View: 5647|Reply: 14
|
Apa yg korang tau pasal METEOROLOGI??
[Copy link]
|
|
The date when the World Meteorological Organization (WMO) was established, which is 23 March 1950, was dubbed World Meteorological Day. Every year, the organisation announces a slogan for this day. All member countries celebrate World Meteorology Day.
“The Sun, the Earth and the Weather” – which is also the theme of World Meteorological Day on 23 March 2019. It's that time of year again!
Artikel kt atas menyatakan bahawa WMD disambut setiap tahun pada setiap 23 Mac. Kalau kt Malaysia, kita ada Jab Meteorologi Malaysia. Korang tau tak apa peranan diorang dan sejauh mana korang rasa pentingnya meteorologi ni? Mari kita bincangkan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lupa nak pesan kat thread announcement tu, sila tag nama aku ( @winamp05 ) untuk aku tau korang dah buka thread baru. |
|
|
|
|
|
|
|
lately ni... aku rasa ramai rakyat malaysia dah sedar akan kewujudan jabatan meteorolgi ni. bilamana isu isu besar seperti gempa bumi dan banjir acap kali di sebut sebut di corong radio oleh jabatan meteorologi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-2-2019 06:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Yup, walaupun asyik kena kecam je sbb kununnya tak bg info yg betul etc. Lmbt bg warning etc.. Tapi bila i tgk fb, ig diorang, info diorng tu updated 24 hours, tgh mlm pun diorng update info. Kita sedap2 tdo bagai.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa kat uni ada belajar subjek meteorologi. Tapi lupa dah apa yang i belajar pasal meteorologi ni. Yang i ingat pasal pembenihan awan untuk bantu mengurangkan masalah jerebu. Huuu..pastu g lawatan ke jabatan meteorologi kat sepang rasanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rasa sekarang ramai makin alert tentang meteorology kan. Dekat website jabatan meteorology tu ada cuaca bandar utama, pusat peranginan tempatan semua.
Senang kalau kita nak plan nak pegi bercuti.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dulu sebut meteorologi ingat bulan bintang planet jela..skrg bila tgk page jabatan meteorologi kat fb baru la tahu.. rupanya luas..merangkumi cuaca bagai.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nah link jabatan meterologi
http://www.met.gov.my
suka juga buka web ni kalau nak tgk ttg gempa bumi, cuaca etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh.. Bestnya u amik subjek meteorologi.. bkn semua u ada subjek tu kannn
|
|
|
|
|
|
|
|
Kann.. Byk info kt fb diorang.. U pernah call hotline diorang. I pernah call tgh mlm sbb nk tau psl cuaca buruk area segamat. I call pkl 2pagi. Sbb hujan lebat gila.. Umah mil i kaw banjir. cepat ja diorang respon. Ingatkan diorang x angkat call mlm2 buta
|
|
|
|
|
|
|
|
Tq share web diorang.. Teringin gak nk tau camne diorang buat ramalan cuaca tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama lama jab meteorologi dulu kalau x silap i, jabatan kaji cuaca. So i pun ingat diorang buat ramalan cuaca je.. Now dh tukar jd meteorlogi.. baru tau besar dan luas bidang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MFR_IN at 23-7-2019 12:15 PM
jabatan meteorologi ni 24 hours beroperasi.
so ada pegawai yg kerja shift 8pg-8mlm dan 8mlm-8pg. jadi ada la org angkat kol even pkl 3-4pg pun.
kalau department tsunami tu kena alert la kalau ada gegaran dan kena sentiasa update. kalau tak habis la pegawai kena marah dgn org atasan + vvvvip
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-7-2019 12:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Oo.. Ye la kan.. Gempa bumi/tsunami mn blh ramal.. Diorang kena alert la kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Letupan kuat, gegaran di Sabah berpunca daripada 'bola api'
03 Feb 2021
KUALA LUMPUR - Bunyi letupan dan gegaran kuat yang berlaku di Sabah pada Ahad lalu merupakan fenomena bola api yang memasuki ruang udara bumi.
Perkara itu disahkan oleh International Meteor Organisation (IMO) dalam laporan yang dikeluarkan di laman sesawangnya baru-baru ini dengan kod peristiwa 632-2021.
Timbalan Pengarah (Pencerapan) Planetarium Negara, Zamri Shah Mastor berkata, peristiwa tersebut dirakamkan pada jam 11.04 pagi dan sebanyak lima laporan diterima berhubung bunyi letupan itu iaitu dua dari Sabah dan tiga dari Brunei.
Beliau berkata, kedudukan bola api tersebut ketika berlaku letupan adalah di Papar, Sabah dan daerah Muara, Brunei berdekatan Laut China Selatan.
"Ia telah disahkan oleh IMO. Saya yakin video dari Sabah mengesahkan fenomena itu sebenarnya satu kejadian bola api. Ia seperti meteor tapi jauh lebih besar.
"Meteor berbentuk halus tetapi bola api lebih besar dan boleh dilihat pada waktu siang juga. Ia mencapai kecerahan bulan separuh atau bulan purnama," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Menurutnya, menerusi laporan yang diterima daripada IMO, sebanyak 57 kejadian seumpama itu telah direkodkan tahun ini, dengan yang terbaharu di Bali, Indonesia, Januari lalu.
"Ia merupakan batu dari angkasa lepas, bergesel melanggar atmosfera bumi, bila panas menyebabkan ia terbakar, ia sama ada meletup di udara atau jatuh ke permukaan. Pecahan-pecahan itu kami jangkakan ada yang telah memasuki ruang udara bumi dan ada yang hangus di galaksi," katanya.
Ditanya kebarangkalian impak kerosakan yang boleh terjadi ekoran kejadian bola api, katanya, ia bergantung kepada saiz yang memasuki ruang udara bumi.
Sekiranya ia terlalu besar, ia akan menghasilkan fenomena ‘Sonic Boom’ atau letupan yang kuat seperti yang berlaku di Sabah, katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan kerosakan atau impak yang berlaku berikutan kejadian itu.
Ahad lalu, penduduk sekitar Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Labuan digemparkan dengan bunyi letupan dan gegaran antara lima sehingga enam saat kira-kira jam 11 pagi hari berkenaan.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|