Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1285
View
1
Reply

TOMAN LAKE HAVEN : PERMAINAN TOMAN LOMBONG 每 PART 02

[Copy link]

Author: leblues       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-2-2019 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-2-2019 07:26 AM | Show all posts
Menurut Alip sebagai boatman perkara yang paling memeningkan kepala beliau ialah bila membawa customer yang jarang bermain toman, tetapi mempunyai angan-angan besar ingin mendaratkan toman berskala timbangan 2 digit. Bila naik ke bot, perkara pertama yang Alip perhatikan adalah set mengilat iaitu kesesuaian kombinasi kekili, joran dan tali yang digunakan. Jika customer yang  bertandang hanya membawa set yang sangat ringan mulai rasa kebimbangan akan kumpau disebabkan ia tentu tidak mampu menahan asakan induk atau bujang.

Begitu juga dengan gewang. Ada kalanya pemancing yang menyewa bot hanya membawa beberapa ketul gewang sahaja. Sudahlah begitu, ianya cuma crankbait jenis sama. Sama takat kedalaman hanya berbeza pada warna sahaja. Ketika ini sebagai boatman, Alip akan pusing kepala. Fikirkan apa nak buat jika pada hari tersebut toman pasif pada renangan gewang selaman atau gewang tersebut tidak mampu sampai ke perimeter induk berada.


Toman bujang ini menghentam buzzbaits yang ditarik berhampiran samai kangkung puteri.

Oleh itu cuba perbagaikan gewang dari jenis permukaan, buzzbaits, spinnerbait dan selaman dalam yang  berbeza saiz dan kedalaman selamannya. Ia sangat sukar diterangkan dalam satu artikel kerana mood toman di sini sangat dipengaruhi oleh paras air, jernih atau keruh air serta cuaca panas dan hujan. Semua ini memainkan peranan dalam gewang apa yang akan mampu membuka seleranya dan berbeza dalam setiap kunjungan.

Lantaran itu saya sendiri akan menbawa sekotak penuh gewang dalam Meiho Versus VS-3078. Bawak saja semua jenis gewang. Bila dah ada atas bot baru tahu gewang mana yang sesuai. Secara asasnya permainan gewang di sini bermula dengan balingan secara blindcast buzzbaits ke arah samai semasa awal pagi. Syarat utama kena rajin membaling tanpa henti dan gunakan kekili yang  bersesuaian. Oleh itu kalau boleh bawa 2 set mengilat sekurang-kurangnya.


Induk ini dipujuk dengan pelbagai gewang namun ia tidak memberi sebarang respond. Setelah lama mencuba saya menukar kepada gewang selaman dalam deep diving minnow Barulah induk ini menyergap gewang yang dilalukan ke dalam kawanan anaknya.

Satu set power gear cranking seperti ratio 5.4:1 atau 5.8:1 untuk crankbait dan satu set lagi high gear seperti ratio gear 7.1:1, 8.1:1 ataupun 9.1:1 untuk top water dan buzzbaits. Saya gemar menggunakan kekili Abu Garcia Revo Black 9 untuk aplikasi buzzbaits kerana memudahkan untuk mempersembahkan aksinya. Gewang permukaan yang bising ini biasanya berkesan ketika awal pagi ataupun lewat petang untuk menduga toman-toman bujang yang lebih gemar bersembunyi di bawah samai kangkung puteri dan juga kiambang. Bot akan dibawa secara perlahan-lahan oleh Alip dan pemancing akan melontarkan buzzbaits bertalu-talu ke arah samai terapung ini.


Saya menggunakan set heavy seperti Abu Revo Beast dan juga joran Beast PE3-5. Kekuatan sistem tegangan Revo Beast 30lb ternyata terlalu kuat untuk induk toman ini.

Ada masanya ketika musim anak-anak ikan banyak di lombong akan kelihatan frenzy di permukan. Aktiviti toman bujang memburu makanan mudah ini boleh dipintas menggunakan gewang permukaan seperti pencil dan popper. Oleh itu bersedia dengan gewang permukaan bersaiz sederhana besar yang mudah dibaling ke arah kawanan frenzy ini. Gewang bermukaan bersaiz 8-13cm sudah sesuai kerana ada kalanya ia timbul agak jauh dari bot berada.

TROLLING

Ada masanya hari sangat berangin. Inilah ※musuh§ utama jika mencari group anak toman untuk sight cast. Boatman yang ※bermata helang§ seperti Alip juga ada hari-harinya akan surrender kalau angin terlalu kuat. Lombong ini merupakan kawasan terbuka, lantaran itu angin kuat akan menghasilkan ombak kecil di permukaan air yang menyebabkan timbulan kawanan anak toman gagal di kesan.


Gewang selaman dalam sentiasa menjadi pilihan tetapi kena bersedia dengan pelbagai jenis takat kedalaman.

Mengikut Alip ada juga penyewa bot yang degil dan kurang pengalaman tetapi keras kepala tidak mahu ikut pendapat boatman. Dalam keadaan angin kuat dan berombak ini masih mahu mencari group anak toman. Sudahnya memang jadi ※trip makan angin§. Cuma duduk atas bot round-round sahajalah seharian tanpa berjaya mengesan anak toman dan kumpau.

Macam saya pula kalau hari berangin dah tahu apa nak buat. Bawa gewang dan siapkan set trolling. Pertama kali trolling dapat strike dari satu toman bujang yang disangkakan belida. Ia berjaya mematahkan mata kail pada gewang Rapala TailDancer yang saya gunakan. Selepas itu saya menggunakan gewang bersaiz besar seperti Rapala Super Shad Rap berukuran 14cm dan Rapala Magnum Shad Rap berukuran 12 cm. Gewang-gewang besar yang mampu menyelam dalam ini dilengkapi dengan mata kail bersaiz besar dan tajam.


Jarang-jarang berpeluang  mengguanakan top water di lombong Lake Haven ini.

Ia mampu menyelongkar kawasan di mana toman bersembunyi dan saiznya yang besar juga memudahkan ianya dilihat. Namun tidak semua kawasan lombong ini berair dalam. Di kawasan yang agak cetek untuk mengelakkan gewang besar ini dari tersangkut saya akan menggunakan gewang selaman dalam bersaiz lebih kecil. Gewang deep diving minnow berukuran 9 每 11cm juga berkesan digunakan di perairan lombong ini.


Ada kalanya toman bujang bersaiz sebegini galak mengejar anak-anak ikan. Semasa time frenzy ini penggunaan gewang permukaan boleh digunakan. Kebiasaannya semasa hari biasa top-water kurang menjadi di lombong Lake Haven ini.

Saya akui permainan toman lombong agak berlainan dan ia lebih sukar berbanding saudaranya di tasik atau empangan. Banyak faktor-faktor mempengaruhi moodnya. Oleh itu dalam setiap kunjungan saya dan Alip berkongsi ilmu baru dan sama-sama belajar cara memujuk tomannya. Dalam kunjungan terbaru kami, ia sudah sangat kurang respond pada gewang-gewang biasa yang kami gunakan selama ini. Induk-induk toman Lake Haven ini semakin culas dan berada di dasar jauh dari kawananan anaknya di permukaan.

Kami dapati ia hanya bertindak balas pada spinnerbait yang tenggelam rapat di mana induknya berada. Teknik ini masih kami perhalusi dan saya perlukan beberapa lagi kunjungan sebelum berkongsi rahsia memujuknya menggunakan gewang berbilah 2 belati dan skirt berwarna warni tersebut!

Oleh : Adlizam Yasin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.086682s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list