Selalu dgr netizen mention ni. Dh lama ai cari souce. Jumpa yg ni ja.
[Hadis Wanita Digantung Rambut Sehingga Mendidih Otak Di Neraka]‘Di dalam hadis itu diceritakan bahawa Fatimah dan Ali melihat Rasulullah menangis kerana terkenangkan peristiwa isra mikraj kerana di dalam neraka terdapat golongan wanita yang diseksa antaranya rambut mendidih sehingga terkeluar otak kerana tidak tutup aurat, Perempuan yang digantung payudaranya di neraka kerana ‘mengotori’ tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas’
Status: Palsu
Ulasan Pengkaji HadisRiwayat ini al-Zahabi sebut di dalam kitab al-Kabair tanpa sanad. Begitu juga Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitab al-Kabair. Pengarang Kitab ‘Uyun Akhbar al-Ridha (kitab syiah) menyatakan sanad bagi hadis ini tetapi sanadnya dipenuhi dengan perawi yang majhul (tidak dikenali) seperti Ali bin Abdullah al-Warraq dan Abdul ‘Azim al-Hasani. Dalam sanadnya juga terdapat perawi bernama Abu Said Sahal bin Ziyad al-Azmi yang merupakan perawi terlalu lemah. Lajnah Fatwa Saudi menyatakan hadis ini palsu.
Sumber: Kajian Dr. Rozaimi
https://semakhadis.com/wanita-yang-diseksa/
So hadis lemah. Dlm Quran tada nyatakan hukuman bg pendedah aurat. But Quran tu buku Law. Langgar law , mestilah ada balasannya.
|