CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1391|Reply: 2

Warga China Didakwa Curi Data Mesin ATM KLIA

[Copy link]
Post time 12-2-2019 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga China didakwa mencuri data pemilik kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu.


Harian Metro melaporkan, Chengyong Guo, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini.




Kredit foto: Harian Metro/NSTP




Mengikut pertuduhan, Chengyong didakwa membuat capaian kandungan menggunakan dua jenis alat disyaki 'skimming' bagi mencuri data pemilik kad ATM di sebuah bank di aras tiga KLIA kira-kira jam 8.30 pagi pada 22 Januari lalu.


Perbuatannya itu turut menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa terhadap mesin ATM berkenaan.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama.


Difahamkan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.


Timbalan Pendakwa Raya Aziatul Afrizan Alias memohon supaya Chengyong tidak dibenarkan jaminan memandangkan tertuduh merupakan warga asing.


Mahkamah menetapkan 28 Februari sebagai tarikh sebutan kes dan serahan dokumen. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh penyangak plak mai sini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
None68: Eh penyangak plak mai sini..

china satu satunya negara yang memiliki reserved personal army teramai di dunia. i tak rasa dia ni hacker.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.060008 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list