Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
641
View
9
Reply

[Tempatan] SPRM: Tiada kemasukan RM90j dari 1MDB ke akaun rasmi PAS

[Copy link]

Author: harizs       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-2-2019 06:36 PM | Show all posts |Read mode



MALAYSIAKINI
https://www.malaysiakini.com/new ... ckLg1TFA7vKLtdiIy5I


Sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pihak berkuasa mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun bank PAS.

Penemuan itu dibuat selepas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti akaun bank PAS dalam siasatan ke atas dakwaan yang mengatakan pemimpin parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.

"Tiada kemasukan wang RM90 juta dari 1MDB ke akaun (rasmi) PAS," kata pegawai yang rapat dengan siasatan kes berkenaan.

Sumber juga mengesahkan bahawa akaun yang diteliti adalah akaun yang didaftar di bawah nama parti dan bukannya akaun peribadi pemimpin PAS.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada SPRM sudah selesai meneliti akaun peribadi pemimpin PAS yang dikaitkan dalam siasatan yang dilancarkan suruhanjaya itu enam hari lalu.

Cubaan untuk mendapatkan ulasan dan perkembangan terbaru berhubung kes itu dari pegawai atasan SPRM tidak berhasil.

Difahamkan, pegawai SPRM bersifat lebih tertutup berhubung siasatan berkenaan selepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Shukri Abdull berkata beliau tidak mahu sebarang spekulasi berhubung kes itu.

Rabu lalu, SPRM dalam kenyataan medianya mengesahkan memulakan siasatan ke atas dakwaan penyaluran dana berkenaan selepas menerima laporan.

Laporan itu, yang menurut SPRM dilaporkan oleh orang awam, dibuat selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersetuju untuk membuat penyelesaian luar mahkamah berhubung kes saman fitnah ke atas Sarawak Report.

Saman berkenaan berhubung laporan portal Sarawak Report pada 2016 yang mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno sebagai balasan kepada sokongan yang diberikan kepada parti berkenaan.

Turut didakwa bahawa dana berkenaan kemungkinan datang dari 1MDB.

Sejak siasatan bermula, SPRM dilaporkan telah merakam keterangan daripada beberapa pemimpin PAS termasuk Anggota Jawatankuasa Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas pengerusi Bersih, S Ambiga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata SR dan segala bekas PAS ada bukti ??
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-2-2019 06:45 PM | Show all posts
aHoi83 replied at 12-2-2019 06:43 PM
Kata SR dan segala bekas PAS ada bukti ??

Husam kata dia ada bukti.  tunggu sprm panggil dia,  apa dia nak belit.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-2-2019 06:46 PM | Show all posts
Edited by harizs at 12-2-2019 07:08 PM
aHoi83 replied at 12-2-2019 06:43 PM
Kata SR dan segala bekas PAS ada bukti ??

ada hikmahnya BN jatuh...  klu sprm bawah BN yg siasat mesti dorang x percaya.  skrg sprm bwh PH cuba cari bukti tapi x jumpa.  harap Husam Musa boleh tolong sprm sbb dia kata dia ada bukti lengkap

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 12-2-2019 06:46 PM
ada hikmahnya BN jatuh...  klu sprm bawah BN yg siasat mesteri dorang x percaya.  skrg sprm bwh PH ...

sprm mungkin boleh panggil forumer2 ci yg dok ke hulu ke hilir 1mdb tu jd saksi.  boleh la forumer2 tu tunjuk money trail yg diorang ada termasuk la bukti2 lain





















Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 07:04 PM | Show all posts
minority government...wakakakakakakakakakkaka

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kedaikain at 12-2-2019 09:08 PM

tiada kemasukkan 2.6b dalam account umno... tiada kemasukan 42juta duit src dlm account umngok... koh3
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tiada kemasukkan beribu2 beg birkin tak bayar tax kastam dlm PWTC koh3
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
lobaicai ni cepat btul inzal terpancut2... lek2 tahan dulu koh3
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-2-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila husam musa nak dipanggil oleh sprm?  Dia yg sejak dulu claim ada bukti kukuh. Bawak mai bukti2 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
5.056516s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list