CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Remyda

[Tempatan] [Update] : Lapangan Terbang Kulim 100% Dibiayai Swasta : Azmin

[Copy link]
Post time 20-3-2019 02:44 PM | Show all posts
Berita Harian



Pengumuman peruntukan RM1.6 bilion bagi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim adalah mengejutkan kerana ia sepatutnya akan dibangunkan pihak swasta, seperti yang sudah dibincangkan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Isnin lalu. - Chow Kon Yeow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 02:50 PM | Show all posts
Pulau Pinang tuntut penjelasan Kedah status Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim


GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang mahu Kerajaan Pusat melakukan kajian kebolehlaksanaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan Pulau Pinang juga mahu penjelasan daripada negeri Kedah berhubung status lapangan terbang di Kulim itu, sama ia kategori kargo atau penumpang.

“Pengumuman peruntukan RM1.6 bilion bagi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim adalah mengejutkan kerana ia sepatutnya akan dibangunkan pihak swasta, seperti yang sudah dibincangkan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Isnin lalu,’ katanya, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan kerajaan Pusat meluluskan projek berimpak tinggi di Kedah membabitkan pembinaan infrastruktur baharu dan program kebajikan khusus bagi penduduk luar bandar berjumlah lebih RM3.6 bilion.

Antara projek diluluskan adalah pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang membabitkan pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion dan pembinaan Lebuhraya Koridor Utara Fasa 1A (Bandar Baharu-Sungai Petani) dan Fasa 1B (Bandar Baharu-Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) bernilai RM1.7 bilion.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lapangan Terbang Kulim 100% Dibiayai Swasta : Azmin
Adam Abu Bakar - March 21, 2019 12:51 PM 5 minutes

KUALA LUMPUR: Putrajaya tidak akan menanggung kos pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, sebaliknya pembiayaannya akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berkata, kerajaan memerlukan penglibatan aktif pihak swasta dalam keadaan ekonomi negara sekarang.

“Pihak swasta diperlukan untuk pembangunan penting ini. Projek lapangan terbang ini 100% akan dilaksanakan pihak swasta.

“Kapasiti semakin meningkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, untuk memperbesarkan lapangan terbang itu agak terhad kerana tidak ada lagi kawasan sesuai untuk permintaan industri.


“Ada keperluan untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ini bagi menarik pelabur-pelabur ke Koridor Utara,” katanya sewaktu ditemui pemberita, di lobi Parlimen, hari ini.

Azmin turut memberi jaminan, pembinaan lapangan terbang itu tidak akan memberi impak negatif kepada Pulau Pinang, sebaliknya kedua-dua lapangan terbang itu melengkapi antara satu sama lain.

“Dengan adanya ini, kita boleh lihat lebih banyak pelabur datang ke Malaysia. Polisi kerajaan baru tidak boleh hanya fokus kepada di Lembah Klang, Selangor atau Johor.

“Kita mahu juga bawa pelabur ke utara dan negeri lain. Ini sebahagian daripada kajian separuh penggal pembangunan wilayah dan juga luar bandar, jadi kemudahan ini sebenarnya melengkapi kemudahan sedia ada sekarang,” katanya.


Azmin turut memberi jaminan pihaknya akan melakukan kajian kebolehlaksanaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, susulan terdapat gesaan dari Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

“Ia akan melalui proses-proses ditetapkan, bahkan perkara itu sudah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Koridor Utara pada Isnin lalu, dipengerusikan perdana menteri, menteri-menteri besar termasuk Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis,” katanya.

Terdahulu, Azmin Ali mengumumkan Putrajaya meluluskan projek berimpak tinggi di Kedah membabitkan pembinaan infrastruktur baru dan program kebajikan khusus bagi penduduk luar bandar berjumlah lebih RM3.6 bilion.

Antara projek diluluskan adalah pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim membabitkan pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion dan pembinaan Lebuhraya Koridor Utara Fasa 1A (Bandar Baharu-Sungai Petani) dan Fasa 1B (Bandar Baharu-Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) bernilai RM1.7 bilion.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:24 PM | Show all posts
hmmm... byk  lak duit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lapangan terbang Kulim boleh singkir PIA dari peta, kata penganalisis

Robin Augustin - March 21, 2019 12:24 PM 5 minutes


PETALING JAYA: Seorang pakar pengangkutan mengalu-alukan pengumuman mengenai pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa baru di Kulim, dengan berkata ia boleh memberi kemudahan kepada Pulau Pinang, Kedah, Perlis, malah utara Perak.

Rosli Azad Khan, seorang perunding dengan pengalaman lebih 40 tahun berkata, Kulim terletak lebih ke tengah berbanding Bayan Lepas di selatan pulau Pulau Pinang, yang merupakan lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA).

“Perkembangan ini menunjukkan Putrajaya tidak berminat dengan idea pembinaan lapangan terbang kedua di Pulau Pinang,” katanya.

“Bagi saya, sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim boleh mengambil alih peranan PIA dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar.”




Ini akan menjadikan PIA tidak lagi perlu, sekali gus membolehkan tanah yang menempatkannya sekarang digunakan untuk perumahan, selain mengurangkan keperluan untuk menebus guna lebih banyak tanah untuk tujuan itu,” katanya kepada FMT.

“Ia juga akan mengurangkan kesesakan di pulau tersebut, sebagaimana Sepang membantu mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur. Bagi wilayah tengah, keperluan lebih ramai orang boleh dipenuhi,” katanya, dengan menambah telah sedia ada 2 jambatan di Pulau Pinang.

Lapangan terbang yang bakal dibina dengan dana swasta di Kulim, salah satu daripada beberapa projek infrastruktur di Kedah yang diumumkan oleh Menteri Hal-ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali Selasa lepas, dijangka menelan belanja RM1.6 bilion.

Bagaimanapun bagi Roger Tan, pelajar PhD di Pusat Kajian Pengangkutan di Imperial College, London berkata, ia merupakan penggunaan tidak cekap dana dan infrastruktur lapangan terbang sedia ada.


Katanya kepada FMT, lapangan terbang itu berkemungkinan besar akan menumpu kepada pengangkutan kargo untuk Taman Perindustrian Kulim, dengan menambah bahawa kemudahan kargo serta kapasiti landasan PIA juga masih jauh daripada mencapai had maksimumnya.

“Dengan jarak antara PIA dengan Taman Perindustrian Kulim hanya kira-kira 50km, cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa baru di situ akan memberi kesan negatif ke atas PIA dengan mengurangkan kadar penggunaan kemudahan infrastrukturnya yang sedia ada,” katanya.

Memetik laporan Bank Dunia mengenai Strategi Pengangkutan Nasional Malaysia, Teoh berkata, PIA pada asalnya diunjurkan untuk mengendalikan sehingga 730,000 tan kargo sehingga 2031. Bagaimanapun jumlah berat kargo yang dikendalikannya merosot 9% sejak 2006.

“Malaysia Airports Holdings Bhd telah mengurangkan unjurannya sebanyak 70% kepada 215,000 tan menjelang 2031” katanya.

Beliau berkata, data daripada Bank Dunia menunjukkan gambaran yang serupa, iaitu dengan pengangkutan kargo mencapai puncaknya pada 2009 dan jumlah pelepasan pesawat memuncak pada 2015.

Berdasarkan data tersebut katanya, jika lapangan terbang Kulim dibina bagi meningkatkan pengangkutan udara, maka langkah itu tidak diperlukan kerana kemudahan infrastruktur sedia ada di PIA boleh digunakan secara lebih berkesan.

“Jika lapangan terbang Kulim bertujuan melancarkan pergerakan penumpang, maka kajian sebelum ini menunjukkan langkah membesarkan PIA dengan membina terminal kedua penumpang lebih menjimatkan kos,” katanya.

Teoh berkata, langkah lebih praktikal ialah dengan meningkatkan kemudahan landasan kereta api di wilayah utara dengan menjadikan pergerakan penumpang dan kargo lebih berkesan antara PIA dengan bandar utama dalam kawasan itu.

Katanya, ini akan meningkatkan tahap penggunaan infrastruktur sedia ada.

“Akhirnya, apa-apa juga cadangan hendaklah disokong oleh pertimbangan waras dan diwajarkan dengan analisis kos-faedah,” katanya.

Ini berikutan gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow supaya Putrajaya menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubungan pembinaan lapangan terbang Kulim susulan kebimbangan dalam kalangan komuniti megenai kesan kemungkinannya.


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Airport alor setar takkan terjejas pun sbb perlis, area jitra, alor star still akan guna airport tu...tak logik utk kami pengguna tegar nak guna di kulim. Org area sp, gurun, baling akan guna airport kulim...selama ni pun depa guna airport penang...dan nak pi penag mmg tak larat dgn jemnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 14-2-2019 07:49 AM
Airport kulim ni depa nak buat untuk bahagian logistik & cargo ja. Bukan untuk penumpang. Jadi untuk ...

Dah U turn jadi airport utk penumpang dah...lidah atuk tua tu tak leh dipercayai
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pulauturtle at 22-3-2019 10:03 PM
card_reader replied at 14-2-2019 08:39 AM
seingat aku dolu, hi tech kulim nie mmg xde plan nak buat airport pon. sebab hi tech nie jadi sub in ...


Ada, itu money game yg bernama MBI dah lama kasi janji manis kata kerabat raja kedah, kerajaan kedah memberi sokongan padu pada MBI, siap papar dlm surat khabar lagi...

Taniah la kedah, dah jadi pusat aktiviti money game...suci murni tu, jgn suatu hari nanti boss money game, Teddy Teoh tu tiba2 gulung tikar dan larikan diri, menangis lah boboi atuk tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 19-3-2019 05:35 PM
Kedah big project menjadi realiti.

Asalkan papa ada jaga boboi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:29 PM | Show all posts
pulauturtle replied at 21-3-2019 07:13 PM
Ada, itu money game yg bernama MBI dah lama kasi janji manis kata kerabat raja kedah, kerajaan ked ...

tengok MBI upgrade taman sebelom padang meha tu dah la, dah mcm chinatown dah....ngan lampu warna warninyer, ngan bumbung design china lagi


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:31 PM | Show all posts
jalan pon mcm lahanat, berlobang, bumpy....baru buat kilang kat situ, tambah airport plak lagi teruk la jalan butterworth kulim expressway tu...

tapi high tech kulim pon xde la meriah mcm bayan lepas FTZ, sendu je kalo lalu...harap kilang first solar je la, kawasan kilang prai lagi meriah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Swasta buatkan airport tak jual kedah ya.....sekadar tanya....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah project swasta yg gomen gedikpi announce n enter prem Tu apesal, dah tak der kerja ker...kalau tak der boleh swastakan hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sorang sibuk nak buat kilang kereta baru,sorang lagi sibuk nak buat airport,byk duit negara ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila terminal pengangkutan baik udara laut dan darat ditaja oleh swasta... Dimiliki oleh swasta...

Kenot brennn
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 07:22 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 22-3-2019 07:25 PM
eizarz replied at 22-3-2019 06:23 PM
sorang sibuk nak buat kilang kereta baru,sorang lagi sibuk nak buat airport,byk duit negara ni..:lol ...


aku perati PH ni, bila mereka ngelak nak tunaikan menifesto yg boleh meringankan rakyat...mereka akan berselindung disebalik negara nak bankrap...ini semua salah najib..

Tapi mereka xde pun ckp negara nak bankrap bila nak wujudkan projek prototiga, hidupkan balik F1 dan beberapa projek lain..aku percaya...kroni disebaliknya..mereka cuma cakap...semuanya dibiayai swasta..nak tergelak pun ada.

Walaupun aku percaya, Kedah/Perlis perlu ada satu jenis hub industri untuk majukan kedua-dua negeri ini, tapi sikap double hipokrit pemimpin PH...ketara sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pulauturtle at 22-3-2019 10:02 PM
card_reader replied at 22-3-2019 12:29 PM
tengok MBI upgrade taman sebelom padang meha tu dah la, dah mcm chinatown dah....ngan lampu warna  ...


Itulah Desaku MBI, mmg khas utk warga China saja

Opposite Desaku tu, masuk ke dlm ada satu pembangunan gergasi juga drp MBI money game ni, namanya Seroya..

Taniah Kulim bandar money game
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa sampai 3 airport di kedah....sabah sarawak yg berganda besar tu patut tambah airport
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.061381 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list