CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3717|Reply: 19

Apa Dah Jadi? Peniaga Burger Mengamuk Apabila Disita DBKL

[Copy link]
Post time 7-2-2019 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Dari dahulu lagi, isu perniagaan haram sering menjadi perhatian masyarakat. Warganegara asing terutamanya, tetap berniaga walaupun sering kali ditahan pihak berwajib atau disita barangannya. Apakah mereka mempunyai orang dalam sehingga berani untuk berniaga semula?


Turut tidak terlepas, warganegara Malaysia juga akan dirampas barangan perniagaannya oleh pihak berwajib seperti DBKL jika tiada lesen perniagaan atau mengganggu jalan raya. Kecoh beberapa hari lepas di Desa Pandan apabila stall burger pemuda ini dirampas oleh DBKL. Menurut penduduk di situ, rampasan di buat setelah menerima aduan tentang kedainya yang mengganggu jalan raya.






Buat mereka yang duduk di sekitar Desa Pandan, pasti anda tahu kan kedai burger di hadapan kedai mamak Ameer Ehsan dan 7-Eleven. Sudah bertahun dia berniaga daripada stall yang kecik sehinggalah ke yang besar sedikit. Nasib tidak selalu menyebelahi kita, kedai abang ini dirampas dan mungkin itu satu-satunya sumber pendapatan dia.









  
Tetapi ini juga bukanlah salah petugas DBKL tersebut, mereka hanya menjalankan tugas dari pihak atasan. Kedai burger tersebut dikatakan mengganggu laluan jalan raya sehingga ada yang membuat aduan. Notis dan saman telah pun dikeluarkan namun tiada apa-apa tindakan dari pemilik kedai tersebut.

Video tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan DBKL yang hanya mengganggu perniagaan orang Malaysia.








  
Buat peniaga tersebut, bertabahlah dan mungkin dia boleh mencari tapak yang baru. Dengan kualiti dan brand yang sudah dikenali ramai, pasti tiada masalah untuk dia mendapat pelanggan lamanya kembali.


Jadi apa pendapat anda tentang isu ini? Apakah langkah terbaik untuk peniaga kecil-kecilan agar tidak melanggar undang-undang? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai cine bkn main lagi dibiarkan berleluasa. Tkut sgt cina india. Klu mlayu cpt je tgkp.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 01:56 PM | Show all posts
ohhh hanyalah sedutan set drama
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 01:57 PM | Show all posts
Jonijonet55 replied at 7-2-2019 01:50 PM
Kedai cine bkn main lagi dibiarkan berleluasa. Tkut sgt cina india. Klu mlayu cpt je tgkp.

melayu kan berani dgn melayu je

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 02:25 PM | Show all posts
DBKL tu tak salah, dia orang tu buat kerja aja.

Maybe ada orang complaint abang ni kedai dia menganggu lalu lintas kot.

Dalam ekonomi yang tak bagus ni, maybe kerajaan patut jadi lembut sikit. Peniaga kecik macam ni lepaskan lah dengan syarat, jangan ganggu jalan raya.

Dia orang patut kejar kedai makan/restaurant yang orang makan sampai atas jalan. Tu memang peniaga berpendapatan besar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 02:38 PM | Show all posts
lain kali mohon buka pusat hiburan dik...boleh buka sampai pagi..orang eksiden sebab mabuk balik dari pusat hiburan pun takkan dipersalahkan..New Malaysia maa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2019 03:36 PM | Show all posts
i pernah makan burger dia
but yang tak habis-habis nak kecam dbkl tu, baca ke tak notis dah bagi banyak kali..
saman pun dah keluar tapi masih degil..
so salah siapa? punya banyak space kat desa pandan tu, pindah je la tempat lain..
kalau burger sedap, orang cari nya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-2-2019 03:36 PM
i pernah makan burger dia
but yang tak habis-habis nak kecam dbkl tu, baca ke tak notis dah b ...

Mmg sdp ke burgernya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2019 04:12 PM | Show all posts

street burger biasa je.. nothing special..
lagi pun lama dulu dah..
tak tau la bila dah maju dah lain burger dia..


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 04:47 PM | Show all posts
paz replied at 7-2-2019 02:25 PM
DBKL tu tak salah, dia orang tu buat kerja aja.

Maybe ada orang complaint abang ni kedai dia meng ...

itu la. rasanya dalam tahun lepas kut, pernah nampak random tweet lalu, orang snap gambar, macam mana kedai ni boleh survive tapi macam takde kelulusan, etc etc etc. ada la orang report tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 05:56 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 7-2-2019 01:57 PM
melayu kan berani dgn melayu je

macam ni lah orang melayu nk berniaga tp nk free jee...
suruh mohon lesen macam2 alasan, takde masa, malas la


dbkl dh bg notis pun masih buat bodoh je, pastu mengamuk tak tentu pasal

"Sepasukan Anggota Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdepan detik cemas apabila seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan cermin depan lori akibat berang barangan jualannya disita, pada Sabtu. Dalam kejadian jam 6 petang, seorang pegawai bersama lapan anggota penguat kuasa membuat sitaan terhadap gerai burger di Desa Pandan ibu negara, selepas didapati berniaga tanpa lesen."

sumber;http://www.astroawani.com/video-malaysia/abang-burger-mengamuk-kedai-disita-dbkl-kerana-berniaga-tanpa-lesen-361889


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
All the best bro..mmg sedey tgk dia cry cry tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 08:34 PM | Show all posts
Jonijonet55 replied at 7-2-2019 05:50 AM
Kedai cine bkn main lagi dibiarkan berleluasa. Tkut sgt cina india. Klu mlayu cpt je tgkp.

@AbukRokok
Bodoh semua. Penjaja cina pun kena jugak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 09:22 AM | Show all posts
brader ni dah lebeh 10thn meniaga drp aku sekolah lg..nmpk kesian sgt bila jadi cmni..
katanya da apply lesen byk kali tapi tak dpt2..

Yg aku tau brader ni mmg lepas skolah trs meniaga burger.. x buat kje lain dah..
mgkn ni satu2 punca rezki die.. mgkn la..

tapi DBKL pun tak salah..dorg jalankan tugas yg diamanahkan..
Harap2 ade penyelesaian yg baik utk kedua2 pihak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 10:46 AM | Show all posts
tengkujuh01 replied at 7-2-2019 05:56 PM
macam ni lah orang melayu nk berniaga tp nk free jee...
suruh mohon lesen macam2 alasan, takde ma ...

...nak meniaga tapi tak nak ikut prosedur..patutnya dia kena saman jugak sebab pecahkan harta awam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 10:47 AM | Show all posts
tanak-balik replied at 8-2-2019 09:22 AM
brader ni dah lebeh 10thn meniaga drp aku sekolah lg..nmpk kesian sgt bila jadi cmni..
katanya da a ...

mesti ada something yg tak betul tu...takkan dah apply berkali2 lesen tak dpt2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2019 11:38 AM | Show all posts
senang je nk simpati
guna jela sentimen melayu
berbakul2 orang maki dbkl
halala ke rezeki kalau xnk ikut peraturan?
yang ni xnk tny mufti ke
hal baju kenduri sebok tny mufti
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan lah muka niaga haram lagi..syabas kerajaan ph membenteras peniaga barangan tanpa lesen
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:34 PM | Show all posts
Notis dan saman telah pun dikeluarkan namun tiada apa-apa tindakan dari pemilik kedai tersebut.


patut dia bniaga dlu tempat lain nt dh reda dtg la niaga balik.

tp nape eh berani hanya utk org melayu kita je? ak tgk paki bangla nepal duk niaga x de pun deols kacau???
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:13 PM | Show all posts
meniaga dh lama siap ada cawangan apa kata upgrade ke foodtruck plak tp jgn la jual harga yahudi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.148725 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list