CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: noor2

kisah Misteri Semasa Memancing

  [Copy link]
 Author| Post time 19-2-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
....................

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 02:19 PM | Show all posts
menarik ni kisah2 misteri

Ada satu pengalaman misteri waktu memancing kat batu feringghi penang..kawasan berbatu besar ni kira kawasan pantai yg terakhir di bt feringghi, kejadian berlaku dekat2 nk maghrib waktu tu biasalah mancing sorg2..ada satu spot tu kena panjat batu2 besar klu air surut je boleh pergi sbb agak ketengah laut skit..usai memancing nk balik sewaktu panjat batu2 tu sayup2 dengar bunyi perempuan merintih-rintih kat area bwh batu tu  kejap perlahan kejap kuat dah la hari makin nk gelap, mula2 tu cuak gak tp nak tak nak mmg kena lalu gak kawasan tu redha je..makin dekat makin kuat bunyi dia.. kuatkan semangat lalu gak dan dari celahan batu2 tu ternampak samar2 makhluk berambut panjang berwarna gelap dan disebahnya lak ada satu lagi makhluk berambut pendek juga berwarna gelap..terus menyumpah dlm hati rupanya makhluk2 tu sedang enak beramas mesra..hantu punya anne & minachi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MRX replied at 19-2-2019 02:19 PM
menarik ni kisah2 misteri

Ada satu pengalaman misteri waktu memancing kat batu ferin ...

Wahah. ...ada pun cerita misteri dari MRX....meh share lagi....

Tapi hantu ni x kacau orang yg berani. .kan. ..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 20-2-2019 08:49 AM

**Arwah rakan beri ikan sembilang**
Oleh Saiful Bahrin Mohd Shariff


TRAGEDI ini terjadi 17 tahun lalu. Hobi memancing adalah lumrah aktiviti kami. Di sini, ingin penulis ceritakan pengalaman peribadi hampir 20 tahun yang lalu.

Kami terdiri daripada enam orang sahabat yang amat meminati memancing dan bersukan. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan 1989. Kumpulan kami terdiri daripada Pak Su, Man, Amir, Sham, penulis dan Rahmat. Lokasi yang kami tuju ialah Pantai Bersih, Bagan Ajam dekat Butterworth, Pulau Pinang.

Pada awal 1987, penulis menyambung pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Shah Alam selama tiga tahun. Ketika itu terbantutlah segala aktiviti memancing buat seketika. Sehinggalah pada cuti semesta, penulis bercuti sebulan untuk menunggu keputusan peperiksaan.


Penulis pun pulang ke kampung untuk menghabiskan cuti yang agak panjang. Pada suatu petang, penulis turun ke padang untuk bermain bola bersama rakan sekampung. Hampir waktu Maghrib kami berhenti bermain sambil berehat di tepi padang. Penulis tertanya sesuatu pada rakan mengenai gerangan Hamid (bukan nama sebenar). Kenapa beliau tidak ada bersama petang itu. Selalunya beliau akan bermain di posisi sayap kanan. Oleh kerana soalan demi soalan aku ajukan, barulah Pak Su menyatakan bahawa Fandi sudah meninggal dunia empat bulan yang lalu akibat jatuh dari bumbung rumah. Penulis terasa amat simpati dan sedih atas kehilangan beliau.

Pada suatu hari, kami merancang untuk memancing seperti biasa di Pantai Bersih. Segala rancangan diatur dengan baik. Kami difahamkan ketika itu adalah musim sembilang. Kali ini, tinggal kami berlima saja tanpa kehadiran arwah Fandi.

Perjalanan kami dari rumah untuk ke lokasi hanya 45 minit dengan berbasikal. Kami tiba di Pantai Bersih jam 10.30 malam. Pada mulanya kami duduk setempat. Selepas satu jam berlalu, cuma anak gelama yang sudi menjamah umpan.

Pak Su dan Man pun menukar tempat ke lokasi lain. Tinggallah penulis, Amir dan Rahmat dalam kedudukan berhampiran. Masa terus berlalu. Penulis mula terasa bosan. Akhirnya penulis mengambil keputusan menukar tempat duduk ke lokasi lain tidak jauh dari Amin dan Rahmat.

Pak Su dan Man entah ke mana. Hanya lampu pelita mereka yang nampak samar-samar dari jauh. Jam di tangan menunjukkan hampir 2.20 pagi. Hasil tangkapan kurang memuaskan.

Oleh kerana amat bosan, penulis menghisap rokok demi menghalau nyamuk dan agas yang mengganggu telinga. Tidak semena-mena. ada orang datang menghampiri aku dengan membawa beberapa ekor ikan semilang besar-besar belaka. Orang itu menegur penulis mengenai hasil tangkapan yang diperoleh.

Dengan hati sedikit kecewa penulis menjawab: “Takde apa.”

Lalu orang itu pun meletakkan ikannya yang besar dan agak banyak di sebelah penulis. Orang itu kemudian meminta rokok daripada penulis. Dengan tanpa bicara, penulis pun menghulurkan rokok dari poket baju kepadanya. Seketika kemudian, penulis terfikir sejenak dalam keadaan samar-samar siapalah beliau. Setahu penulis, rakan tidak ada seorang pun rakan penulis yang merokok melainkan Pak Su. Tetapi Pak Su hanya menghisap rokok daun nipah. Namun dia entah di mana bersama Man malam itu.

Hati penulis mula goyah dan gelabah. Daripada segi fizikal dan suara, orang itu amat penulis kenali. Setahu penulis, arwah Hamid memang merokok. Lalu penulis bertanya pada beliau: “Hang siapa?”

Orang itu menjawab: “Aku Hamid... kawan hang. Takkan dah tak kenal kot!”

Penulis terus terasa seperti hendak pitam. Tubuh terasa sejuk dan pucat. Cepat-cepat penulis terus bingkas dan berlari meninggalkan orang itu bersama peralatan pancing. Penulis terus mengayuh basikal sepantas yang boleh untuk pulang ke rumah. Keesokan harinya rakan lain datang ke rumah untuk bertanyakan hal semalam dan kenapa penulis pergi meninggalkan mereka tanpa memberitahu sesiapa pun.

Dalam keadaan badan terasa demam, penulis menceritakan peristiwa semalam yang dialami. Semua rakan kehairanan dan terpinga-pinga antara percaya dengan tidak. Suatu perkara yang meyakinkan penulis iaitu suara dan bentuk badan Hamid yang agak jelas sekali malam itu.

“Orang itu memakai kemeja-T putih lengan panjang,” cerita penulis lagi.

kredit ke:
http://pemancingtegarborneo.blogspot.com/2010/02/cerita2-seram-memancing.html?m=1


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 11:25 AM | Show all posts
noor2 replied at 17-2-2019 07:03 PM
Cerita 2 - Mencari ikan tengas sampai gelap

sama la..mcm yg pernah kena je..rupanya org lain pun ada gak kena camni..pelik2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
MRX replied at 20-2-2019 11:25 AM
sama la..mcm yg pernah kena je..rupanya org lain pun ada gak kena camni..pelik2

Haaa...masa baca ni pun ..noor teringat kisah yg MRX citer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram wehh thread kakanor nih...x mampu hakak merenung lama2 gambar uols share..dah la malam jumaat nih..dah ler jam lebih 12 tghmalam...gara2 nak tacang iols masuk sini
hakak x pernah lagi mancing belah malam...atau nak menginjak ke senja..too laki x benarkan...so pengalaman seram tu Tak der..siang2 manada hantu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pehh serammnya...tambah seram, ada gambar lpas tu..nasib baik kita baca waktu siang, kalau mlm, maunya tercampakk hp ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
lis_miranda replied at 17-1-2021 01:17 PM
Pehh serammnya...tambah seram, ada gambar lpas tu..nasib baik kita baca waktu siang, kalau mlm, maun ...

Alamak cik lis.... kalau akak still jd mod akak dah bg kredit kat cik lis...

Ala tu gambar manusia dimekap jd hantu je... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 17-1-2021 03:18 PM
Alamak cik lis.... kalau akak still jd mod akak dah bg kredit kat cik lis...

Ala tu gambar manu ...

Hehehe xpe kak Noor..Lis tumpang baca ajer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.286657 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list