CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Voyagers

[Tempatan] Nottingham Uni sahkan Najib graduate dari sana

  [Copy link]
Post time 13-2-2019 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 hallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2019 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
tu dia geng2 ph dah masuk dgn hujah2 power diorang





















Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 13-2-2019 01:09 AM
Sellers kat oberc memang tak kesah, tapi company business contacts/overseas colleagues aku dulu se ...

iye?

cuba hang bg sikit dialog hang dgn puak2 oversea tu. dua tiga ayat pun cukup. ckp translate ke bm pulak ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 13-2-2019 09:23 AM
iye?

cuba hang bg sikit dialog hang dgn puak2 oversea tu. dua tiga ayat pun cukup. ckp transla ...

jgn translate ke bm @pyropura
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut logic, Tun Razak pun lawyer. Lagipun dari sekolah lagi Najib dah dihantar ke boys’ boarding school. Tak mungkinlah dia akan lepaskan ijazah semata-mata tak dapat nak sit for final exam. Mungkin dia delay ambik exam sebab Tun Razak sakit, tapi lepas tu boleh je ambik final exam dan ambik sijil. Graduation ceremony tu tak penting pun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 09:48 AM | Show all posts
karlmax8 replied at 13-2-2019 01:04 AM
Dik. satu je nak tanya. Ko pernah pergi oversea ke tak? Ataupun oversea ke singapore je? Kesian do ...

ntahnye, aku pergi aus & korea.. xde sape kisah pun pasal najib ke madey ke ape.. bohong nau la cerita pegi oversea malu nak ngaku malaysian ni bagai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2019 09:54 AM | Show all posts
maaf lah ya

orang atas pagar pun dah ramai reject najib

jadi apa lagi najib nak?

sepatutnya kes bicara semalam

tangguh plak
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 09:54 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 13-2-2019 10:00 AM
pyropura replied at 13-2-2019 01:09 AM
Sellers kat oberc memang tak kesah, tapi company business contacts/overseas colleagues aku dulu se ...


diplomat asing direct mengutuk...ermmm bukan aku nk pertikaikan apa yg anda tulis..sebab ianya adalah pengalaman anda..

Tp sikap tsebut tidak sesuai untuk seorg bergelar diplomat...kalau anda buat aduan, diplomat tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh negara beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2019 09:56 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 13-2-2019 09:54 AM
diplomat asing direct mengutuk...ermmm

dua tiga tahun lepas

tebal muka nak mengaku dari malaysia

mengkau je melayu singapura

klaau mengaku malaysia, sah sah orang sebut pasal najib

malu nak menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 12-2-2019 10:41 PM
so apa jawapan dia?



Ekonomi jahanam? Mahacai baca ni please...

Saya lihat kerajaan PH sangat gigih minggu ini untuk menyalahkan kerajaan BN tentang keadaan ekonomi negara yang semakin merosot ketika ini.

Ada juga yang keluarkan kenyataan semalam bahawa kerajaan BN telah menjatuhkan negara menjadi ekonomi antara paling teruk di dunia.

Saya tidak perlu bercakap banyak. Hanya perlu menaikkan semula kenyataan Guan Eng pada bulan Mei 2018 sejurus selepas dia mengambil alih sebagai Menteri Kewangan selepas PRU14.

Pada masa itu, dia mengesahkan ekonomi selepas PRU14 kukuh, membuktikan kerajaan BN mewariskan sebuah ekonomi yang baik kepada mereka.

Tetapi selepas mereka mengambil alih, ekonomi semakin teruk. Harga barang semakin naik. Pelbagai caj utiliti seperti air, elektrik dan gas juga dinaikkan oleh mereka.

8 bulan selepas mereka ambilalih, keluar pula kenyataan bahawa ekonomi tengah lemah dan memerlukan masa 3 tahun untuk dipulihkan.

Mereka yang faham ekonomi tahu fakta-fakta berikut:

- Sebelum PRU14, Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK negara sebanyak 4 kali dengan kali terakhir pada bulan April sebelum PRU14.

Kadar pertumbuhan ekonomi negara semasa saya PM jauh lebih tinggi berbanding semua "harimau-harimau" Asia dan kebanyakan ekonomi yang lain di rantau ASEAN.

Kadar pertumbuhan KDNK negara pada tahun 2017 sebelum BN kalah pada PRU14 adalah antara paling tinggi di dunia pada tahun itu.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155801865035952/

Selepas PRU14, Bank Dunia telah menurunkan unjuran ini sebanyak dua kali. Kadar pertumbuhan KDNK Malaysia telah turun setiap tempoh suku selepas PRU14 dan dijangkakan akan terus menurun lagi untuk tahun ini.

- Indeks Bursa saham semakin naik sebelum PRU14 sehingga mencapai tahap tertinggi dalam sejarah.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/04/20/bursa-malaysia-at-record-high/

Ketika kerajaan BN dipimpin saya sebagai PM, Bursa Malaysia dinobatkan sebagai pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham meningkat paling lama di dunia iaitu "world's longest running bull market."
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155806858295952/

Selepas PRU14, indeks Bursa jatuh teruk.  Nilai saham-saham di Bursa Malaysia sudah hilang RM300 bilion sejak PRU14.

- Sebelum PRU14 nilai Ringgit semakin memulih, defisit negara semakin menurun, rizab antarabangsa kita semakin naik.

Selepas PRU14, Ringgit semakin lemah, defisit semakin naik, rizab semakin menurun.

Pagi ini, Ringgit turun ke tahap paling rendah dalam sejarah iaitu 100 Thai Baht = RM13.06.

Semua di atas adalah fakta dan tidak boleh dipertikaikan.

Ekonomi menurun selepas PRU14 di dalam tangan PH adalah fakta.

Beberapa hari dahulu, Guan Eng pula meminta rakyat untuk bersabar sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum ekonomi boleh pulih.

Sebagaimana dijangkakan, dia menyalahkan 1MDB sebagai punca ekonomi teruk.

Baik, di sini saya memberi beberapa fakta mengenai 1MDB:

1. Hutang 1MDB kini ialah sekitar RM30 bilion.

2. Semua wang dari 1MDB ialah dari sumber pinjaman, bukan dijarah dari rizab kerajaan ataupun dari Petronas, Khazanah dan sebagainya.

3. Hutang 1MDB hanya perlu dibayar dengan sepenuhnya pada tahun 2039.

4. Aset-aset 1MDB juga besar nilainya. Guan Eng sendiri mengakui projek TRX yang sedang dibangunkan akan memberi keuntungan. Ini tidak termasuk lagi aset yang lain seperti Bandar Malaysia yang bernilai puluhan bilion.

5 Satu perjanjian penyelesaian sudah ditandatangan dengan kerajaan Abu Dhabi untuk mendapatkan semula semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB sebelum 31 Disember 2020.

6. RM30 bilion ini jauh lebih rendah dari RM82 bilion yang kerajaan PH jarah dari Petronas dan juga berbanding hasil RM40 bilion yang hilang akibat SST yang gantikan GST serta ketika tempoh 3 bulan GST sifar tahun lepas.

7. RM30 bilion merupakan 4.3% dari jumlah hutang rasmi kerajaan sebanyak RM686 bilion dan 2.22% dari jumlah KDNK negara sebanyak RM1.35 trilion pada tahun 2017.

Ya, betul. 1MDB memang ada masalah. Oleh itu, kerajaan BN menjalankan rasionalisasi ke atas 1MDB dan telah menandatangani perjanjian penyelesaian dengan IPIC untuk mendapat semula wang yang dikatakan hilang.

Bagaimanapun, saya nak tanya Guan Eng soalan berikut:

Skandal forex BNM di mana RM33 bilion dari rizab negara hilang begitu sahaja pada tahun 1993 merupakan 34.4% dari jumlah hutang rasmi kerajaan RM96 bilion dan 19.2% dari jumlah KDNK negara sebanyak RM172  bilion pada tahun itu.

Hutang 1MDB masih belum perlu dibayar, nilai asetnya masih tinggi dan ada usaha untuk mendapat kembali wang yang dikatakan hilang akan menjahanamkan ekonomi negara?

Tetapi skandal FOREX di mana wang yang rugi tidak dapat dicari ataupun dituntut kembali, tidak ada aset ditinggalkan dan ia merupakan peratusan yang amat besar dari KDNK negara TIDAK menjanamkan ekonomi negara pula?

Guan Eng boleh jawab?

Kerajaan PH perlu mengaku sahaja bahawa ekonomi menjadi teruk di bawah dasar dan kawalan mereka - bukan sebab 1MDB.

Jangan cuba lagi untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu dengan pelbagai tuduhan dan alasan yang tidak masuk akal.

Guan Eng, nasihat saya, tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai Menteri Kewangan yang jujur bukan sebagai Menteri Kewayangan yang tugasnya untuk mecari alasan setiap hari.

Apa yang kerajaan PH dan menteri-menteri buat ketika ini?

Sibuk membuat pusingan U di atas pusingan U.

Sibuk merebut kuasa sesama sendiri.

Sibuk jual aset-aset negara.

Sibuk menakut-nakutkan pelabur

Sibuk bergaduh dengan negara-negara lain.

Siapa yang jaga ekonomi kita pada masa ini?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 13-2-2019 09:57 AM
Ekonomi jahanam? Mahacai baca ni please...

Saya lihat kerajaan PH sangat gigih minggu ini untuk ...

BOSSKU YG TAK TAHU MALU. SIANG MALAM JAGA EKONOMI NELALUI FACEBUKNYA. ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 13-2-2019 10:02 AM
BOSSKU YG TAK TAHU MALU. SIANG MALAM JAGA EKONOMI NELALUI FACEBUKNYA. ....

Jangan malas membaca....

Saya masih membaca komen, terutama dari penyokong-penyokong DAP - yang berterusan menuduh saya telah menjahanamkan ekonomi negara.

Sebenarnya, persepsi mereka begitu kerana telah terlalu lama terpengaruh dengan propaganda DAP dan mereka tidak pernah cuba untuk mencari fakta sebenar.

Saya senaraikan 20 fakta untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN semasa saya PM, iaitu tahun sebelum PH mengambil alih.

1. Nisbah hutang kerajaan kepada KDNK pada tahun 2017 adalah paling rendah dalam tempoh 9 tahun saya menjadi PM.
https://tradingeconomics.com/malaysia/government-debt-to-gdp

2. Kedudukan Malaysia turun lagi kepada tempat 90 antara 210 negara paling tinggi berhutang - bermakna ada 89 lagi negara di dunia yang kadar hutangnya lebih tinggi.

Cuba lihat 89 negara-negara ini yang memiliki hutang lebih tinggi dari Malaysia:
https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2186rank.html

3.  Defisit kerajaan menurun 8 tahun berturut-turut sehingga tahun 2017.
https://tradingeconomics.com/malaysia/government-budget

4. Malaysia maju 2 tempat ke atas dan menjadi negara ke 23 paling berdaya saing antara 137 negara di dunia mengikut Indeks Persaingan Global 2017-2018 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/27/malaysia-moves-up-two-spots-in-wef-ranking/

5. Malaysia naik sembilan anak tangga dan berada di tempat ke-15 daripada 190 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2019 Bank Dunia
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-di-tangga-ke-15-dalam-laporan-menjalankan-perniagaan-2019-bank-dunia-1.779277

6. Malaysia mencatat kadar pertumbuhan eksport paling paling tinggi dalam tempoh 13 tahun dan berjaya menarik pelaburan swasta sebanyak RM1.9 Trilion untuk tempoh 10 tahun yang lalu - seperti yang diakui oleh kerajaan di bawah PH baru-baru ini.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155819706470952/

7. Bursa Saham tutup pada paras tertinggi dalam sejarah pada bulan April 2018 sebelum PRU14:
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/04/20/bursa-malaysia-at-record-high/

8.  Bursa Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu "world's longest running bull market” bermula tahun 2008 sehingga saya turun sebagai PM pada tahun 2018.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155806858295952/

9. Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia mencecah rekod tertinggi satu tahun iaitu RM429.80 juta pada April 2018.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/332733/aliran-masuk-dana-asing-cecah-rekod

10. Pertumbuhan ekonomi kita ialah 5.9% pada tahun 2017 iaitu antara paling tinggi di dunia.

Di dalam tempoh sepanjang 48 tahun sejak Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1963 sehingga tahun 2011, hanya di dalam 5 tahun sahaja di mana pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi republik ini berbanding 7 tahun berturut-turut semasa saya PM.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155801865035952/

11. Bank Dunia telah menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK kita 4 kali sebelum PRU14. Kali terakhir ialah pada 30 April 2018. Di bawah PH pula, Bank Dunia sudah menurunkan unjuran ini dua kali.
http://www.theedgemarkets.com/article/world-bank-raises-malaysias-2018-growth-forecast-54

12. Pada tahun 2017, Bank Dunia juga menyatakan kita hanya memerlukan dua tahun lagi untuk mencapai status negara pendapatan tinggi (high income nation).

Tetapi selepas PH ambilalih, unjuran ini telah dilambatkan sehingga tahun 2024.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/01/04/malaysia-can-achieve-high-income-nation-status-by-2020-says-ex-wto-dg/

13. Saiz ekonomi berkembang RM665 bilion dari RM685 bilion sehingga RM1.35 trilion pada tahun 2017 semasa saya Menteri Kewangan. Penambahan saiz sebanyak RM685 bilion ini ialah 1 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding keseluruhan saiz ekonomi sebanyak RM418 bilion pada tahun 2003 iaitu tahun terakhir PM ke-4.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/07/26/malaysia-gdp-value-at-rm1-353-trillion-in-2017/

14. Kadar dividen KWSP untuk tahun 2017 ialah 6.4% iaitu kadar paling tinggi untuk tempoh 21 tahun yang lalu.  Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155874832445952/

15. Malaysia diiktirafkan sebagai ekonomi paling terunggul antara negara-negara membangun oleh Bloomberg.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/11/28/malaysia-remains-on-top-of-emerging-markets-list/

16. Kadar pengangguran Malaysia hanya 3.4% iaitu satu tahap yang sangat rendah dan diklasifikasi sebagai Full Employment.
https://tradingeconomics.com/malaysia/unemployment-rate

17. Pekali Gini iaitu ukuran ketidaksamaan kekayaan, kadar kemiskinan tegar dan pendapatan isirumah adalah pada tahap paling baik dalam sejarah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/335224/pendapatan-isi-rumah-meningkat-66-peratus

18. Indeks Pembangunan Insan ataupun Human Development Index (HDI) Bank Dunia adalah indeks komposit statistik yang digunaka untuk mengukur pembangunan negara.

Pada tahun 2017, indeks untuk Malaysia naik lagi dan kita medapat klasifikasi “very-high human development”,. Untuk tahun itu, kita di tempat 57 paling tinggi antara 189 negara-negara di dunia berbanding tempat 67 pada tahun 2009.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/09/18/msia-moves-up-human-development-index/#grkKsIOqQo9yWk21.99

19.  Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) kerajaan PH memuji kerjayaan BN sejak tahun 1950 kerana telah membangunkan negara dengan kadar pertumbuhan yang jauh lebih tinggi berbanding kadar purata pertumbuhan ekonomi dunia dan ekonomi-ekonomi baru muncul yang lain serta di dalam keadaan inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

PH juga puji BN kerana mewariskan sebuah negara berdaya saing yang amat kuat di peringkat antarabangsa.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155835137470952/

20. Pada 25 Mei 2018 iaitu 16 hari selepas BN kalah, Menteri Kewayangan PH umumkan bahawa Ekonomi Malaysia sangat kukuh. Takkan dalam masa 16 hari sahaja, PH telah "memulihkan" ekonomi negara?
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/05/25/economy-remains-strong-fundamentals-solid-says-guan-eng/

Kalau ekonomi negara telah "jahanam" di bawah saya, tidak mungkin fakta-fakta di atas boleh wujud.

Kita perlu lebih waras. Jangan senang dirasuk syaitan seperti Chef itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:10 AM | Show all posts
harizs replied at 13-2-2019 10:08 AM
Jangan malas membaca....

Saya masih membaca komen, terutama dari penyokong-penyokong DAP - yang ...

maaf ye. dari sudut mata orang berkecuali,

skandal 1mdb sebenarnya punca utama apa yang berlaku kepada ekonomi negara sekarang

kalau najib tu bagus sangat
nape tinggalkan hutang sampai 1 trillion?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik YB... DSN & Dato Wee adalah pembangkang yg terbaik...talk with facts....bukan mcm PH...fitnah sini sana
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:20 AM | Show all posts
tobby replied at 13-2-2019 10:18 AM
Terbaik YB... DSN & Dato Wee adalah pembangkang yg terbaik...talk with facts....bukan mcm PH...fitna ...

so?

menteri kewangan paling teruk di asia?



pergi oversea, sebut dari malaysia dua tahun lepas

orang pandang dari atas sampai bawah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 13-2-2019 10:10 AM
maaf ye. dari sudut mata orang berkecuali,

skandal 1mdb sebenarnya punca utama apa yang berlak ...

Kalau dah ratib hutang 1 trillion tak perlu di bincangkan lagi.. mampus rakyat di perbodohkan oleh menteri kewangan takde ca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2019 10:26 AM | Show all posts
gujiwa replied at 13-2-2019 10:21 AM
Kalau dah ratib hutang 1 trillion tak perlu di bincangkan lagi.. mampus rakyat di perbodohkan oleh ...


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 13-2-2019 10:26 AM

Kahkahkahkah mampu gelak guling2x aku.. adoihai.. takpe la.. ph mmg layak ada pengundi bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw pada penyokong pak jib tok sah la confident sgt hahahahhahah sat lagi sijil pun tarak..
Iols pun menanti juga ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 13-2-2019 10:26 AM

Spesis mahacai mmg malas membaca kan??

Dakyah hutang RM1 trilion yang direkacipta sendiri oleh kerajaan PH amat penting untuk mereka dalam mencapai pelbagai objektif untuk kepentingan politik mereka. Antaranya ialah:

1. Memburukkan kerajaan BN sebelum ini.
2. Alasan untuk menjual aset-aset negara.
3. Alasan untuk tidak memenuhi janji-janji manifesto
4. Alasan untuk mengurang atau menghapuskan program pemberian dan kebajikan untuk rakyat.
5. Alasan untuk mereka membatalkan projek-projek kepada kawasan-kawasan parlimen yang bukan di bawah PH.
6. Alasan untuk membuka tender semula projek-projek dan beri peluang kepada pihak-pihak tertentu..
7. Alasan untuk menaikkan cukai sedia ada atau memperkenalkan cukai-cukai baru serta meminta rakyat berkorban.
8. Alasan untuk menuding jari kepada kerajaan BN apabila keadaan ekonomi di bawah mereka merosot.

Oleh itu, kerajaan PH akan terus menggunakan ayat "trilion" kerana ia amat mudah difahami oleh orang ramai walaupun pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, EPU dan BNM serta badan-badan asing seperti Bank Dunia dan semua agensi penarafan antarabangsa tidak menyatakan hutang negara sebagai RM1 trilion.

Rakyat perlu tahu Bank Dunia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa hutang Malaysia bukan ada ditahap yang luar-biasa tinggi manakala laporan rasmi RMK11 minggu lepas dari Unit Perancang Ekonomi merumuskan:

"Malaysia masih diberi penarafan yang menggalakkan dengan prospek stabil oleh agensi penarafan antarabangsa yang utama berdasarkan asas ekonomi negara yang kukuh."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 2.905081 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list