Edited by lanesra at 6-2-2019 10:10 AM
KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal era 90an, Wafa Abd Kadir yang sedang bertarung dengan penyakit kanser tahap empat berdoa agar ‘pergi’ dalam keadaan husnul khatimah.
Anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talip sebelum ini pernah dilaporkan mengidap kanser ovari dua tahun lalu.
Kini beliau berdepan kanser peritoneal yang jarang berlaku.
Berkongsi perkembangan terbarunya itu, Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyatakan pelakon yang beliau panggil dengan gelaran Kak Long itu itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak.
“Petang tadi saya menghubungi Kak Long, daripada perbualan telefon dengannya, beliau memberitahu badannya sudah terlalu lemah. Beliau juga meminta agar didoakan yang beliau ‘pergi’ dalam keadaan dalam husnul khatimah.
“Saya mohon warga netizen, yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long,” kata Tuan Asmawi.
Wafa pada awalnya mendapat simptom kanser pada penghujung tahun 2014.
Beliau pernah berjumpa pakar tulang yang mengesahkan tiada punca daripadanya, lalu dia pergi mendapatkan pakar sakit puan.
Dari situlah beliau dikesan ada kanser ovari yang sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk ovari, uterus dan saluran fallopian. – MalaysiaGazette
( HARAPAN_KAK_LONG_WAFA )
Sedutan dialog sebelum saya beredar dari rumah Kak Long Wafa Abdul Kader.
@wafaabdulkadir Sungguh menyentuh hati kecil saya.
"..Kak Long,kalau ada apa-apa emergency,call saya segera ya.." Tuan Asmawi
( Dengan suara yang amat lemah beliau membalas sambil saya dengar dengan perlahan )
"..kalau kak long meninggal dunia,kak long nak dikebumikan sebelah kubur Baba (Alm Tan Sri Abd Kader Talip) dan kubur Mama (Alm Puan Sri Sohair Abdel Moneim Sery) di Kubur Bukit Kiara,katanya Abg Long Tajul sudah ambilkan surat pengesahan kariah,solat itu tidak kiralah di masjid mana pun,tapi kata Abg Long Tajul dia berniat untuk bawa ke kampungnya iaitu Kg Tengku.." ujar Wafa Abdul Kadir
"..Kak Long,tolong jangan cakap macam itu,saya tidak mahu dengar dulu kata-kata itu..kita doakan Allah aturkan yang terbaik untuk Kak Long.." ujar saya.
Pada hari ini 4 Februari 2019 saya menziarahi Kak Long Wafa Abdul Kader di rumahnya. Beliau memberitahu saya bahawa badannya sejuk dan kebas serta berdebar-debar. Alhamdulillah,sewaktu saya membacakan Surah Yaasin khusus untuk beliau,beliau mengikutinya walau pun banyak terlelap disebabkan ubat-ubatan terlalu banyak dimasukkan dalam badan beliau.
Saya amat menghargai doa dan kata-kata semangat yang turut dikongsikan oleh para netizen yang baik hati dan budiman.
Sama-samalah kita terus berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan segala keajaiban kurniaan Allah SWT buat beliau.
Kak Long,kita tahu Kak Long seorang yang tabah dan kuat semangat. Allah SWT bersamamu. Cc @hibatullah_abdulkader
#tuanasmawi #wafaabdulkadir
|