CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7270|Reply: 57

[Tempatan] [Update] : Lapangan Terbang Kulim 100% Dibiayai Swasta : Azmin

[Copy link]
Post time 14-2-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 21-3-2019 01:05 PM

Asyraf Roslan, Astro Awani |  Published Februari 13, 2019 18:14 MYT

Mukhriz meminta supaya semua pihak menyokong KXP Airport City Holding Sdn Bhd dalam pembinaan lapangan terbang tersebut -  Foto Astro AWANI

KEDAH: : KXP Airport City Holding Sdn Bhd merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.

Penubuhan syarikat berkenaan merupakan satu entiti khas bagi merancang, menyelaras dan mengurus pembangunan lapangan terbang tersebut, dengan memberikan tumpuan awal pada bahagian logistik dan juga kargo.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kerajaan negeri telah mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat bagi membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa bagi wilayah utara.

“Kerajaan negeri telah menerima kelulusan daripada kerajaan pusat  bagi pembangunan sebuah lapangan terbang antarabangsa untuk wilayah utara baru-baru ini,” katanya selepas mesyuarat Exco pada Rabu.

Tambah beliau, KXP Airport City Holding Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh 100 peratus Perbadanan Negeri Kedah (PKNK).

Lapangan terbang ini akan bertapak di daerah Kuala Muda, Kedah dan akan beroperasi secara rasmi pada 4 Mac 2019.

Melalui pengumuman tersebut juga, beliau meminta supaya semua pihak menyokong KXP Airport City Holding Sdn Bhd dalam pembinaan lapangan terbang tersebut.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
perlu kah ?.....
penang perlu lagi besar kan airport ! ....bukan kulim .....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 12:37 AM | Show all posts
buek la solai buleh....wakakakakakakakkaka

nogaro ekau kato nak bankrap..tapi buleh laie nak buek airpot....bowdow pombohong punyo montori...wakakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 12:39 AM | Show all posts
bergaduh pulak dgn ketua menteri penang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
jauh sgt la Kulim

buat kat SP x boleh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
SP = Seberang Prai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2019 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-2-2019 12:43 AM
jauh sgt la Kulim

buat kat SP x boleh ka?

X jauh mana kulim ke penang.tapi timbul masalah lain macam jam .sg petani lg jauh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 01:06 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 14-2-2019 12:32 AM
perlu kah ?.....
penang perlu lagi besar kan airport ! ....bukan kulim .....

dari time dia jadi mb kedah bawah BN lagi dah duk menggila nak buat airport kulim klu ikutkan dekat sgt dah dengan airport penang



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2019 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 14-2-2019 01:06 AM
dari time dia jadi mb kedah bawah BN lagi dah duk menggila nak buat airport kulim klu ikutkan de ...

Rakyat tak bangkang pembangunan tapi pastikan rakyat dapat manfaat bukan kroni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Airport kulim ni depa nak buat untuk bahagian logistik & cargo ja. Bukan untuk penumpang. Jadi untuk penumpang ni memang kat penang ja la. Mungkin juga cargo & logistik dari penang akan pindah ke kulim. Jadi hangpa toksah membayangkan pulak nak balik kampung dari kl teruih ke kulim pulak

Maka akan dibanjiri la kontena & lori di luaq airport. Sebalik nya bukan teksi ka grabcar & sewaktu dengan ha untuk ambil orang. Harap penduduk kampung bertabah dengan kehadiran lori kontena apa semua. Macam kat westport klang tu. Jalan berlubang sana sini

Kalau depa nak buat perumahan ada ka orang nak beli umah kalau keluaq simpang umah dah kena ngadap jem sebab lori, lori eksiden, jalan berlubang & sewaktu dengan nya

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 08:39 AM | Show all posts
seingat aku dolu, hi tech kulim nie mmg xde plan nak buat airport pon. sebab hi tech nie jadi sub industri kepada area industri bayan lepas, yg tahunya dlm perancangan akan ada LRT dari penang ke hi tech kulim. tu pon kata nya fasa ketiga, lepas siap LRT dlm pulau, lepas tu LRT dlm kawasan seberang prai....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Wujudkan KXP AirportCity
ROSLINDA HASHIM | 13 Feb 2019

Mukhriz Tun Mahathir. - Foto Bernama
A A
ALOR SETAR - Kerajaan negeri menubuhkan sebuah anak syarikat, KXP AirportCity Holding Sdn. Bhd. (KXP AirportCity) bagi merancang dan menguruskan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di daerah Kuala Muda.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, KXP AirportCity merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan akan beroperasi pada 4 Mac depan

Menurutnya, entiti khas itu juga berperanan sebagai agensi tunggal yang mewakili kerajaan negeri untuk sebarang rundingan dengan kementerian, jabatan dan agensi-agensi pusat bagi mendapatkan kelulusan berkaitan projek terbabit.

“KXP AirportCity akan mengendalikan semua perkara seperti merancang, menyelaras dan menguruskan pembangunan KXP, termasuk menarik pelaburan swasta. Sudah ada beberapa syarikat menunjukkan minat terlibat dalam pembangunan KXP, dan kita akan nilai satu persatu,” katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Mukhriz berkata, antara syarikat yang menunjukkan minat termasuk syarikat yang berhasrat menjadi pelabur sahaja, manakala terdapat juga syarikat yang memiliki kepakaran dan pengalaman menguruskan lapangan terbang khususnya penerbangan kargo.

“Secara prinsipnya, kita telah menerima kelulusan daripada Kerajaan Pusat untuk bangunkan lapangan terbang ini yang menumpukan kepada logistik dan kargo. Ada beberapa kaedah pembiayaan projek, antaranya pelaburan swasta termasuk dari luar negara, atau mekanisme ‘Built, Operate and Transfer’ (BOT) dalam tempoh tertentu, dan setelah siap diserahkan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, kajian kebolehupayaan (feasibility) lebih terperinci dan menyeluruh akan dilakukan bagi mengenal pasti komponen yang diperlukan dalam pembinaan KXP.

“Antara komponen yang dicadangkan dalam pembinaan KXP ialah taman industri aero angkasa atau Aerocity berdekatan bagi industri pesawat, selain untuk menarik pelaburan luar negara,” katanya.

Mukhriz turut berhasrat mewujudkan lebuh raya baharu dari Bandar Baharu ke Sungai Petani untuk menghubungkan Sidam Kiri yang merupakan lokasi KXP.
“Ini untuk memudahkan akses ke lapangan terbang itu, dan kita akan bincang dengan Perak untuk perluaskan lebuh raya itu sehingga ke bandar bersesuaian seperti Changkat Jering atau mana-mana yang sesuai,” katanya.

Mukhriz yang juga Pengerusi KXP AirportCity turut mengumumkan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporation, Datuk Dr Ir Annuar Mohd Saffar sebagai CEO KXP AirportCity.

Manakala tiga Ahli Lembaga Pengarah KXP AirportCity, adalah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KLIA Premier Holdings Sdn. Bhd, Tan Sri Ir Jamilus Hussein serta Ketua Eksekutif PKNK, Abdul Rahman Abdullah.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 02:17 PM | Show all posts
JohnDeSouza replied at 14-2-2019 12:58 AM
X jauh mana kulim ke penang.tapi timbul masalah lain macam jam .sg petani lg jauh

Google map kata 1 jam by car.

so macam doesn't make sense misal kalau nak amik flight from KL. Lainlah kalau Penang tu sebesar London.


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 02:53 PM | Show all posts
airport penang traffic jem, setuju sangat buat di kulim.  Harap bkn utk kargo shj.  Lagi satu minta buat hway terus ke KL utk mngelak jem di seberang perai, mcm di ipoh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 05:28 PM | Show all posts
pelaburan luar negara = jual negara.

Build operate transfer = contingent liability, naik lagi utang 1 trillion.

direct cost buat sendiri = bajet defisit makin menaik gila2. korek duit katne?




and airpot? in kulim? volume apa? harumanis? ikan belukang?
jesus farking christ. ini bukan gajah putih dah. bewak putih.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:02 PM | Show all posts
Edited by pintukaca at 19-3-2019 05:03 PM

Putrajaya lulus pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim RM1.6 bilion


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/19/putrajaya-lulus-pembinaan-lapangan-terbang-antarabangsa-kulim-rm1-6-bilion/

PETALING JAYA: Putrajaya meluluskan beberapa projek berimpak tinggi di Kedah, termasuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang bernilai RM1.6 bilion.


Dalam satu kenyataan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berkata kementeriannya meluluskan Peruntukkan Pembangunan Negeri Kedah untuk 2019 sebanyak RM1.132 bilion yang merangkumi 201 projek dan RM1.049 bilion bagi 51 projek baru.


Menerusi peruntukan itu, kerajaan turut meluluskan pembinaan Lebuhraya Koridor Utara, Fasa 1A dari Bandar Baharu ke Sungai Petani serta Fasa 1B dari Bandar Baharu ke Jambatan Sultan Abdul Halim yang bernilai RM1.7 bilion.


Antara lain, pembinaan Perpustakaan Digital di Alor Setar (RM15 juta), pembangunan Hab Industri Pembuatan & Logistik di Sidam (RM300 juta) dan pelaksanaan kajian impak untuk pembinaan Taman Industri Petro-Kimia di Gurun (RM2 juta).



Kelulusan projek itu diumumkan Azmin selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan pegawai kanan kerajaan negeri bagi membincangkan agenda utama yang terkandung dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, hari ini.


Terdahulu, Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan negeri mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat bagi membangunkan lapangan terbang antarabangsa bagi wilayah utara.


Lapangan terbang itu akan bertapak di daerah Kuala Muda, Kedah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedah big project menjadi realiti.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kulim daerah Kuala muda??? Biar betik
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:52 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 14-2-2019 12:32 AM
perlu kah ?.....
penang perlu lagi besar kan airport ! ....bukan kulim .....

memang tengah dalam proses uols...last week iols turun flight kat airport penang, banyak kawasan tutup...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:55 PM | Show all posts
nama airport kulim tp knp buat kt daerah kuala muda.....kat mana location betoi nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.095616 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list