SUPIAN membawa jenazah anaknya untuk urusan pengebumian yang dijangka akan dibuat pagi esok.
Kanak-kanak perempuan, 2, maut akibat tertusuk pisau dalam kejadian di Parit Telok Pial, Kuala Kurau.
“SARA minta susu dengan saya. Masa itu saya sedang buai anak yang bongsu di bahagian dapur dan suruh dia tunggu sekejap.
"Dia terus lari ke arah neneknya yang ada berhampiran untuk minta buatkan susu, malangnya ketika berlari dia terpijak pinggan plastik yang ada pisau dan terjatuh atas lantai," kata Hana Mazlan, 27, ibu kepada Nur Qaisara Medina Supian, 2, yang maut akibat tertusuk pisau, hari ini.
Dalam kejadian di rumah ibu bapanya di Parit Telok Pial, Kuala Kurau, dekat Ipoh, 9.30 pagi tadi, mangsa tertusuk pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter (cm) di bahagian kiri perut yang terbenam hingga paras hulu pisau.
Menurut Hana, ketika kejadian anak keempatnya daripada lima beradik itu baharu sahaja selesai mandi dan tidak sempat memakai lampin pakai buang dan pakaian lagi.
"Sebaik terjatuh Sara terus menangis kuat dan saya terus lari dapatkannya serta meribanya namun masa itu saya tidak nampak pisau tertusuk di perut kirinya.
"Bila saya usap badannya barulah terasa hulu pisau yang warnanya sama dengan warna kulit anak.
"Tiada darah yang keluar dari tusukan itu, namun ibu mentua saya yang mungkin panik terus mencabut pisau berkenaan dan Sara daripada merengek terus senyap," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, hari ini.
Menurutnya, dia kemudian terus meminta bantuan jiran untuk menghantar anaknya ke klinik berhampiran, namun anaknya sudah tiada pergerakan ketika iti dan pihak klinik terus menghantar anaknya ke Hospital Parit Buntar yang kemudian mengesahkan anaknya itu sudah tiada lagi.
Sementara itu, suaminya Supian Samsuri, 42, berkata, ketika kejadian dia berada ditempat kerja di Pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Bahagian Jentera (PPNJ) Perak Utara di Titi Serong, Parit Buntar.
"Sebaik dimaklumkan saya terus ke hospital namun anak saya disahkan sudah meninggal dunia.
"Pisau yang tertusuk anak saya itu adalah pisau melapah daging lembu, namun pagi tadi anak saya yang sulung dan kedua menggupas buah mempelam serta meninggalkannya atas pinggan di lantai," katanya.
Sufian yang bekerja sebagai pemandu traktor berkata, dia reda akan pemergian anaknya itu yang sejak kebelakangan ini cepat merajuk dan meragam jika tidak dapat apa yang dimahukannya.
Menurutnya, jenazah anaknya itu akan dibawa pulang ke rumahnya di Parit Telok Pial untuk urusan pengebumian yang dijangka akan dibuat pagi esok.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Februari 2019 @ 7:18 PM
Author|Post time 17-2-2019 11:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tiada darah yang keluar dari tusukan itu, namun ibu mentua saya yang mungkin panik terus mencabut pisau berkenaan dan Sara daripada merengek terus senyap
Author|Post time 17-2-2019 11:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sedikit info
Bila tertusuk benda yang tajam jangan terus mencabut. Apabila di cabut maka akan berlaku pendarahan yang banyak. Darah tidak boleh membeku dengan pantas untuk luka yang besar.
Tetapi apabila doc cabutkan di hospital, depa dah prepare terus ubat pembeku darah. Jadi, apabila darah dapat membeku dengan cepat maka tidak berlaku pendarahan yang banyak.
Post time 18-2-2019 12:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Hurm letak pisau atas lantai. ..
Brapa umur anak sulung n no2 tu?
Haiya...xmemasal kau hilang adek.
Menyesallah kau seumur hidup sebab kau makan buah mangga je xletak pisau tu kat atas balik
Post time 18-2-2019 07:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
JIKA TERTUSUK OBJEK TAJAM
Ya, saya ada baca kes kanak-kanak berumur 2 tahun yang tertusuk pisau itu, gara-gara panik, neneknya mencabut pisau yang tersusuk dan akibatnya berlaku keadaan kehilangan nyawa.
Takziah saya ucapkan.
Keselamatan kanak-kanak perlu dititik beratkan dirumah. Jangan sesekali biarkan objek tajam dari bersepah di mana-mana. Seperti kes ini, adik beradik mangsa makan pelam dan tinggalkan pisau bersama pinggan diatas lantai. Kita sebagai ibu bapa perlu kerap menasihati anak cara mengendalikan objek tajam dan simpanan yang betul.
Dalam kes ini, mengapa anda DILARANG dari mencabut pisau atau apa-apa objek yang tertusuk di mana-mana anggota?
Ini kerana, kita tak tahu tahap mana kecederaan akibat tusukan itu berlaku. Salur darah mana yang dah tercedera pun kita tak tahu. Mana organ terdekat dah terkena lagilah kita tak boleh lihat dari mata kasar.
Objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang kepada berlakunya perdarahan kerana ia masih melekat di tempat yang terlibat dan memberikan tekanan pada kawasan tersebut dari terus mengalirkan darah.
Jadi, bila anda tarik objek tersebut keluar, penghalang tadi dah tidak ada, malahan geseran dari objek sewaktu dikeluarkan boleh terus mencederakan kawasan sekitarnya lalu berlakulah perdarahan yang banyak. Perdarahan yang teruk boleh mengancam nyawa.
Jadi, disini jika berlaku kecederaan tusukan seperti ini, apa yang perlu anda lakukan?
Rawatan awal untuk elak risiko kematian boleh diambil oleh mangsa atau orang sekeliling antaranya:
1.
Mangsa perlu bertenang atau mangsa ditenangkan oleh orang sekeliling. Tak perlu ramai-ramai kerumun sampai panik boleh berjangkit.
2. Alirkan kawasan yang cedera dengan air bersih bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar selain melihat tahap kecederaan yang oleh dilihat oleh mata kasar.
3. Jika objek telah tiada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya darah tidak keluar.
4. Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin/donat dengan menggunakan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.
5. Lakukan tekanan yang berterusan pada kawasan luka untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak.
Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan.
Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.
6. Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999 atau bawa mangsa ke hospital dan klinik berdekatan.
Malang memang tidak berbau, tetapi langkah keselamatan dan rawatan awal perlu dikemaskini dari masa kesemasa supaya kecederaan dapat dielakkan dan kehilangan nyawa dapat dihindari.
Sedihnya, semoga keluarga tabah. Pengajaran, jgn ambil mudah aspek keselamatan di rumah, sentiasa perhatikan persekitaran kita jgn sibuk dgn urusan2 tak penting contohnya scroll FB & IG