JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
1234Next
Return to list New
3391
View
66
Reply

[Tempatan] Dulu Dijulang, Kini Gelandangan

[Copy link]

Author: Remyda    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-2-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Segala kelengkapan harian seperti pakaian akan digantung di dalam kereta dan menjadikan tandas awam sebagai bilik mandinya.
cnews@nstp.com.my

PADA era kegemilangannya selaku pemain bola sepak profesional sekitar 90-an, beliau mampu meraih pendapatan kira-kira RM6,000 sebulan dan menjalani kehidupan serba mewah.

Selepas 20 tahun berlalu, kehidupannya berubah 180 darjah dengan menjalani kehidupan gelandangan.

Itu nasib dilalui Anuar Arifin, 50, apabila bekas pemain Johor FA ini yang pernah menjulang Piala Malaysia dan Liga Perdana bersama skuad itu pada 1991, kini hanya mampu menjadikan keretanya tempat berteduh selepas tidak mampu menyewa rumah.

Segalanya bermula kira-kira lima tahun lalu selepas anak kelahiran Kemaman itu kehilangan ibu bapanya sebelum dihalau daripada rumah sewanya disebabkan tidak mampu melunaskan bayaran bulanan sewa rumah.

Ketika ditemui di Chendor, Kuantan, Anuar menceritakan kesukaran yang dilaluinya apabila tidak mempunyai pendapatan tetap selepas bersara daripada bermain bola sepak pada 1997.

Lepas bersara main bola, saya ada berniaga jual ikan tapi berapa sangat pendapatan yang saya dapat. Ketika masih bermain, kehidupan saya mewah kerana menerima gaji yang besar.

Namun, kesilapan saya tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik ketika itu menyebabkan kini menjadi gelandangan dan hidup tidak terurus, katanya.

Bapa kepada dua anak ini memberitahu, dia mula menjadikan kereta Proton Wiranya sebagai rumah sejak lima tahun lalu selepas tidak lagi mempunyai tempat tinggal.

Katanya, segala kelengkapan harian seperti pakaian akan digantung di dalam kereta dan menjadikan tandas awam sebagai bilik mandinya.

Bila malam, saya akan bawa kereta di kawasan bawah jambatan atau kawasan parkir kereta untuk tidur. Duit harap ihsan kawan-kawan yang nak bagi, katanya.

Anuar yang pernah menjalani latihan bersama skuad kebangsaan pada 1992, mengakui kegagalannya menyempurnakan tanggung jawab sebagai suami dan bapa menyebabkan rumah tangga yang dibina berakhir dengan perceraian pada 2012.

Dua anak lelaki saya berusia 15 dan 17 tahun kini dijaga saudara dan mereka juga tidak bersekolah, katanya.

Anuar yang memulakan kerjaya bola sepak bersama skuad Piala Presiden Terengganu pada 1985 berkata, faktor kecederaan kaki kanannya pada 1995 memaksa beliau bersara awal.

Katanya, kecederaan yang menghantuinya itu menyebabkan dia tidak dapat bermain dengan cergas dan sering disisihkan pasukan sebelum mengambil keputusan untuk bersara pada 1997.

Beliau yang pernah menyarung jersi skuad Pahang, Terengganu, Sarawak dan Melaka selain mengecapi kejayaan manis bersama Johor FA pada 1991 memaklumkan, kini melakukan kerja sambilan dengan pendapatan harian yang tidak sampai RM30.

Saya kerja tolong-tolong kawan di premis snuker, boleh untuk tampung duit makan harian selain kawan turut bantu hulurkan duit jika tahu saya tiada wang, katanya.

Bekas pemain tengah itu mempunyai harapan besar sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat membantu bekas pemain bola sepak yang kini hidup dalam keadaan daif sepertinya dengan mewujudkan pelbagai peluang menerusi pengalaman yang dimiliki mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 12:07 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-2-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
BEKAS pemain bola sepak Anuar Arifin 50, kini gelandangan selepas lima tahun tinggal didalam keretanya ketika ditemui di Chendor. FOTO Farizul Hafiz
Awang

IMG_2843.JPG
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 1990 gaji rm6000 banyak. bini tak payah keluar keje
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhyooooo.. 6k thn 1990.. zaman tu dikira mewah benar..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah kerajaan PH ke dia jadi gini....???
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello pacik tolong guna tulang 4 kerat tu usaha cari rezeki..atok 80 tahun kat kg aku ni pun mampu sara diri. Ko yg 50 tahun dah buat kisah sedih xmampu sara anak bini
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Segalanya bermula kira-kira lima tahun lalu selepas anak kelahiran Kemaman itu kehilangan ibu bapanya sebelum dihalau daripada rumah sewanya disebabkan tidak mampu melunaskan bayaran bulanan sewa rumah.
...................

Sebelum ni mak bapa ka yg bayar sewa rumah???

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suruh tak menyimpan duit
Hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 10:30 PM | Show all posts
apa usaha dia? mohon sumbangan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Footballer2 baru nak up sila amek iktibar.. sediakan payung awal2
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm benang epf riuh ummah menyalak sbb ura2 x diberi enjoy all the money umur 55.

ini satu contoh kenapa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 10:43 PM | Show all posts
ini baru betul mulayu pemalaih spt mane yg atok kata
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian najib... eyh salah thread plak... koh3 :lol

#PMriverbambooinn
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer simpan dlm ASB confirm jutawan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 10-2-2019 12:25 AM

Tp badan sihat lg..npk kuat lg..knp x keje yg elok2 sikit.paling2 jd security guard pon ok kot..warga asing pon boleh hidup mewah kat malaysia ni.ke sebab dh biasa gaji besar dulu2 so skrg ni klu dpt gaji rm1500 x hingin n bolayan je camne??
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Semuanya salah PH dan Mahathir....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila ada duit ...... beli rumah dulu....... beli yg murah atas kemampuan sendiri. Zaman dia (zaman aku le tu) ..... rumah murah baru RM25k ke bawah. Rumah2 kampung tinggal (takde sapa nak duduk) siap tanah lagi la murah...... aku pernah dengar ada yg beli RM10k je.  Sekarang nak dekat jutawan da.
Itulah manusia ..... bila duit banyak mulalah ego. Nak duduk tempat elit....menyewapun tak pe. Menyewa jangka panjang (more than 2-3 years) is the worst decision one ever made.
Wife aku dulu marah aku beli tanah .... buat apa tanah banyak2. Aku bagi dia kebun getah dan buatkan rumah atas nama dia....bila dah tua ni baru tahu nilai pelaburan yg dia dapat waktu ini. Passive income dan nilai  hartanah yg semakin tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 02:39 AM | Show all posts
kesiannya moga ada pihak yg prihatin selepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni salah Dapig lah kan, satu per satu mulayu dirempatkan di boomi sindiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kuat enjoy pakcik ni dl2
Skrg apa pun xleh
Ank pun xskolah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.147144s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list