Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6745
View
145
Reply

[Tempatan] Minta Dana RM 4 Juta untuk larian solo, memang mengundang kecaman

[Copy link]

Author: kucingitam       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-2-2019 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Pelari solo negara, Mej (K), Dr Suwaibah Muhammad Nasir memerlukan dana sekitar USD1 juta (RM4 juta) bagi melengkapkan Jelajah Kemanusiaan Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia yang diperlukan sebagai bantuan menampung kos sepanjang perjalanan.



Dana tersebut digunakan bagi menampung kos penginapan, tiket kapal terbang, permohonan visa dan perkara-perkara berkaitan bagi melengkapkan misi. Sudah mendapat penajaan tiket kapal terbang dan penginapan ke 14 buah negara oleh GISB Holding Sdn Bhd serta beberapa pihak lain.
Sumber: Harian Metro

Sudah menawan tiga buah menara iaiatu Menara Avala (250 meter) di Belgradi, Serbia pada 2016, Baiyoke Sky Tower (309 meter) di Bangkok, Thailand dan Gama Tower, Jakarta, Indonesia pada 2018, Dr Suwaibah menyasarkan larian solonya di Asia Tenggara terlebih dahulu sambil membuat permohonan di negara-negara yang ditetapkan.



Tindakan beliau memohon dana larian solo ini telah menarik netizen untuk memberikan maklum balas negatif termasuklah dari peserta ekspedisi berbasikal yang sudah merentas 22 buah negara, Amir Arsad di laman sosial Facebooknya.

Sudah mengembara selama setahun lebih dan sedang dalam ekspedisi di Kyrgyzstan dari United Kingdom serta perlu melalui lima buah negara lagi untuk sampai ke Malaysia, Amir bersama rakan-rakannya telah membelanjakan kurang dari USD1,500 seorang.



Tidak menerima mana-mana tajaan, Amir secara terbuka mengutarakan pendapatnya kepada Dr Suwaibah yang dirasakan tidak rasional kerana meminta dana sehingga RM4 juta untuk melaksanakan ekspedisi beliau.
Ukur baju di badan sendiri.

Merasakan nilai USD1 juta sebagai satu amaun yang tidak masuk akal, Amir merasakan dengan mengambil penginapan hotel murah, penjimatan makanan serta penerbangan kelas ekonomi, Dr Suwaibah hanya memerlukan sekitar USD100 ribu sahaja untuk menjayakan misi beliau.

Menjawab kepada kritikan netizen, Dr Suwaibah menjelaskan jelajah beliau itu bukan hanya larian semata, tetapi akan melawat kem pelarian dan kebajikan negara yang akan beliau lawati.

Bukan hanya itu, atlet larian menara di kedudukan Dunia No. 5 dan No. 1 Asia, Soh Wai Ching turut mengkritik tindakan permohonan dana Dr Suwaibah yang mendapat sokongan daripada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Merasakan misi jelajah Dr Suwaibah lebih kepada kepentingan peribadi, kejayaan Soh dalam sukan larian menara tidak mendapat perhatian Putrajaya sedangkan Soh membawa nama negara dalam bidang sukan antarabangsa.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:22 PM | Show all posts
Edited by brego at 11-2-2019 01:24 PM

larian jelajah menara?
sambil melawat kem pelarian dan kebajikan negara?

dia nih boleh ker berlari?
muka tembun, perut berlipat.
sampai menara naik lif jer nanti, sampai atas makan2.

this bitch nak jalan2 makan angin free sajo.
nobody care about her stupid record.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:26 PM | Show all posts
ohw baru perasan dia ni doctor mejar askar.
no wonder mat sabun sokong.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:33 PM | Show all posts
title doctor dari universiti yg diragui..PW dah bongkar..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:35 PM | Show all posts
hmmm.... ckup la pergi mana yg dah dpt tajaan tu Dr...
nape la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:38 PM | Show all posts
mintak jer kat tabung harapan  
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
amal12bh replied at 11-2-2019 01:33 PM
title doctor dari universiti yg diragui..PW dah bongkar..

Patut la pprt sgt mentaliti dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:52 PM | Show all posts
dia kata jadi kos tinggi sbb nk lawat kem pelarian dan kebajikan sekali..melawat sambil hulur bantuan ke. kalu nk hulur bantuan kena breakdown siap2 lah byk mana kos larian tu, byk mana nk spend utk bantuan.

mintak lump sum 1juta usd gini selayaknya lah kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:54 PM | Show all posts
sesedap rasa je nak mintak 1 jota
kalu ikut hati mat sabun dia beri aje tu,tapi dh viral payah la
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:57 PM | Show all posts
pala bana hang doktot...
memang mengundang makian berjemaah rakyat la...
tatkala ramai mengeluh perbelanjaan harian meningkat, hang syok2 jalan rabat menara.. tadak duit, minta derma org ramai...

dah macam pelancong sengkek omputeh menagih derma utk kepentingan peribadi..
tadak duit, dok diam2.. nak sangat rabat menara, buat 2,3 kerja..kumpul duit..
Memang spesis Melayu pemalas kot doktot ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:58 PM | Show all posts

minta derma itu jika terpaksa aja,  lari itu bukan terpaksa, jangan lari jika tak ada duit, lagipun berlari itu bukan achievement, kalau bina menara tinggi baru boleh dikatakan achivement
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:01 PM | Show all posts
taste mat sabul ni...wakakakakakakkaakkkakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:02 PM | Show all posts
die nk 4juta tu utk repair muka die ke apa...mmg ramai budak outdoor marah pasal isu ni dulu sharifah mazlina menipu gak mtk dana berjuta utk travel ke kutub Utara dan Selatan... ni tambah lg sorg plak, mentor ngan protege ke apa diorg ni...

korg blh baca pasal kes sharifah mazlina ni link kt bwh

http://pejuang-berjurus.blogspot ... arifah-mazlina.html
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:31 PM | Show all posts
brego replied at 11-2-2019 01:22 PM
larian jelajah menara?
sambil melawat kem pelarian dan kebajikan negara?

bleh je noks asalkan ada stamina yg tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
4j tu nak bg donate bantu pelarian ke apa buleh gak hadam, ni cost utk dia je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:37 PM | Show all posts
haritu terbaca orang cakap, kalau dia gi tower kat negara2 yang best tu satu family dia hangkut sekali

itu yang jadi mahal tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak derma baik la kepada orang sakit yg memerlukan cost utk operation daripada derma utk Dr nak berlari ni. You nak lari its your choice and your money la. Duit korang burnt utk cost hotel dia etc....kosser.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:58 PM | Show all posts
Membazir duit tax iols je kalo bagi acik nie.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa ada duit terlebih & pemurah tu boleh la derma
Aku, sorry la, xterpanggil & xterbuka hati pun utk benda2 xberpekdah camni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai lagi rakyat malaysia yg nak makan nasi lauk pun takde, kanak2 miskin gi sekolah ikat perut sebab takde duit. Rakyat susah mcm ni yg perlu dibantu.

Makcik oi, join event kat malaysia udah ler kalau tak mampu nak keluarkan duit sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091915s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list