CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2198|Reply: 39

[Tempatan] Ikea Buka Outlet Di Utara 14 Mac Ini

[Copy link]
Post time 16-2-2019 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
| 15 Feb 2019

Foto sumber internet
A A
IKEA, jenama perabot Sweden akan membuka outlet pertamanya di utara Semenanjung di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 14 Mac ini.

Pengurus Gedung Ikea Malaysia, Arumugam Pathmalingam berkata, outlet baharu iaitu yang keempat di Malaysia itu berkeluasan 43,600 meter persegi ruang runcit dengan lebih 8,000 produk.
“Gedung ini juga akan mempunyai 49 bilik pameran, ruang jualan, restoran dan kedai roti.

“Kami menjangka ia akan menarik lebih 50,000 pengunjung seminggu apabila dibuka kelak” katanya pada majlis pembinaan peringkat akhir dan kiraan detik perasmian gedung itu di sini hari ini.

Arumugam berkata menjelang pembukaan besar-besarannya, warga Pulau Pinang sudah mula teruja dengan produk Ikea sehingga sanggup ke Kuala Lumpur untuk membuat pembelian.

“Malah mereka boleh menikmati lebih banyak penjimatan menerusi pembelian dalam talian berbanding berbelanja secara konvensional yang perlu membayar kos pengangkutan tinggi,” katanya. - Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Produk ikea tak bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
eizarz replied at 16-2-2019 08:09 AM
Produk ikea tak bagus

Kenyataan hang ni boleh menimbulkan amarah kepada peminat ikea



Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
eizarz replied at 16-2-2019 08:09 AM
Produk ikea tak bagus

yg murah2 tu kualiti out...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Apalah nk di wow kan sgt dgn produk ikea ni...
Karipap dia yg org kata sedap sgt tu pun tak sedap maba pun...sedap lg karipap kwn aku buat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 09:22 AM | Show all posts
sejujurnya perabot Ikea taklah sekualiti mana..
tapi pinggan mangkuk, barang2 eletrik okay..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kualiti tak bagus mana tu betui.. ikea ni penariknya adalah design.. practicality.. ergonomics..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Oleh kerana pengurus gedung ikea tu Kelly ng.. Tak nak boikot kejk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
So far brg2 ikea yg aku beli ok je kecuali satu almari display tgh psg dgn hubby cermin pecah. Berterabur kaca-kaca sampai aku luka berparut.till now bila ajak hubby pg sana memang dia terus pangkah ikea
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
eizarz replied at 16-2-2019 08:09 AM
Produk ikea tak bagus

Apa yg tak bagus
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengunjung ikea yang betul-betul beli perabot mungkin 40% je, lagi 30% sebab nak makan meatballs, 20% beli benda2 mengarut macam lilin kecik2 tu, penyangkut baju etc yang kat Giant pun sepah, dan 10% terakhir setakat rewang buang masa tak beli apa-apa.

Tapu tiap hujung minggu sesak sampai nak cari parking pun susah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Meatball pun biasa2 je.. Macam mana orang boleh suka sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ekonomi tgh merudum mcm ni mestilah sekejap je ramai dtg beli.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
i suka beli pinggan cawan2 kuali
Perabut tak brpa berkenan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 12:52 PM | Show all posts
aku pelik dgn jakun2 yg teruja sgt nak p IKEA bila turun KL..seriously..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ke-4? Jp yg ke-3 branch ktne? Jb ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 01:16 PM | Show all posts
dulu hype jugak meatball dgn karipap ikea. Specialnya sebab karipap besar dan ada telur. Meatball pulak yg sedap sos dia. Dulu mana ada org jual karipap besar dgn telur. Meatball pun takde orang jual. Sekarang dah ramai yg jual kat pasar malam. Macam malas nak pegi ikea semata-mata nak makan 2 benda alah ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_king_kong replied at 16-2-2019 02:11 AM
Pengunjung ikea yang betul-betul beli perabot mungkin 40% je, lagi 30% sebab nak makan meatballs, 20 ...

tu pasal kalau kita tgk ikea ni dia dok expand bende yang maanusia suka.omputih kata soft selling
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 16-2-2019 04:21 PM
tu pasal kalau kita tgk ikea ni dia dok expand bende yang maanusia suka.omputih kata soft selling

Satu benda yang aku respek dengan IKEA, semua produk dinyatakan jelas dalam bahasa melayu sampai orang melayu sendiri pun tak tahu perkataan tu wujud.

Penggunaan bahasa melayu pun ditonjolkan secara utama dan bahasa inggeris sebagai sampingan.

Kagum tengok syarikat sweden lagi kuat memartabatkan bahasa melayu dari syarikat tempatan.

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 06:04 PM | Show all posts
konsep ikea ni perabut pakai buang bukan untuk buat pusaka....

motif expect kualiti....

apa pun aku minat susun atur dia lah.... nampak cosy

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.221775 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list