CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2595|Reply: 11

Rungkai 4 Misteri Internet, Yang Sampai Sekarang Masih Menjadi Rahsia

  [Copy link]
Post time 19-2-2019 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Bukan sahaja tempat atau benda yang mempunyai misteri, namun dunia internet juga mempunyai misterinya yang tersendiri. Hari-hari kita melayari internet tetapi kita masih tidak tahu apa sebenarnya misteri di sebalik internet. Tentu ada pihak tertentu yang memerhatikan gerak-geri kita, apa yang kita pamerkan di internet menjadi perhatian.


Melalui Internet, banyak perkara yang kita boleh dapati. Segala maklumat yang kita inginkan semuanya ada. Begitulah hebatnya internet. Sehinggakan Internet digunakan untuk menganiaya pihak tertentu untuk mencapai kepuasan hati masing-masing. Jadi, haruslah berhati-hati menggunakan internet.




Banyak laman web yang kita boleh layari di internet tetapi ada beberapa laman web yang kita tidak tahu akan kewujudannya. Inilah 4 misteri internet yang membuat kita tertanya-tanya.


1. Mariana Web

Mariana Web, namanya diambil sempena nama lautan yang terdalam di dunia. Apa yang misterinya di sini, laman web ini tidak dapat diekses menggunakan browser biasa seperti Chrome, Google dan lain-lain browser. Dikatakan, Mariana Web ini mempunyai 5 lapisan. Untuk sampai ke lapisan yang ke-5 iaitu lapisan paling dalam adalah sangat sukar. Ada yang berpendapat, Mariana web kepunyaan orang-orang kuat dalam sesebuah pemerintahan. Rahsia yang ada di dalam Mariana web masih kekal misteri sehingga kini kerana di situ tersimpan rahsia sebuah kerajaan. Pada tahun 2015, Google dan NASA bersama-sama menyiasat kewujudan Mariana web. Namun, bukti yang diperoleh masih tidak dapat membuktikan Mariana web itu wujud atau tidak.


2. The Red Room

The Red Room adalah sebuah laman web misteri dan websitenya seperti aliran youtube. Apa yang mengerikan di sini, adegan penyeksaan dalam website ini dilakukan secara langsung. Red Room dalam kedalaman Deep Web iaitu tidak mudah untuk diakses. Ia juga seperti Mariana Web, tiada satu pun software yang dapat masuk ke laman web ini. Adegan penyeksaan seperti memukul, menampar, memotong dengan pisau, memukul dengan tukul dan gergaji dan sebagainya untuk menyeksa mangsanya. Namun, Red Room dianggap cerita yang diada-adakan dan tiada bukti yang adegan di situ sahih kerana laman web itu sukar diakses.


3. Bitcoin
  

Bitcoin merupakan matawang virtual dan tidak wujud. Apa yang kekal misteri sehingga kini adalah penciptanya. Siapa yang menciptakan Bitcoin masih tidak dapat dikesan. Ramai yang menyebut Bitcoin dicipta oleh Satoshi Nakamoto. Namun, nama Satoshi Nakamoto dipercayai bukan milik nama seorang tetapi sekelompok orang yang mencipta Bitcoin. Kehebatan Bitcoin adalah mata wang yang tidak dapat dipalsukan. Tetapi Bitcoin juga mempunyai kelemahan iaitu dokumen, maklumat dan fail-fail boleh hilang jika terkena virus atau rintangan yang tinggi.


4. Cicada 3301

   

Cicada 3301 wujud pada tahun 2012. Fungsi laman web ini iaitu memecahkan teka-teki yang diberikan untuk berhubung dengan pencipta laman web ini. Nama Cicada 3301 diberikan nama oleh para pengekses ke laman web ini dan bukanlah namanya yang sebenar. Sesiapa yang mampu menyelesaikan teka-teki yang pertama maka dia dapat membuka teka-teki yang kedua. Laman web ini dipercayai untuk mencari ahli baru Dalam kumpulan tertentu dan terdiri daripada orang yang bijak pandai.


Melalui maklumat ini, kita percaya bahawa bukan kita sahaja yang ada di laman web ini. Orang-orang yang misteri dan bijak pandai juga mampu menyembunyikan identiti mereka yang mencipta laman web tertentu dengan tujuan tertentu sehingga kita masih tertanya-tanya sehingga ke hari ini.


Sebagai pengguna internet yang tegar, berhati-hatilah menggunakan internet. Jangan tertipu dengan permainan yang ada dalam internet. Tidak semua laman web di internet adalah tepat dan sahih. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
{:hero wow
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 02:02 PM | Show all posts
walaweh gud info

jap nak google info mariana
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pehhh..hebatt
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 04:32 PM | Show all posts
tak pernah dengar kecuali bitcoin je
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 04:38 PM | Show all posts
penah tau dark web jurrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari forum web : tempat acik2 bawang melepak sambil membawang bumi bentuk roti canai
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 09:36 PM | Show all posts
mcm best je mariana web ni, berlapis2 mcm forum cari jgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap: Cari forum web : tempat acik2 bawang melepak sambil membawang bumi bentuk roti canai


The irony, nk dive smpai deep atau dark web kene pakai onion atau tor browser
Bawang still dimana2 even kt dark web
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 09:42 AM | Show all posts
Red Room tak tahu...RedTube aku tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 10:10 AM | Show all posts
Rajawali replied at 20-2-2019 09:42 AM
Red Room tak tahu...RedTube aku tahu..

lama dh mesia banned web tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 10:52 AM | Show all posts
porem pun tak terkejar nak ke dark web pulak, alamat benti keja la aku ngadap komputer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069083 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list