CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1864|Reply: 3

Polis Wanita Dicemuh Kerana Muat Naik Swafoto Duckface

[Copy link]
Post time 8-2-2019 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Dengan adanya kemudahan media sosial, ramai golongan tanpa mengira jenis pekerjaan, sering memuat naik swafoto di mana saja mereka pergi.



Kredit foto: Reaction GIFs




Hal ini tidak menjadi masalah sehinggalah ada golongan tertentu yang memuat naik swafoto mereka di tempat kerja.


Ia bukan sahaja menyalahi etika kerja, malah turut mengakibatkan masyarakat memandang serong dan menganggap pekerjaan tertentu sebagai tidak serius dan 'main-main'.


Contohnya, seorang doktor yang memuat naik swafoto bersama anggota badan pesakit yang baru sahaja dipotong. Langsung tidak menghormati pesakit!





Kredit foto: Facebook





Anna Jenkinson, seorang pegawai polis komuniti wanita di England, sering kali memuat naik gambar swafotonya di laman Facebook rasmi Prestbury & Alderly Edge Police.


Apa yang mencetuskan kontroversi adalah fotonya sering membuat 'duckface' sambil memakai seragam polis dan memegang senjata di sisinya.


Majoriti fotonya menggunakan fungsi 'filter' dari perisian Snapchat yang berunsur comel seperti telinga arnab, tanduk unicorn dan banyak lagi.





Kredit foto: Facebook





Orang awam rata-rata berpendapat fotonya mencemarkan imej institusi polis. Dia dicemuh kerana foto-foto itu tidak menunjukkan sikap profesional yang seharusnya dipamerkan seorang anggota polis.





Kredit foto: Facebook





Walau bagaimanapun, jurucakap polis menjelaskan bahawa ia adalah kelonggaran yang diberi kepada pihak pekerja dalam menggunakan media sosial. Ia bertujuan untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk menjadi diri sendiri.


Menurutnya lagi, foto-foto tersebut mengandungi mesej untuk orang awam di dalam gaya tersendiri.





Kredit foto: Facebook





Apa pendapat anda? Patutkah laman Facebook rasmi pihak polis memuat naik foto-foto sedemikian? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tak teruk pun gambarnya. duckface dia takla over macam kilafairy sampai seakan nak tergugur bibir berat. bibir pun ok je sederhana bukan macam bibir flukeworm
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 03:14 PM | Show all posts
Biasa takde isu. Kalau ini isu, ramai la org kena jadi berita sama.

aku klik sebab nak tahu reaksi orang ramai, kalau ada.
Kalau ada, nak tengok siapa yg bagi reaksi tu. Benda bodoh pun nak komplen.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 02:08 PM | Show all posts
buapakperut replied at 8-2-2019 11:49 AM
tak teruk pun gambarnya. duckface dia takla over macam kilafairy sampai seakan nak tergugur bibir be ...

aduh berdekah aku gelak hhahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.068120 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list