CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8004|Reply: 64

[Jenayah] Akhirnya.... MENTERI BESAR PERAK mengaku gagal bawa pulang ijazah luar negara

  [Copy link]
Post time 10-2-2019 08:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by harizs at 10-2-2019 09:37 PM

Selepas 9 bulan menjadi Menteri Besar Perak, akhirnya Ahmad Faizal mengaku gagal bawa pulang ijazah luar negara




TAIPING 10 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui beliau tidak pernah berbohong mengenai sejarah dirinya yang pernah melanjutkan pengajian di luar negara tetapi tidak berjaya membawa pulang ijazah ke tanah air.

Ahmad Faizal berkata, beliau juga tidak cuba untuk mengalihkan pandangan kerana percaya soal integriti serta sikap berterus-terang dan tidak berbohong kepada rakyat, amat penting bagi kerajaan Pakatan Harapan membina Malaysia Baharu.

"Saya agak yakin dengan diri sendiri. Saya buat kerja dengan penuh ikhlas tetapi kalau itu satu perkara yang utama, saya serahkan balik kepada parti.

"Namun, pada masa sama, orang ramai menyebut tentang perkara itu (pemalsuan ijazah), apakan daya bagi diri saya untuk menghentikan perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Dew di sini hari ini.

Ahmad Faizal diminta mengulas sama ada isu pemalsuan kelayakan akademik dilihat boleh menjejaskan potensi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih akan datang.

Ahmad Faizal merupakan antara pemimpin Bersatu yang dikaitkan dengan kontroversi pemalsuan sijil selain Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Kelayakan akademik Ahmad Faizal sebelum ini dipertikai apabila beliau dikatakan sebagai graduan pengajian perniagaan dari Edith Cowan University di Perth, Australia, namun beliau telah mendedahkan perkara sebenar buat pertama kali ketika ditemu ramah oleh Bernama Radio pada Julai 2018.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, adalah amat merugikan sekiranya pengundi di Semenyih memilih calon lain selain Pakatan Harapan, namun beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat.

"Saya dapati PRK Semenyih ini juga adalah agak sengit, jadi kami akan berusaha bersungguh-sungguh menawan hati rakyat bagi memenangi kerusi tersebut," katanya. - UTUSAN ONLINE


link berita   http://m.utusan.com.my/berita/po ... C8VrA7qC6SJAkICi2tQ

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2019 08:46 PM | Show all posts
sama kes dgn zuraidah Menteri Perumahan...  siapa yg letakkan kelulusan fake dalam biodata masa pru14 yg lepas?   nak kambing hitamkan media jugak kot?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 08:47 PM | Show all posts
kah kah kah... sorang2 pakat mengaku fake biodata. punya takut menteri2 PH skrg ni dgn Angkatan Bawang Netizen Msia.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 10-2-2019 08:46 PM
sama kes dgn zuraidah Menteri Perumahan...  siapa yg letakkan kelulusan fake dalam biodata masa pru1 ...

kahkah... stok2 bljr tak hbis tp letak dlm biodata bg up skit
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 08:49 PM | Show all posts
harizs replied at 10-2-2019 08:46 PM
sama kes dgn zuraidah Menteri Perumahan...  siapa yg letakkan kelulusan fake dalam biodata masa pru1 ...

ini statement sebelum kantoi...


Kelulusan akademik, Ahmad Faizal serah rakyat buat penilaian

IPOH 11 Jun - Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai kelulusan akademik yang dimilikinya ekoran tular di laman sosial pihak yang mempertikai perkara itu.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, terpulang kepada rakyat untuk menilai kesahihan Ijazah Kajian Perniagaan dari Universiti Edith Cowan, Perth Australia yang dimilikinya.

“Terpulang kepada mereka untuk menilai. Ada juga viral (tular) video yang mengatakan saya pandai menari dan terserah kepada mereka untuk menilai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama 17 Duta dan Ketua Misi Diplomatik Kesatuan Eropah di Malaysia di Banjaran Hotsprings di sini hari ini.

Ahmad Faizal mengulas dakwaan yang tular di laman sosial yang mempersoalkan sama ada beliau benar-benar memiliki Ijazah Kajian Perniagaan dari University Edith Cowan, Australia.

Laporan yang tular itu juga menyatakan bahawa carian tidak menemukan nama Ahmad Faizal dalam senarai pelajar dan bekas pelajar universiti tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 89592#ixzz5f8FRUQTU
© Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 08:51 PM | Show all posts
apa ke sial sgt la menteri2 PHundek skang ni
skang measing baru nak mengaku
selama ni kemainnnn lagi ye
rupanya sesekor mmg x guna
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-2-2019 08:54 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 10-2-2019 08:49 PM
kahkah... stok2 bljr tak hbis tp letak dlm biodata bg up skit

apa nak diharap menteri2 PH.  manifesto fake, biodata pun fake.    lepas tu kambing hitamkan media walhal siapa yg bekalkan biodata fake tu kpd wartawan utk up diri masing2 sbg terpelajar.  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2019 08:55 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-2-2019 08:51 PM
apa ke sial sgt la menteri2 PHundek skang ni
skang measing baru nak mengaku
selama ni kemainnnn la ...

fake biodata, fake degree, fake manifesto ..   


sesuailah dgn nama pakatan hancing

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2019 08:55 PM | Show all posts
muka MB Perak macam muka penghisap rokok dalam jamban yang tegar. entah2 dah jadi MB pun masih hisap rokok dalam toilet.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 10-2-2019 08:54 PM
apa nak diharap menteri2 PH.  manifesto fake, biodata pun fake.    lepas tu kambing hitamkan media ...

cuma yg best mahacai senyap jah...
klau umno bergegar tetek menaip komen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2019 09:02 PM | Show all posts
mesti atok malu besar...   eh.. atok mana tau malu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 09:08 PM | Show all posts
tunggu brader arnauldschwazernigger kito datang mongadap...wakakakkakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 09:16 PM | Show all posts
buat malu org perak komer
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aperla kome pegi mengaku, senyap2 udahler...kan dah ader datuk seri tu tak mengaku pun org percaya, ater takkan ler datuk seri tak ader degree...komer ni kena saiko sikit daaaah ngaku...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh nak troll sampai Semenyih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2019 09:38 PM | Show all posts
sengaja letak biodata fake utk bagi persepsi kpd rakyat yg rakyat memilih menteri besar kalangan bijak pandai ... rupanya haukkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2019 09:39 PM | Show all posts
arnauld replied at 10-2-2019 09:36 PM
Aperla kome pegi mengaku, senyap2 udahler...kan dah ader datuk seri tu tak mengaku pun org percaya,  ...

haha.. kena saiko sikit dgn angkatan bawang terus ketor. baik ngaku sebelum kantoi.  angkatan bawang boleh siasat sampai keluar semua google map  

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat betul kena cash. Lepas satu, satu..
Dulu bukan main mahacai kutuk menteri besar kedah Ahmad Bashah. Sekurang2nya dia tak tipu taraf pendidikan dia. Dia jujur.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 10-2-2019 09:02 PM
mesti atok malu besar...   eh.. atok mana tau malu


atok  ??   hahaha  ..  org dah nyanyuk mana ada gheti malu  .





hahaha  ..           
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
MELAYU PEMALAS.

TAK MALU DENGAN DAP KE WOIIIII
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.084822 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list