CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1687|Reply: 3

Rahsia Hilangkan Stretch Marks, Guna Susu Badan Sendiri

[Copy link]
Post time 12-2-2019 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Foto: Parents Magazine


Wanita mengandung majoritinya tidak terlepas daripada mengalami stretch mark atau tanda regangan pada kulit sewaktu tempoh kehamilan.

Walaupun pelbagai jenis krim dan minyak disapu pada kawasan stretch marks, namun hasilnya tidak memberangsangkan. Justeru, ramai golongan ibu yang berputus asa dan pasrah dengan penampilannya yang penuh dengan jalur merah pada kulit perut.


Baru-baru ini, Chantelle Clarke, seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak, berkongsi rahsia paling berharga buat para ibu.



Kredit foto: mirror.co.uk



Menurutnya, parut stretch marks yang dialaminya setelah melahirkan anak berjaya pudar dalam masa dua minggu sahaja setelah disapu dengan susu badannya sendiri. Sungguh menakjubkan!


Chantelle sememangnya percaya dengan kelebihan susu ibu yang mempunyai kolagen dan antibiotik semulajadi. Dia pernah menyapu susunya ke muka bayinya yang mengalami ruam pada wajah dan ia memang berkesan.



Kredit foto: Facebook



Oleh itu, Chantelle melakukan eksperimen ke atas stretch marksnya pula. Untuk memastikan keberkesanan susu itu, Chantelle hanya menyapu susu dan membiarkannya meresap pada bahagian kiri perutnya, manakala bahagian sebelah lagi tidak diusik.







Selepas dua minggu, warna stretch marks tersebut mulai pudar dan kedalamannya semakin nipis. Chantelle benar-benar tidak menyangka akan hasil eksperimennya yang berjaya.



Kredit foto: Facebook



Menurutnya, dia hilang keyakinan diri selepas mempunyai parut stretch marks yang begitu banyak. Chantelle tidak terfikir untuk berkongsi berita gembira ini sehinggalah ibunya menyuruhnya. Post di Facebook tersebut tular dan menerima banyak komen yang positif. Pengguna media sosial yang lain turut berkongsi kisah mereka di ruangan komen.




Kredit foto: Facebook



Selamat mencuba kepada ibu-ibu menyusu di luar sana! Setiap racun pasti ada penawarnya. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2019 01:47 PM | Show all posts
susu badan da takde
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 07:06 PM | Show all posts
You can select from a bunch of different servers for your private online access. Use WPA2 or WPA to ensure your network key will stay uncrackable 192.168.0.1
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:19 AM | Show all posts
guna susu badan orang lain jadi tak agaknya? kikikiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063842 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list