CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4266|Reply: 3

Hari Keluarga Anda Selalu Bosan? Nah, 8 Idea Game Yang Seronok Gila

[Copy link]
Post time 11-2-2019 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Majoriti dari kita mesti pernah bercuti bersama keluarga besar untuk meraikan hari keluarga? Perancangan hari keluarga selalunya akan dibuat setahun awal dan kutipan duit akan dibuat setiap bulan.

Pada hari tersebut, ahli keluarga akan keluar berjalan-jalan, berehat di hotel dan ada juga yang bermain permainan. Rasanya main permainan di antara ahli keluarga paling best kan? Waktu bila lagi anda boleh bergelak ketawa dan kalahkan sepupu kan?





Permainan pada hari keluarga yang terkenal seperti cari gula-gula dalam tepung dan bawa bola ping pong atas sudu kadangkala terasa seperti bosan dan hanya sesuai untuk kanak-kanak. Jadi di sini kami senaraikan 8 permainan untuk hari keluarga yang best, enjoyable dan yang paling penting, sesuai untuk pakcik makcik  yang dah tua!



1. Pistol Air
Untuk permainan ini, anda hanya perlukan bola dan pistol air (pastikan pressure air kuat). Rasanya daripada gambar pun korang dah faham kan? Bola siapa sampai dulu dia menang!







2. Teka Perkataan
  



Game ni siapa je yang tak tahu kan sekarang? Kadang-kadang tengah lepak mamak pun boleh main. Untuk game ni, korang kena lakonkan atau bagi hint tentang perkataan di dahi pemain. Antara apps yang ada game ini adalah Heads Up! dan CharadesApp.





3. Lari Dalam Plastik Sampah
Masihkah korang ingat permainan lari dalam guni masa sukaneka dulu? Permainan ini menggunakan konsep yang sama tetapi plastik sampah sebagai sarungnya. Sambil lari tu, jangan lupa tolak orang sebelah!







4. Tarik Tali Individu
Permainan ini berbeza dengan permainan tarik tali normal yang memerlukan ramai orang dan tenaga yang banyak. Apa yang anda perlukan adalah tali yang panjang dan bangku kecil. Cara permainannya pula adalah, tarik tali itu sehingga pihak lawan jatuh dari bangku. Tapi tidak semudah itu, tricknya adalah korang boleh lepaskan genggaman tali itu dan buatkan pihak lawan jatuh semasa menarik tali. Hati- hati!








5. Pijak Belon
Untuk permainan ini, ikat belon di pergelangan kaki anda.  Anda hanya perlu letupkan belon pihak lawan dengan memijak dan lindungi belon korang sendiri. Jangan terpijak kaki pula ya!






6. Seimbangkan Baldi
Kerjasama amatlah diperlukan untuk game ni. Caranya adalah dengan mengikat tali di sekeliling baldi dan semua orang memainkan peranan untuk menjatuhkan bola ke dalam tempat yang disediakan.






7. Lumba Lari Berpasangan
Untuk yang ini pula, ikat kaki kanan dan kiri dua orang dan mereka perlu berlari sehingga ke garisan penamat. Siap sedia jika ada yang jatuh!








8. Jatuhkan Botol
Permainan ini agak mudah dan menarik. Anda hanya perlukan bola tenis dan sarung kaki wanita (atau apa-apa yang sama). Ikat sarung kaki itu di kepala dan jatuhkan botol air sebanyak mungkin. Jangan terhantuk kepala pula ya.





Tunggu apa lagi? Share di group WhatsApp family sekarang! -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts

Info yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 12:29 PM | Show all posts
Sungguh menarik! Selain itu, anda boleh menyambut hari keluarga dengan mengambil  <a href="https://localservice.my/maid-service/">pembantu rumah</a>  untuk memberi ahli ahli keluarga semua rehat!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 12:30 PM | Show all posts

RE: Hari Keluarga Anda Selalu Bosan? Nah, 8 Idea Game Yang Seronok Gila

KimmyChan replied at 6-3-2019 12:29 PM
Sungguh menarik! Selain itu, anda boleh menyambut hari keluarga dengan mengambil  pembantu rumah  un ...

Pembantu rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057462 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list