CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3702|Reply: 10

Netizen Gesa Kerajaan Tangani Masalah Buli Yang Dah Bertapak Sejak Zaman Tok Kad

  [Copy link]
Post time 19-2-2019 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Berikutan tularnya sebuah video berdurasi 1 minit 26 saat yang menunjukkan seorang pelajar lelaki dibuli rakan-rakannya baru-baru ini, netizen menggesa kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang sudah wujud sejak zaman tok kadok ini.







Video yang dipercayai dirakam di sebuah sekolah rendah di Besut Terengganu itu tular di media sosial sehingga ibu mangsa dikatakan telah membuat laporan polis.  


Mangsa dikatakan berumur 12 tahun dan pelajar Tahun 6 itu dibuli tiga rakannya pada Selasa lalu.





Kredit foto: Facebook





Bagaimanapun, ramai netizen berpendapat masalah ini telah berlanjutan sejak dahulu lagi. 'Apa kata Menteri beri tumpuan sama rata terhadap kes seperti ini sama seperti warna kasut hitam putih' kata seorang pengguna Facebook.





Kredit foto: Facebook





Tidak ketinggalan, ada beberapa guru yang menyatakan mereka kini tidak mempunyai kuasa untuk merotan atau mendisiplinkan pelajar atas kekangan peraturan. 'Ada ibubapa yang meroyan jika anak mereka didenda, malahan hingga membuat laporan kepada pejabat pendidikan daerah atau polis. Jadi, guru serik mendenda pelajar' kata mereka lagi.





Kredit foto: Facebook





Seorang netizen pula berpendapat ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memberikan didikan dan mendisiplinkan anak mereka. Malah, ada yang mencadangkan supaya akan-anak diberikan asas seni mempertahankan diri untuk mengelak daripada menjadi mangsa buli di sekolah.





Kredit foto: Facebook





Kredit foto: Facebook





Kredit foto: Facebook





Mengulas kejadian itu, Pejabat Pendidikan Daerah Besut mengatakan telah memberikan bantuan kaunseling kepada mangsa untuk menimumkan kesan trauma. 'Punca kes buli belum dikenal pasti dan kami menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan' kata Pejabat Pendidikan Daerah Besut.


Diharapkan kes seperti ini dapat ditangani segera untuk mengelakkan lebih ramai lagi pelajar menjadi mangsa buli di sekolah. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 11:41 AM | Show all posts
benci betuk dgn budak2 ganas ni
membulli org
kenapa yer..
kat rumah mmg dididik dgn kasar2 ker
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni pun kena kerajaan buat ke? Patutnya mak bapak la..ke patutnya terus hantar Henry Gurney. Menyemak jer.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 01:13 PM | Show all posts
betul la..masa tok kaduk masih lagi di panggil pak kadok , dia kena buli di raja..tukar ayam sabung
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 01:33 PM | Show all posts
kalau aku mmg aku demand jumpa dgn semua mak bapak pembuli ni. Demand explanation.  Dari situ bole tgk sikap mak bapak tu sendiri. Aku jugak demand, bagi aku lempang sekor-sekor anak derang.  

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 02:48 PM | Show all posts
tengok jugak, kadang2 sekolah yang backup pembuli, jaga reputasi katanya
bila sampai kes polis. buat report. baru semua cikgu turun tunjuk muka
waktu budak kena belasah, semua butakan mata, pekakkan telinga
bila budak mengadu, mangsa yang kena marah balik
berdasarkan pengalaman sekolah dulu

sekolah sekarang budak2 kebal, cikgu tak boleh jentik
terus je report polis. mak bapak budak tu nangis-nangis merayu jangan layan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2019 03:29 PM | Show all posts
nk tangani mcmne, cikgu panggil ke bilik disiplin pun dah direport kat makpak! makpak hauk diugut cikgu plk!

haaaa menangkan lagi anak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 09:31 AM | Show all posts
budak2 skrg perangaiiii

sakit hati nengoknya rasa nak tampo kan aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 03:59 PM | Show all posts
mohon KPM dan semua sekolah buat kempen anti-buli yang berterusan!!! sekolah kena transparent!!! jangan cover2 bab buli ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 04:13 PM | Show all posts
Sebab bab moral dan sivik tak dipedulikan sangat hanya pentingkan lulus dalam peperiksaan dari benda lain mana tak ada kesudahannya masaalah macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2019 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak soh gomen buat hapa? Ko ingat gomen yang mengangkang buat anak2 hauk perangai ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.077256 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list