat dan  kasih sayang..serta mer ...

aminnnn ya rabb..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 10:56 AM | Show all posts
Allahu akhbar!

Fatiha tuk Wafa, semoga dikurangkan kesakitan tu sedikit pun takper lah. Enjoy last few moments dalam keadaan yg lega .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diringankan kesakitan Wafa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sampai hati nak habiskan video tu. Semoga Allah mudahkan urusan beliau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 11:28 AM | Show all posts
Aminnnn
Smog segala urusan dipermudahkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Aminn.
Semoga wafa, iols dan kita juga diberi khusnul khotimah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak mufti ke?
Ingat kacukan.. waktu muda cam iras omputih
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kacukan.. mak nya arab..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 12:23 PM | Show all posts
sampai 2 jenis kanser.1 kanser pun orang tak tertanggung
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aaamiiin semoga diberikan husnul khotimah. Kesiannya acik Wafa Masa muda2 dulu dia sgt cun & cakap pun lembut je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 6-2-2019 12:23 PM
sampai 2 jenis kanser.1 kanser pun orang tak tertanggung

Pernah baca aritu sel kanser dh mkn hampir semua organ dlm abdomen dia.. dan doktor pun dh buang kebanyakan organ tu.. dia kata perut dia mcm kosong dh.. moga dipermudahkan dan dikurangkan kesakitan yg dideritai.. aminn
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
i risau sgt kalau terkena penyakit ni
apa lah punca kanser ni sbnr nya ya
Haritu ada tgk majalah 3 pasal sorng ni kena breast cancer..dia sorng doctor.
Cara dia ckp mcm dia tak sangka dia boleh kena cancer sbb dia sgt jaga pemakanan yg dia ambik..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mendapat pengakhiran yang baik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 6-2-2019 12:51 PM
i risau sgt kalau terkena penyakit ni
apa lah punca kanser ni sbnr nya ya
Haritu ada tgk majalah 3 ...

Ai ada pengalaman in-person dgn org yg mengidap kanser (dah arwah).

Prevention yg paling penting selagi masih sihat: be positive, be ceria, elak stress dan marah.

Tak guna jugak kalau jaga pemakanan terlalu extreme, makan supplement ni tu ini.. kalau diri sendiri tak positif & asyik nak marah, blaming & sakitkan hati org.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.167312 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list