CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5469|Reply: 31

Penjual Penapis air pula Overclaim..

[Copy link]
Post time 11-2-2019 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Kaji selidik Kualiti Air Pengguna Peringkat Kebangsaan Januari 1999 menunjukkan bahawa 38% orang dewasa dilaporkan menggunakan alat penapis air di rumah, iaitu peningkatan sebanyak sepuluh peratus sejak tahun 1995. 47% responden menyatakan bahawa mereka akan lebih berminat untuk membeli rumah yang telah dilengkapi oleh alat penapis air jika mereka berkeinginan untuk memiliki rumah baharu.

Ramai ejen dan usahawan penapis air gigih mempromosi penapis air daripada syarikat mereka untuk diguna pakai seisi rumah dan kawasan pejabat. Sehingga ada yang sanggup menyebarkan informasi yang tidak sahih semata-mata untuk mengaut keuntungan, ramai pengguna salah anggap menjadi mangsa produk mereka.

Baru-baru ini, pakar buah pinggang, Dr. Rafidah Abdullah mempersoalkan kenyataan salah seorang ejen penapis air yang mendakwa produk penapis air terkenal dapat mencegah penyakit buah pinggang.



Pada awalnya, ejen penapis air itu membalas ciapan daripada seorang netizen yang menyatakan hanya menggunakan air paip dimasak kerana tidak mampu membeli penapis air.



Balasan ciapannya itu mendapat perhatian Dr. Rafidah dan beliau meminta memberikan bukti kajian tentang penapis air mampu mencegah penyakit buah pinggang.



Perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Dr. Rafidah juga bersetuju dengan bebenang ciapan netizen mengenai sistem bekalan air di Malaysia yang mana ia sentiasa dirawat dan bersih serta selamat diminum.

                              Dr. Rafidah Abdullah                    @rafidah72   

                          
   
                     
Sangat setuju dengan thread ini.

Saya mohon penjual water filter tolong jangan:

1. Sesuka hati overclaim.

2. Membuat kenyataan seperti “apa lah sangat duit tu.....”. Mungkin mereka betul2 tidak mampu.
                                      Fikri Shaini                    @fikshai   
  
            
   
[/url]

              5:29 PM - Feb 7, 2019      

Jual produk tidak salah, tetapi cara mempromosinya itu mestilah menggunakan informasi yang betul agar tidak disalah erti. Jangan overclaim sperti menakutkan orang dengan masalah kesihatan.
Mengapa tidak gunakan sahaja cara promosi seperti ‘dapatkan air sejuk atau panas pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menjerang air’?. Kan lebih mudah menggunakan penapis air untuk kegunaan dua jenis air ini. Bukannya masalah kesihatan yang perlu diutarakan. Jadilah peniaga yang bijak.
Sumber: MyHealth


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe maksud si pnjual tu paip yang kat rumah ni
Biasalah..karat khen...
Tmpt iols pon cenggini jugok..berkarat tangkinya..
Tp iols pakai filter yang bagak kat luar rumah tu je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 10:07 AM | Show all posts
ada whatsapps antara penjual-prospek rasanya yang penjual kata pasal buah pinggang tu..tu yang timbulkan kemarahan Dr Rafidah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:22 AM | Show all posts
kalau tengok keladak air paip mmg tak lalu nk minum.klu tkde air water filter aku minum air mineral botol
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:32 AM | Show all posts
Mungkin doktor tu tak pernah buka paip air lepas tu keluar air kaler perang. Dekat loji rawatan air memang la air tu bersih sebab dah di rawat. Depa pernah pi test tak dekat end point? Maksudnya dekat air yg keluar dari paip tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada penyakit buah pinggang x leh minum air penapis... Sebab ada netizen tanya kat ig sheikh muzaffar.. Org cuckoo tlg jawabkan cam x leh minum.. Ehhh pening aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2019 10:35 AM | Show all posts
mmg dh mindset agen kalo jual barang nk cepat laku kene overclaim ke...dulu korset overclaim, pastu segala supplement pon overclaim, skrg ni water filter plak...kesian kt mangsa je
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:39 AM | Show all posts
umbut replied at 11-2-2019 10:34 AM
Kalau ada penyakit buah pinggang x leh minum air penapis... Sebab ada netizen tanya kat ig sheikh mu ...

eh knpe ek. iols x tahu plk mcm tu. apa kandungan air yg ditapis tu you?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 11-2-2019 10:39 AM
eh knpe ek. iols x tahu plk mcm tu. apa kandungan air yg ditapis tu you?

Entahler.. agent cuckoo jawap pesakit buah pinggang kena consult doctor dulu... bkn ke air bersih.. pening..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 12:26 PM | Show all posts
agen penapis air dah macam ajen insurans pulak, guna ayat2 menakutkan pengguna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 12:27 PM | Show all posts
FMKiller replied at 11-2-2019 10:32 AM
Mungkin doktor tu tak pernah buka paip air lepas tu keluar air kaler perang. Dekat loji rawatan air  ...

dr ni tinggal kat uk rasanya..kat sana kat air terus minum dari tap..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 12:28 PM | Show all posts
helicornia replied at 11-2-2019 10:22 AM
kalau tengok keladak air paip mmg tak lalu nk minum.klu tkde air water filter aku minum air mineral  ...

aku ni kalau minum air tak berfilter, mesti sakit tekak, batuk2 pastu..

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:30 PM | Show all posts
Orang tengah promote barang yang dijual mana suka jer dia sebut nak bagi orang terpengaruh kita sebagai pengguna harap tak terpenaruh cara pujuk beli sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 11-2-2019 04:27 AM
dr ni tinggal kat uk rasanya..kat sana kat air terus minum dari tap..

Uk apanya, dia specialist kat kuantan tu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 12:40 PM | Show all posts
nazzse replied at 11-2-2019 12:35 PM
Uk apanya, dia specialist kat kuantan tu je

eh dah balik ke?
Thn lepas dia selalu up gambar dia berlari2 jogging kat london.



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:47 PM | Show all posts
shernazz replied at 11-2-2019 09:56 AM
Maybe maksud si pnjual tu paip yang kat rumah ni
Biasalah..karat khen...
Tmpt iols pon cenggini ju ...

bagak yg macam tong gas lonjong tu ka??cer tanya apa ada dlm filter tuh kt penjual
pasir saja dlm tuh sis


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pasang water filter sebab senang nak bancuh susu anak..kalo hidup solo tak kisah sangat pun benda alah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:13 PM | Show all posts
Maybe dia nak kata memelihara buang pinggang kot.. husnuzon...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 11-2-2019 12:47 PM
bagak yg macam tong gas lonjong tu ka??cer tanya apa ada dlm filter tuh kt penjual
pasir saj ...

Entah
Ni iols tgk dlm ada cm fiber buluh tu
Laki iols la nk beli
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:33 PM | Show all posts
aku xmampu le nak cucko ke coway ke..aku mampu pasang filter tabung je yg gedabak tu..sbb umah aku  air karat gile dohh n berbau..pasang natang tu xde dah berbau n bersih molek jah..pelaburan rm450 ok le tu dah pakai 2 thn..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.072366 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list