JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
12Next
Return to list New
878
View
36
Reply

[Tempatan] Tetiba banyak pulak 'lawatan kerja' PH area Semenyih

[Copy link]

Author: R2D2    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-2-2019 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Henti lawatan kerja
12 Februari 2019 3:00 AM


KUALA LUMPUR 11 Feb. - Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) melahirkan komitmen tinggi untuk tidak mengheret jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya se­perti mana yang didakwa mereka berleluasa ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Namun, menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Sabtu ini, beberapa menteri PH dari kalangan pemimpin Bersatu, berlumba-lumba menganjurkan pelbagai program melibatkan kementerian masing-masing di kawasan berkenaan.

Antaranya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempunyai lima program di DUN tersebut semalam dan hari ini pula, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik


dilaporkan mengadakan lawatan kerja ke Semenyih dan sempat mengumumkan kelulusan pembinaan sebuah sekolah yang tertangguh.

Sehubungan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegur sikap para pemimpin PH terutamanya menteri dan timbalan menteri agar meletakkan standard etika yang tinggi berdasarkan kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil.

Pengerusinya, Thomas Fann berkata, taktik berkempen menggunakan jentera kerajaan tidak lagi boleh mengumpan pengundi malah perkara tersebut telah dibuktikan sewaktu PRK Parlimen Cameron Highlands dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Jelas Thomas, lawatan Syed Saddiq ke Semenyih hanya se­minggu sebelum tarikh penamaan calon termasuk pemberian minyak hitam motosikal percuma telah menimbulkan syak wasangka bahawa beliau menggunakan kapasiti sebagai menteri untuk berkempen.

Program-program seperti itu walaupun telah dirancang lama sebelum PRK DUN Semenyih disahkan kosong sepatutnya perlu ditangguhkan selepas hari pengundian atau pun disempurnakan sahaja oleh pegawai kanan kementerian sekiranya benar-benar penting, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain Syed Saddiq dan Maszlee, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun juga dijadual turun ke Semenyih esok bagi menghadiri program anjuran kementeriannya termasuk menyerahkan bantuan kepada rakyat.

Sementara itu, tambah Thomas, Bersih 2.0 bimbang lawatan kerja menteri yang dilakukan kerajaan PH ketika ini akan mengekalkan budaya fungsi parti dan kerajaan yang tidak dipisahkan seperti yang telah dilakukan kerajaan terdahulu.

Rakyat mahu melihat perubahan tentang bagaimana kempen pilihan raya dijalankan dan dalam semangat yang adil, bukannya dengan penyalahgunaan jawatan, katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau PH menang, mesti org semenyih pon jenis sjil beli dah kantoi beramai2, klau xkalah jgk xtau nk ckp ape
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-2-2019 03:12 PM | Show all posts
Tak ada kaitan PRK? Ya lah tu YB..
12 Februari 2019 2:18 PM


ADA satu pepatah Inggeris yang sering digunakan orang politik, old wine in new bottle. Maksudnya tidak ada apa-apa yang baru, salin kulit sahaja.

Begitu juga dengan sebahagian daripada pengisian Malaysia Baharu jika merujuk kepada tingkah laku pemimpin untuk memenangi pilihan raya. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk menang.

Sebelum ini jentera kerajaan jelas digunakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dan terbaharu bibit-bibit dejavu sudah kelihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Sedangkan apabila Naib Pengerusi Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengingatkan perlu menang dengan apa cara pada tahun lalu, beliau dikecam kononnya membawa amalan buruk Barisan Nasional (BN) dan tidak selari dengan dasar Pakatan Harapan (PH).

Namun apa nak dikata apabila Semenyih menyaksikan tiga hari berturut-turut menerima lawatan kerja Menteri. Kelmarin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semalam Dr. Maszlee Malik dan hari ini Datuk Seri Rina Mohd. Harun serta Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijadualkan ke kawasan tersebut.

Dr. Maszlee dan Syed Saddiq menafikan program berkaitan jawatan mereka dalam kerajaan itu ada kena mengena dengan PRK  DUN Semenyih yang bakal bermula secara rasmi Sabtu ini.

Ya lah tu YB... kata seorang warganet dalam ruangan komen di sebuah portal. Carilah DUN mana yang terima kunjungan menteri secara berturut-turut kecuali Parlimen Putrajaya, seloroh satu lagi komen.

Bak kata pepatah Inggeris, tindakan menggambarkan lebih daripada kata-kata. Sebab itu, keadilan bukan hanya harus dilaksanakan tetapi mesti dilihat dilaksanakan.

Pertubuhan pemantau pilihan raya sendiri resah melihat perkembangan ini sedangkan Malaysia Baharu sudah dicanang satu dunia. Namun dalam pertempuran, itulah hakikatnya. Menang adalah segalanya.

Setakat nak bergambar isi minyak itu senang, tetapi nak praktikkan apa yang dikatakan itu susah. Ingat pepatah Melayu, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Justeru, jangan pula sampai mengata BN, tapi PH yang lebih.


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 03:33 PM | Show all posts
kalau semenyih PH menang..
anggap je la, orang semenyih dok dalam hutan lagi..dalam gua..
mesti org semenyih igt BN Jibi masih PM malaysia lagi..


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-2-2019 03:58 PM | Show all posts
Lawatan tiada kaitan PRK: Muhyiddin
| 12 Feb 2019


SEMENYIH - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan lawatan kerja yang dilakukannya di kawasan Semenyih tidak mempunyai kaitan dengan PRK yang akan diadakan DUN tersebut pada 2 Mac depan.

Menurutnya, lawatan kerja ini adalah sebahagian daripada tugasan seorang menteri.

"Saya tak rasa ini melanggar etika. Kalau menteri tidak buat kerja, tuan puan pula kata saya sakit, saya tak buat itu dan ini... tapi saya dah jalankan tugas, saya turun ke bawah (lapangan) melawat dan berbincang.


"Tiada kena mengena dengan pilihan raya. Saya datang ke sini untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan. Salah ke? Saya sebagai menteri menjelaskan hal ini agar orang ramai tidak terpedaya dan tertipu dengan tohmahan di media sosial terhadap kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Kerja di Batalion 4, Pasukan Gerakan Am, di sini, hari ini.

Jelasnya, ini adalah tanggungjawab sebagai menteri dan pimpinan kerajaan PH untuk memberi penjelasan.

Tambahnya, banyak isu yang dilihat seolah kerajaan hari ini 'useless' dan amat mustahak untuk memastikan orang ramai jelas dengan dasar kerajaan baharu.

Semalam, Bersih 2.0 menegur sikap para pemimpin PH terutamanya menteri dan timbalan menteri agar meletakkan standard etika yang tinggi berdasarkan kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil.

Pengerusinya, Thomas Fann berkata, lawatan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq ke Semenyih hanya seminggu sebelum tarikh penamaan calon termasuk pemberian minyak hitam motosikal percuma telah menimbulkan syak wasangka bahawa beliau menggunakan kapasiti sebagai menteri untuk berkempen.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya wak ni..dah berpulh thun jd menteri pon bg jawapan bodo...ni grad dari uni  mana ni??
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:23 PM | Show all posts
ingatkan TMY ni cerdik, rupa2nya bila masuk PH terus jadi bodo dungu..masa BN dlu ada nampak cerdik, tapi takut jibimah......
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
KPM salur RM20.7 juta bina SK Taman Pelangi, Semenyih

Pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi yang menelan kos RM20.7 juta dijangka akan siap sepenuhnya pada 19 Oktober 2020, kata Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik hari ini.

"Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan pembinaan sekolah baharu SK Taman Pelangi, Semenyih pada Oktober 2018," kata beliau.
Sekolah ini akan dilengkapi 24 bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain.

"Pembinaan sekolah ini merupakan hasrat penduduk Taman Pelangi sejak Tahun 2012 yang mahukan sebuah sekolah rendah dibina di kawasan ini," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah sekolah berkenaan di Taman Pelangi, Semenyih pagi tadi.

Pada masa yang sama, YB Dr Maszlee mengumumkan sejumlah RM67.58 juta diperuntukkan bagi projek pembangunan pendidikan di Selangor di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Daripada jumlah itu, RM3 juta adalah untuk projek penggantian penuh enam bilik darjah untuk Program Pendidikan Khas Integrasi di SMK Bagan Terap, Daerah Sabak Bernam yang akan memanfaatkan 50 orang murid pendidikan khas.

Selain itu, sebanyak RM180,000 diperuntukkan untuk projek baik pulih satu bilik darjah untuk pendidikan prasekolah di SJK Tamil West Country Timur, Bandar Baru Bangi dan RM1.4 juta bagi projek baik pulih dua bilik darjah untuk prasekolah di SK Kebun Baharu, Telok Panglima Garang.

Peruntukan sebanyak RM63 juta untuk projek pembinaan sekolah baharu dengan 42 bilik darjah untuk SMK Bukit Mahkota, Bangi bagi menampung 1,260 orang murid
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelihatan kelibat maszlee bermain jengkaut. Ada apa di semenyih ya ?

IMG_2883.JPG
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:30 PM | Show all posts
trend sama ngan BN
part mananye duk canang2 #MalaysiaBaru
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Lulus Oktober 2018. Kebetulan rasmi dan umum pada hari ni. Eh kebetulan pula PRK tak lama lagi. Sama - sama lah kita husnuzon

IMG_2884.JPG
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi majlis pecah tanah sangat sempoi. Tadak khemah ape semua. Tadak cangkul. Tak serupa macam sjkc. Depa meriah ada singa lompat sana sini

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:42 PM | Show all posts
Adat PRK mmg confirm akan ada byk project yang akan dilaksanakan. Lepas PRK kembali sendu. Sila meninggal
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-2-2019 05:59 PM | Show all posts
lps habis PRK
tunggu la ADUN sedia ada meninggal
baru ada semula lawatan kerja

2x5 ngan BN
mananya idea baru?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat la sikit eksperimen. Tunggu prk semenyih depa kalah. Tengok apa jadi nanti.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-2-2019 07:21 AM | Show all posts

Menteri ramai ke Semenyih bukan isu - Azmin
Februari 13, 2019 05:34 MYT

SEMENYIH: Kehadiran ramai menteri ke kawasan Semenyih sejak kebelakangan ini bukanlah suatu isu dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih kerana mereka berkhidmat sepanjang masa tanpa mengira berlaku pilihan raya atau tidak.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kawasan Semenyih menerima pembangunan pesat sejak 2008 apabila gabungan parti pembangkang ketika itu mentadbir kawasan berkenaan dan daerah Hulu Langat.

"Baru-baru ini Perdana Menteri beritahu, beliau terkejut Semenyih kini dikenali sebagai bandar yang hebat dengan pembangunan teratur dan tersusun. Kami Pakatan Harapan (PH) bermula dari 2008 mahu pembangunan bukan saja berpusat di bandar tetapi juga dibawa ke luar bandar supaya rakyat dapat manfaat.

"Kalau kami tak turun dulu, tak mungkin Semenyih dan Hulu Langat dapat pembangunan seperti ini. Mana mungkin Semenyih dapat pembangunan jika kita tak turun ke sini sejak 2008," katanya ketika melancarkan Bilik Gerakan Wanita PH bagi PRK DUN Semenyih di sini malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata pengundi tidak boleh membandingkan isu dalam PRK Parlimen Cameron Highlands dengan PRK DUN Semenyih kerana PH belum pernah mentadbir negeri Pahang mahupun Parlimen Cameron Highlands.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Wanita PH Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Haniza Talha, Ketua Wanita Bersatu Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

Penamaan calon PRK Semenyih ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 26 Feb dan pengundian pada 2 Mac.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 12-2-2019 04:30 PM
trend sama ngan BN
part mananye duk canang2 #MalaysiaBaru

Malaysia Baru dah ke longkang.
kalu maseh berpiemkan mamak tongkang
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Woi anggota kabinet semua jangan Lupa isi borang cuti sebelom gi berkemampen
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:39 AM | Show all posts
Cameron Highlands terus takde pengumuman projek pembangunan, dah abis PRK kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 02:39 PM | Show all posts
Mana-mana kawasan yg di luar arus pemodenan..boleh dah berdoa supaya Menteri2 turunlah jugak kawasan mereka walaupun Adun masih hidup dan PRK masih jauh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.137228s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list